Salam & hai semua,

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 buat seluruh warga Malaysia. Semoga pemberian nikmat ini akan berkekalan hendak-Nya. Negara kita telah 53 tahun merdeka namun bagaimana dengan keadaan rakyatnya? Sedar atau tidak masih banyak perkara yang kita masih belum merdeka atau lebih tepat sebenar-benar merdeka.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, apakah erti kemerdekaan?
Secara ringkas, kemerdekaan bermaksud kebebasan ataupun berdikari. Apa yang saya nampak ada banyak perkara yang kita masih belum merdeka. Namun, saya simpulkan kepada 4 perkara yang kita masih belum merdeka.
Salam & hai semua,

Pada hujung Julai lepas saya telah berpeluang untuk menonton satu cerita yang sangat menarik di rumah seorang sahabat. Cerita hindustan yang sungguh luar biasa iaitu 3 Idiots. Siapa dah tengok cerita ni?
Apabila saya melihat cerita ini, saya mula teringat kembali detik-detik saya mengambil keputusan untuk keluar dari sebuah universiti. Saya di kritik hebat oleh kaum keluarga sekeliling yang masih skeptikal dengan konsep menuntut ilmu. Bagi mereka ilmu hanya berada di Universiti dan bukti anda berilmu adalah dengan segulung ijazah yang di bawa pulang.
Salam & hai semua,

Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini, semoga bulan ini kita dapat menggandakan amal ibadat kita kepada Ilahi.
Beberapa hari lepas saya membaca kembali satu puisi Inggeris yang telah saya belajar ketika di bangku sekolah iaitu The Road Not Taken oleh Robert Frost.
Ketika belajar dulu, saya rasa puisi ini satu puisi yang menarik tetapi saya hanya belajar tanpa memahaminya secara mendalam.
Salam & hai semua,

Walaupun dalam keadaan yang agak sibuk sekarang dengan pelbagai kerja, tiba-tiba teringat balik perbualan saya dengan arwah ayah mengenai perkara mistik berkaitan perniagaan. Bukan Nizam Mystic yer!
Entah mengapa, masyarakat Melayu kita terlalu popular dengan isu hasad dengki. Orang kita tidak boleh nak melihat orang lain berjaya walaupun sama-sama Melayu. Apabila orang lain mula berjaya sikit, mulalah timbul hasad dengki di dalam diri mereka. Bukan semua, tetapi ada segelintir.
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A’sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Bacaan lanjut di sini.
Ini bukan perkara baru, malah Rasulullah s.a.w sendiri pun pernah di sihir oleh orang Yahudi, ini kan kita manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.
Salam & hai semua,

Saya merupakan antara orang yang terawal mengetahui mengenai idea untuk menerbitkan satu produk informasi berbentuk santai mengenai perniagaan Internet. Saya menyokong sepenuhnya idea tersebut untuk direalisasikan. Saya sangat yakin bahawa Komik Niaga ini boleh direalisasikan walaupun ada sesetengah individu yang sangsi dengan idea ini kerana saya sangat kenal siapakah orang dibelakang tabir Komik Niaga ini.
Kartunis Ubi dan Encik Idris, mereka merupakan individu yang sangat berdedikasi dan sedikit sebanyak mempunyai pengalaman di dalam penerbitan Majalah IM. Walaupun Komik Niaga ini bukanlah satu produk daripada Flarebiz Network tetapi kami tetap menyokong segala usaha murni untuk memartabatkan industri perniagaan Internet tanah air. Itu pasti.