10 Tip Perniagaan & Sinar Inspirasi

by Labanon on September 14, 2010

Salam & hai semua,

Sidry Sinar Inspirasi

Selamat kembali bertugas buat pembaca blog yang dihormati. Pada entri yang terdahulu, saya ada berbicara mengenai kehidupan kita adalah seperti barangan elektronik.

Kesinambungan dari entri tersebut, saya ingin berkongsi apa yang saya dapat belajar dari individu hebat yang pernah saya temui. Salah seorang usahawan yang saya sering ketemui untuk belajar mengenai selok belok perniagaan adalah saudara Ahmad Sidry Hussin dari Sinar Inspirasi Niaga Sdn Bhd.

Mentor Usahawan Menjual Baju T-Shirt Muslimah

Ahmad Sidry Hussin adalah seorang usahawan tegar yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Bekas penuntut Universiti Al-Azhar, Mesir ini telah mencuba pelbagai jenis perniagaan samada di dunia offline mahupun online. Beliau merupakan peneraju utama kepada Sinar Inpirasi Niaga Sdn. Bhd. dan menjawat jawatan CEO.

Beliau lebih dikenali sebagai Sidry Sinar Inspirasi di kalangan usahawan. Beliau yang kini menjawat jawatan CEO, mengasaskan syarikat Sinar Inspirasi Niaga ini dengan seorang sahabat karib beliau iaitu Azhar Abdullah. Semua ini makan masa bertahun-tahun dan bukanlah satu kejayaan dalam satu malam.

Baju Muslimah Sinar Inspirasi

Sungguh teruja setiap kali berbicara dengan beliau kerana terlalu banyak yang saya dapat belajar terutama dari pengalaman beliau berniaga bermula dari pasar malam sehinggalah menubuhkan syarikat pemborong pakaian t-shirt muslimah dengan jenama sendiri iaitu Inspirasi Muslimah.

Beliau bermula dengan pinjam duit dari saudara mara untuk memulakan perniagaan dan kini syarikat beliau telah mempunyai beberapa buah kedai di Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.

Ketika kali terakhir berbicara, jualan t-shirt muslimah beliau mencecah RM100 – RM150k setiap bulan. Sungguh teruja kan?

10 Tip Perniagaan Yang Dikongsikan Oleh Beliau

Baiklah tanpa membuang masa, berikut adalah 10 tip perniagaan yang saya belajar secara langsung atau tidak langsung daripada beliau:

1. Untuk berjaya di dalam perniagaan kita perlukan pengorbanan. Usahawan adalah individu yang sanggup bekorban sekarang untuk meraih kejayaan pada masa hadapan.

2. Jangan terlalu merancang sebelum membuat keputusan. Ramai yang terlalu merancang sehingga lupa untuk bertindak.

3. Semua perancangan perniagaan yang kita fikirkan adalah betul. Tiada satupun yang salah. Buktikan perancangan kita betul dengan mengambil tindakan. Salahnya bila kita tidak bertindak.

4. Perniagaan adalah mengenai networking. Apabila kita tidak menambah networking maka kita tidak menjalankan perniagaan.

5.  Pemasaran secara konvensional yang kita lakukan untuk perniagaan kita seharusnya seiring dengan pemasaran secara online. Sebagai seorang usahawan, dunia perniagaan sekarang pemasaran secara online tidak boleh di abaikan. Fakta, beliau juga banyak memperolehi pelanggan secara online.

6. Bekerja dalam kumpulan adalah yang terbaik kerana kita sendiri tidak mampu untuk melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa. Apabila bekerja dalam kumpulan, banyak benda yang kita boleh lakukan dan gandakan keuntungan.

7. Masalah perniagaan adalah satu perkara biasa. Masalah biasanya datang dari diri kita sendiri ataupun dari luar. Namun, jangan sesekali kita biarkan masalah perniagaan mempengaruhi diri kita kerana sebagai usahawan kita perlu sentiasa kelihatan hebat di mata pelanggan dan pesaing. Selesaikan masalah secepat mungkin.

8. Duit aliran keluar masuk di dalam perniagaan adalah sangat penting. Sebagai usahawan kita perlu berdisiplin apabila berurusan berkaitan kewangan. Nanti, senang nak buat pinjaman bank.

9. Sebagai usahawan jangan takut untuk berhutang untuk memulakan perniagaan kerana hutang dan perniagaan boleh dibaratkan sebagai isi dengan kuku. Beliau dulu mula perniagaan dengan pinjam duit saudara mara. Hutang untuk buat berniaga bukanlah untuk buat perkara yang tidak berfaedah.

10. Di dalam perniagaan kita perlu berfikir diluar kotak dan yakin dengan kemampuan diri sendiri. Beliau melakukan pemasaran yang luar biasa dengan t-shirt Inspirasi Muslimah apabila memberikan katalog fizikal percuma di kedai beliau dan memberikan katalog digital percuma di laman web.

Semoga Dapat Memberi Inspirasi Kepada Kita Semua

Sidry Di KedaiDi harap dengan perkongsian di atas dapat memberikan inspirasi kepada kita semua. Beliau banyak bercakap berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Kita sama-sama doakan agar syarikat kelolaan Tuan Sidry dan Azhar Sinar Inspirasi terus melangkah maju ke hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian boleh berkenalan dengan beliau melalui Facebook Sidry Sinar Inspirasi. Insyallah lebih banyak yang anda dapat belajar dari beliau.

Jika entri ini berguna buat anda, apa salahnya kongsikan entri ini kepada sahabat handai anda agar sedikit sebanyak dapat memberi manafaat kepada mereka. Yosh!



  1. abemogi (14 Sep 2010)

    Tahniah,saudara sidry seorang yang bersungguh2 dalam perniagaan beliau..sentiansa mencari peluang yang halal…tips ini bagus,harap kita boleh berjaya macam beliau..

  2. wan (14 Sep 2010)

    teruja bila baca entry ni. byk yg dpt kita pelajari dari pengalaman mereka. semoga mereka bertambah maju dan kita boleh ikut apa yang telah mereka lalui. tahniah!!

  3. sueella (14 Sep 2010)

    Tips yg sangat berguna, Terima kasih

  4. Labanon (14 Sep 2010)

    abemogi: Yeah betul tu. Entri ini dibuat agar memberi inspirasi buat kita semua. Teladan yang bagus untuk di ikuti.

    wan: Tahniah kerana teruja membaca entri ini. Semoga apa yang baik kita dapat jadikan teladan.

    sueella: Sama-sama. Jangan lupa share. ;)

  5. Aqif (14 Sep 2010)

    Perkongsian yang hebat! Power bos! :D

    Lepas ini saya pula terbitkan entri mengenai Adly Mukhtar & Flarebiz Network. Hehe.

  6. Labanon (14 Sep 2010)

    Aqif: Ho ho ho! Rileks dulu, tiada apa yang menarik lagi pada Adly Mukhtar he he he! Nantikan entri 10 Tip Perniagaan & Aqif Azizan Hensem :D

  7. Suib Ahmad (14 Sep 2010)

    Hasil yang diperolihi adalah gambaran kecekalan yang dilalui. Kecekalan itu sendiri sukar digambarkan dengan kata-kata. Pengalaman mengharungi kecekalan adalah guru yang baik.Sinar Insperasi adalah contoh yang baik untuk kita . Tahniah buat Tuan Sidry Sinar Insperasi . Terima kasih Tuan Labanon membawa entry yang mantap.

  8. Mizie (14 Sep 2010)

    Selalu orang kata kejayaan memerlukan pengorbanan. Semua orang setuju..tp tak semua orang sanggup lakukan macam sdr Sidry. Terima kasih kepada sdr Labanon (juga telah banyak berkorban dari segi akademik dan masa) kerana berkongsi kisah yang berinspirasi ini.

  9. Labanon (15 Sep 2010)

    Suib Ahmad: Yeah betul tu. Kecekalan menghadapi kegagalan tidak dapat digambarkan melalui kata-kata. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikil. Tapi saudara Sidry telah berjaya buktikan nak seribu daya taknak sejuta dalih. Sama-sama semoga tuan juga dapat share kepada kawan-kawan yang terdekat.

    Mizie: Saya setuju, sepertimana tip #1 yang telah dikongsikan oleh Tuan Sidry. :)

  10. Razif Yusof (15 Sep 2010)

    Salam…

    Hebat! Dan sungguh hebat orangnya.. :)
    Saya dahulu menjadi follower kepada
    Tuan Sidry di salah satu forum tempatan.

    Segala ilmu dan kata-kata beliau memang
    membuatkan kita teruja untuk bergerak
    bagi memiliki perniagaan sendiri.

    Saya yakin, apabila bersemuka dengan
    beliau sesiapa sahaja akan yakin dan
    amat memotivasikan! :)

    Thanks Labanon, satu usaha yang bagus!

  11. alif (15 Sep 2010)

    pengalaman manis pertama berjumpa sidry..fuh! memang teruja dgn beliau..jenis seorang yg ‘GILA2′ tapi bila berbicara dalam bab business memang straight to the point..Salah seorang list mentor kawe… ;)

    p/s: baru jah g BBQ kedai dia..power rangers la beliau

  12. Maliq (18 Sep 2010)

    Terima kasih atas tips diatas, satu gabungan bisnes offline dan online memang menguntungkan! tapi semangat untuk bekerja sendiri perlu kuat, kalo tak, baik keje makan gaji jela.

  13. musi (27 Sep 2010)

    Salam.
    Selalu kejayaan yang di ketengahkan adalah mereka yang berjuang bertahun lama. Ini satu motivasi dari sdr Adly yang sangat baik untuk kita semua. Sekalung tahniah kepada sdr. Ah.Sidry Husin saya tumpang gembira atas kejayaan ini, memberikan semangat amat memberangsangkan untuk para usahawan.

  14. jawatan kosong (01 Oct 2010)

    waa betul2x memberi inspirasi untuk mulai perniagaaan…

  15. ijamidayu (05 Oct 2010)

    HJohohooho.. Patut ler cam kenai jerk pic nieh.. kat Plaza GM Chow kit!!! Apa pun.. bro nieh mmg hebat!!!

  16. Rizwan (12 Oct 2010)

    Memang bagi semangat ni,hehe…

  17. cdinkb (12 Oct 2010)

    bagus,luar dari pemikiran saya.

  18. Tengku Fariz (12 Oct 2010)

    Thanks bos Adly.. Entri ni cukup memotivasikan saya. Beliau memberikan tips-tips yang patut kita semua miliki untuk berjaya dalam bidang perniagaan! :)

  19. mus99 (12 Oct 2010)

    Menyediakan pakaian untuk muslimah memang dituntut oleh agama kita Islam, kalau nak beli baju di supermarket kebanyakannya fesyen ketat-ketat.

    Syabas saudara Sidry kerana sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalaah mendapatkan pakaian yang betul-betul menutup aurat.
    Syabas juga pada tuan Adly yang banyak menyelesaikan masalah orang yang nak mulakan bisnes, tapi tak tahu macammana.

    Tipsnya, ada masalah ada bisnes… dalalm kata lain bantu orang atasi masalah

  20. Alam (12 Oct 2010)

    Salam, terima kasih kerana memberikan 10 tip perniagaan terutama bahagian networking (memang penting!) dan tahniah kepada Tuan Ahmad Sidry Hussin!

  21. mr riezz (12 Oct 2010)

    wah hebat ni, ni mesti banyak pengalaman ni…boleh kongsi ni

  22. selly (13 Oct 2010)

    Tahniah Tuan Sirdy, semoga saya dapat belajar sama . . .

  23. Suhaimi (13 Oct 2010)

    Cara saudara berniaga boleh tahan juga yer…

  24. wan (13 Oct 2010)

    hebat, hebat dan hebat! tu yang boleh diperkatakan kepada beliau. teruja bila membaca entri yang boleh meningkatkan motivasi seperti ini.

  25. daisy (13 Oct 2010)

    TQVM Adly!!! tips yg mmg sgt sgt berguna…juga sgt kagum dgn En Sidry..mg kita semua jg bole berjaya spt beliau..aminnn…

  26. Hezir (13 Oct 2010)

    Menarik dan tertarik.
    Banyak sifat yang boleh dipelajari kat sini. Usahawan yang berjaya memang mempunyai inspirasi yang hebat yang tidak terdapat di individu lain. Tahniah sekali lagi. Semoga ia menjadi pedoman kepada semua usahawan baru termasuklah diri saya…

  27. razis (13 Oct 2010)

    sumber motivasi terbaru utk para usahawan

  28. bread (13 Oct 2010)

    Salam, sungguh bangga dan teruja apabila membaca kisah kejayaan saudara Ahmad Sidry Hussin. Mudah-mudahan beliau akan terus berjaya dan harap kita semua bole pula belajar rahsia kejayaan beliau.

    Ikhlass!
    get-back-with-ex

  29. MustikaSeri (14 Oct 2010)

    Tahniah! Tahniah! Tahniah! : )

  30. sham @ edymart (05 Nov 2010)

    Tahniah, satu perkongsian yang boleh di jadikan inpirasi buat kita semua… baru sahaja menjadi pengedar tshirt muslimah sinar inspirasi dan akan berusaha untuk menjualnya dengan cara dropship (Produk akan di hantar ke pelanggan anda : Tanpa Simpan Stok, Tanpa Modal dan Tanpa Penghantaran)


Trackbacks/Pingbacks

Tinggalkan Komen Anda