Salam & hai semua,

Pada hujung Julai lepas saya telah berpeluang untuk menonton satu cerita yang sangat menarik di rumah seorang sahabat. Cerita hindustan yang sungguh luar biasa iaitu 3 Idiots. Siapa dah tengok cerita ni?
Apabila saya melihat cerita ini, saya mula teringat kembali detik-detik saya mengambil keputusan untuk keluar dari sebuah universiti. Saya di kritik hebat oleh kaum keluarga sekeliling yang masih skeptikal dengan konsep menuntut ilmu. Bagi mereka ilmu hanya berada di Universiti dan bukti anda berilmu adalah dengan segulung ijazah yang di bawa pulang.
Pendapat dan idealogi mereka itu betul tetapi masih kurang tepat.
Idealogi itulah yang ditanam kepada anak-anak mereka yang bakal mewarisi negara ini suatu hari kelak. Mereka menanam di dalam fikiran anak mereka bahawa tanpa segulung ijazah mereka tidak boleh kahwin dengan perempuan cantik, tidak boleh memiliki rumah besar, tidak boleh memiliki kereta besar dan pelbagai simbol kejayaan yang lain. (Itu bukan kejayaan yang sebenarnya pun!)
Pendek kata, orang yang tidak mempunyai ijazah adalah orang yang gagal dan gelap masa depannya.
Idealogi itu sebenarnya telah menakutkan jiwa anak mereka. Walau pada luarannya anak mereka nampak brutal, tetapi di dalam sangat takut hendak menghadapi dunia mendatang. Dalam benak fikiran anak mereka, mesti jadi doktor, engineer atau pekerjaan yang sedarjat dengannya. Kalau tidak, gelap masa depan.
Itu telah di’programming’ di dalam minda majoriti anak muda kita sekarang.
Cerita 3 Idiots ini sebenarnya cuba mengubah idealogi tersebut. Mengubah kita belajar bukan untuk mendapat segulung ijazah tetapi kita belajar supaya kita adalah lebih baik dari semalam. Maksudnya kita belajar supaya kita berubah menjadi lebih baik.
Cerita ini mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Farhan Qureshi, Raju Rastogi, dan Rancchoddas “Rancho” Shyamaldas Chanchad yang sama-sama belajar jurusan ‘engineering’ di Imperial College of Engineering (ICE). Farhan meminati bidang fotografi tetapi dipaksa oleh ayahnya untuk menjadi engineer.
Dia dilahirkan pada 5.15 a.m dan pada 5.16 a.m ayah dia sudah berharap agar dia menjadi engineer! Raju pula sememangnya meminat bidang engineering tetapi di dalam benak fikirannya sangat takut jika gagal di dalam peperiksaan, takut tak dapat kerja. Itulah yang menghantui dirinya.
Rancho pula seorang yang cool & steady (biasalah hero). Beliau belajar bagi pihak orang lain untuk mendapatkan segulung ijazah di dalam engineering. Rancho lah yang banyak mengetengahkan idealogi baru supaya kita belajar bukan semata-mata berjaya di dalam peperiksaan dan mendapatkan segulung ijazah.
Cerita ini juga mengajar kita supaya lakukan perkara yang kita minat. Ibu bapa tidak sepatutnya meletakkan supaya anak mereka jadi itu dan ini tetapi perlu tanya sendiri si anak itu. Apa yang dia minat dan ibu bapa perlulah membimbing anak mereka supaya memilih jurusan yang diminati. Paling penting supaya tidak terjerumus dengan kerjaya yang tidak diredhai oleh Ilahi. Ya, ibu bapa juga memainkan peranan.
“Know your passion. Quit engineering, marry photography. Follow your talent. If Micheal Jackson’s dad forced him to be a boxer and Muhammad Ali’s dad pushed him to be a singer… imagine the disaster,” kata Rancho kepada Farhan.
Cerita ini juga menyalahkan sistem pembelajaran dunia yang menyebabkan para pelajar kita tertetekan disamping pelajar tidak dapat majukan diri. Para pelajar ditekankan supaya berjaya di dalam peperiksaan agar mendapat kerja yang bagus.
Untuk berjaya di dalam peperiksaan pula tiada pilihan lain selain dari menghafal.
Siapa paling banyak ingat maka dia adalah pelajar paling berjaya. Sistem pembelajaran kita menyebabkan para pelajar menghafal dan bukannya memahami sesuatu perkara tersebut.
“They’ll get jobs,(refer kepada pelajar tercorot) sir. There must be some firm that prefers humans than maschines,” kata Rancho kepada lecturer mereka.
Ya, kami di Flarebiz Network sendiri prefer manusia berbanding mesin. Apa itu mesin? Mesin adalah pelajar yang hanya menghafal dan tidak memahami sesuatu.
Rancho juga tidak bersetuju dengan tindakan sistem pembelajaran yang mendedahkan keputusan peperikasaan pelajar mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus kerana akan menyebabkan pelajar yang tercorot akan tertekan. Sistem macam ni akan memecah belahkan masyarakat kita yang kita laung-laungkan marilah kita bersatu. Sistem barat ini telah mengasingkan kita di antara yang pandai dan tercorot?
With such fear of tomorrow, how will you live today? Pursue excellence, and success will follow, pants down.
Akibatnya di India, ramai pelajar yang bunuh diri kerana tertekan. Di dalam cerita ini, Raju telah cuba bunuh diri akibat tertekan dengan sistem pembelajaran. Raju terlalu memikirkan tentang keluarga, tentang masa depan dan sebagainya jika dia gagal di dalam pembelajaran. Seolah-olah kalau gagal di dalam belajar, maka berakhirlah dunia.

Terlalu banyak jika hendak diceritakan semuanya di dalam entri ini. Kepada pembaca blog ini yang masih belum lihat cerita ini, saya cadangkan agar anda meluangkan masa untuk menonton cerita 3 Idiots ini. Saya rasa ini merupakan movie hindustan terbaik pernah saya tengok. Membawa ideaologi yang berbeza dan itulah hakikat sebenar yang kita perlu tahu.
Paling menarik, cerita ini telah membuka hati saya untuk pergi belajar di universiti suatu hari nanti. Belajar untuk mendapatkan ilmu dan bukannya segulung ijazah.
“For school you don’t need tuition money, just a uniform. Pick a school, buy the uniform, slip into class. In that sea of kids, no one will notice” saran Rancho kepada seorang budak.
“If I get caught?” budak tu bertanya.
“Then new uniform and new school” jawab Rancho sambil senyum.
Subscribe dan dapatkan audio soal jawab eksklusif mengenai perniagaan internet yang bernilai RM37 secara percuma.
Trackbacks/Pingbacks
mungkin kerajaan nak hapuskan pmr dan spm sbb diorg tgk citer la kot hehe
Sesuatu yang telah lama di brainwash dalam minda memang susah nak dibuang, tapi kalau bilas lama-lama insyaAllah, tak mustahil.
impak cerita ini besar juga..
saya cari2 x jumpa2 lagi…
harap jumpa dalam masa terdekat nie…
nak juga tengok..ramai kata best..
teringat pula kisah saya sendiri…
amik engineering semata-mata ikut pilihan ayah..
x tahu langsung apa itu “mechatronic” pada mulanya…hehe
alhamdulillah berjaya dapat dekan juga walaupun “dipaksa”..hoho
india ni byk juga hasilkan cerita best-best rupanya. yg terakhir saya tgk cerita slumdog millionair. cerita tu pun boleh tahan juga dan bukan cerita cinta semata-mata.
Salam
Baru je habis menonton filem 3 idiots semalam, banyak pengajaran yang diperolehi. Apa yang diketengahkan oleh filem tersebut , membuat saya tersenyum. Pendek kata kejayaan seseorang bukan hanya bersandarkan IQ semata-mata . Pandai tidak semestinya bijak. Dengan sistem pembelajaran kita sekarang akan melahirkan ramai golongan pelajar yang pandai, tetapi bukan [elajar yang bijak.
memang best citer nie…cara pemikiran yg tak sempit…tidak terikut dgn format silibus…
mengajar berkreatif dlm belajar kan baik dari yg diberi utk diikut, sampaikan bila salah jd takut…yeler tak sama seperti yg diajar…
dalam pada masa sama, nilai persahabatan tu sgt cantik dlm movie nie…terbaik..
ya segulung ijazah bukan penentu kejayaan kita sbnrnya. tapi kita diberi pengertian memiliki ijazah buat kita dihormati. mari kita sama2 ubah faham ini. tahniah bro!
saya sokong 100% dgn adly. Dari dulu lagi sy dok fikir mcm ni. Saya selalu kata kt kwn2 even kt mak , ” ada apa dgn dpt 4.00? Kalau tak dpt tinggi pun tapi pandai bw diri, akn lagi berjaya. Yg dpt 4.00 selalunya takleh nk survive sebab minda dorng mostly dh yakin dorng akan dapat kerja elok n takkan cari jalan yg kreatif tuk berjaya sbb tahu laluan mereka mudah. Yang kurang berjaya akan menempuh laluan sukar, yg memerlukan mereka jadi kreatif dan kuat. Saya salute mereka ini.
Mmg betul, kita perlu sentiasa meningkatkan ilmu dari hari ke sehari. Tak kira di mana pun kita perolehinya, di dalam universiti ataupun tidak. Yg masuk universiti, kejayaan sebenar ditentukan selepas grad, bkn ketika grad.
http://www.youtube.com/watch?v=DgsVe1DbR5Y
belajar dengan memahami lebih mendatangkan imbuhan berbanding belajar dengan menghafal..=)
Satu sahaja yang ingin saya kongsikan dalam cerita ini…
Walau apa jua yang terjadi, sentiasa ingatkan diri kita untuk jerit…
“ALL IS WELL!!!”
Superb review bro.
hahahaha……..
memang betul dan tepat ape yang ditulis oleh saudara. saye juga pernah membuat keputusan berhenti belajar di u. Ramai org memandang rendah kpd saye. Tp saye percaye kpd diri sendiri bahawa saya sedar ape yg saye mahukan dlm hidup.
Alhamdulillah, byk perkara yg saye belajar tentang bisnes internet. Kejayaan saudara dan rakan2 juga sedikit membantu saya. Tp saya berhenti belajar berbulan-bulan sebelum menemui kisah saudara yg tak sambung belajar di u.
Hasil bisnes walaupun tak lumayan kpd saya pada masa ini, tapi saya yakin byk potensi bisnes internet yg akan menguntungkan saya suatu hari nanti.
saya tak pernah belajar IT di sekolah atau di u. Di u lama, saya ambil kejuruteraan. Hasil usaha sendiri dan pengetahuan dr usahawan2 internet yg berjaya(termasuk Flarebiz), saya sudah mahir(jika tak semua, kebanyakkan) pelbagai aspek tentang bisnes internet.
( kalau anda beli kereta, anda tak boleh beli dengan diploma/ijazah. Walaupun anda sangat genius dlm budaya sistem pendidikan, anda tetap perlu membayar deposit kereta dengan wang ringgit)
Saya menyeru kpd rakan2 di sini, kalau nak belajar, belajar lah ilmu yang boleh menyenangkan kehidupan kita.
thanks for the review. saya terus cari kat youtube, yg ada english subtitle. memang menarik cerita ni.
and i can relate. dulu pun keputusan nak study law bukan pilihan saya. memang lah tak suka – rasa susah etc. etc – sebab dulu cenderung dengan teknologi, kalau bukan sejarah. tapi alhamdulillah, lama kelamaan law itu jadi sebati.
law has made me the person i am today.
dan selepas law, i admit ada sedikit regret atau mungkin lebih tepat kalau saya kata kekosongan… jadi sekarang saya cuba untuk buat apa yang saya minat sekarang – travel.
tapi kebanyakan orang saya jumpa bertanya, kenapa tak nak jadi lawyer? dan cara bertanya tu pun macam ada something tak kena dengan saya. come on, tak semestinya ada law degree akan jadi lawyer. tak semestinya engineering akan jadi engineer.
dan tak semestinya tiada degree, tak boleh berjaya dalam hidup.
kan?
Wawa: Yeah betul tu. Apa yang penting kita tahu apa passion kita. Namun, apa yang paling penting adalah kita hidup untuk mendapat Rahmat dari-NYA.
Ilmu Juga penting sebenarnya untuk hidup walaupun anda berkerja sendiri
terima kasih saudara labanon dengan perkongsian yang begitu bermakna buat saya. Selama ini sememangnya saya mengkaji tentang perkara ini. Adakah kita belajar kerana nak menghadapi peperiksaan ataupun kita belajar kerana nak mendapatkan ilmu untuk kita berbakti kepada Agama, Bangsa dan negara?
rata-rata kawan saya di U belajar kerana nak dapat anugerah dekan. nak dapat lulus dalam ujian. Dan saya merasakan yang niat mereka itu telah salah.
Apa-apa pun, terima kasih atas perkongsian itu tadi…
masih mencari2 lagi link download cerita nih…hehehe. tapi tak berapa minat dgn cite india/hindustan ni…hahahahaa.
salam, cerita ini memang sangat bermanfaat, menekankan agar kita belajar dengan mendalami ilmunya bukan dengan hafal ilmunya. kerana daripada situlah ia dinamakan belajar. dan belajarlah dengan minat dan usaha yang bersungguh-sungguh kerana Allah SWT akan permudahkan jalan bagi sesiapa yang menuntut ilmu kerana-Nya.
waa..x sangka ade jgk yg jd kipas susah mati citer ne..welcome gang..:)
nk ckp betapa bestnyer citer ne, sy sendiri dh tgk lbih dr 3 kali..tgk dr astro smpailah download sendiri kt tenet..mmg best giler..
salah satu ungkapan yg paling best dlm citer tu..” Kejarlah kecemerlangan diri, bukan nya kejayaan kerana bila kita cemerlang, kejayaan akn dtg sendiri dr belakang” btul x?
p/s…rasenyer nk try r lepas ne, cari ilmu tanpa mengharapkan ijazah..ari ne pi blajar kelas engin, pastu esok lak kelas multimedia..x kantoi rasenyer..hehe
sape2 nk join angkat kaki…^_^
Nice review bro adly..
jap lagi nk tonton la movie ni..
tak perlu kejar kekayaan dengan cara2 cepat kaya..tapi kejarlah ilmu maka kekayaan akan mengejar kita…pengajaran yang bagus lepas tngok citer ni minggu lepas…best! hehe
terbaik….
Saya ulang tengok filem ini 3 kali. Dalam sejarah hidup saya menonton filem hindustan lebih daripada sekali. Mulanya sekadar tonton softcopy dari seorang rakan. kemudian beli cd original kerana terkesan dengan message yang ingin disampaikan. Khabarnya, filem ini diadaptasi dari sebuah novel yang bertajuk Five Point Someone – karya Chetan Bhagat
mohon share yer….terima kasih