Salam & hai semua.

Pada 23 Julai 2011 yang lalu, saya telah di jemput oleh Mohd Suhaimy (Shuth) untuk berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ini kepada para usahawan internet lain di WangCyber Gathering 2011.
Bagi saya ini adalah satu penghargaan kerana diberi peluang untuk berkongsi serba sedikit pengalaman kepada rakan-rakan di WangCyber. Serba salah dibuatnya kerana rata-rata yang hadir di gathering tersebut adalah mereka yang hebat dan telah mencapai banyak kejayaan.
Tema gathering pada kali ini ialah ‘the next level’, jadi saya memikirkan untuk membuat sedikit kelainan dengan berkongsi prinsip yang saya dan Mohd Zhafran pegang dalam membangunkan Flarebiz Network Sdn. Bhd. bermula dari tahun 2008.
Kredit kepada WangCyber TV di atas kehenseman video di atas.
Alhamdulillah, terima kasih di atas feedback positif daripada rakan-rakan yang hadir. Semoga perkongsian saya yang tidak seberapa ini memberi anda idea, semangat dan motivasi untuk berjaya di dalam apa jua perniagaan yang anda ceburi khususnya perniagaan internet.
Memang terbaik dari kalangan yang terbaik dari ladang! Sangat padat dengan content yang marvelous & excellent! – Khairul Hazwan
Akhir kata, terima kasih buat semua rakan-rakan yang hadir di Wangcyber Gathering di atas perkongsian anda. Jangan lupa untuk tinggalkan pendapat anda pada ruangan komen di bawah setelah menonton video di atas oh!
P.S: Gaya penyampaian di atas adalah dengan mempraktikkan 5 Tip Untuk Memberi Ceramah yang telah saya kongsikan sebelum ini. Yosh!
Subscribe dan dapatkan audio soal jawab eksklusif mengenai perniagaan internet yang bernilai RM37 secara percuma.
Terbaik…
semoga terus ke hadapan to the next next next level bos!
doa kawe sentiasa bersama demo..amin…
Terima kasih di atas doa boss!
Terbaek video ni.TQ video ni bagi kawe sumber inspirasi..Yoshh!
Sama-sama, TQ sudi menonton he he he!
Video terbaik, pertama kali tgk adly beraksi di pentas. hehehe.. thanks for the sharing!
Hehe sama-sama. Lain apabila di luar. ;p
Ganah demo! All da best boh!
Yak, ganah mano gak. Biasa jah ;p
Tabik jetak demo.. meme sumber inspirasi kawe doh.. =)
Thanks for information………….moga kejayaan menjadi milik anda………
Salam Adly & Team Flarebiz.
Terima kasih saya ucapkan di atas perkongsian yang terbaik ini.
Anda dan team anda menjadi sumber inspirasi kepada semua usahawan internet yang baru dan lama.
Saya doakan semoga terus bertambah sukses selepas ini. Amin….
Salam Adly & Team Flarebiz.
Terima kasih diucapkan di atas perkongsian yang terbaik ini.
kami berminat untuk berkerjasama dengan tuan untuk membangunkan web seperti
sinar niaga….. kami dlm bidang cenderahati perkahwinan….
harap dapat maklum balas positif dari saudara
dari dulu sampai sekarang..itulah fesyen ko ekk..hehe..
Tahniah..semoga terus maju jaya