Salam & hai semua,

Saya sering mendapat jemputan untuk memberi ceramah di kolej, universiti, badan kerajaan dan sebagainya. Malah, saya sendiri merupakan penceramah bagi salah satu seminar pendedahan perniagaan Internet di bawah anjuran syarikat saya, Flarebiz Network.
Saya yang dulunya takut untuk berdiri di hadapan orang ramai kini telah memberi puluhan ceramah sepanjang tahun ini. Saya juga telah mendapat 4 jemputan ceramah pada bulan Oktober dan ada 3 seminar anjuran syarikat sendiri yang perlu dipenuhi.
Seorang kawan pernah bertanya, “Aku tengok kau steady jer memberi ceramah. Kau ada tip tak bagaimana nak berucap dengan kool di hadapan orang ramai?”
Mungkin kawan tersebut telah tengok ceramah saya yang kesekian kalinya, beliau tak tengok ceramah pertama saya pada 2 tahun lepas di mana satu lutut bergoyang tanpa henti walaupun hanya di hadapan 10 orang peserta!
Kini alhamdulillah, saya mampu untuk memberi ceramah di hadapan ribuan peserta dengan santai dan kool. Oh, walaupun begitu saya bukanlah seorang penceramah yang professional, masih jauh lagi perjalanan. Bagai langit dan bumi.
Good speakers are made – not born. Good speakers become great speakers with the proper training and learn from their experience.
Jadi, pada entri kali ini saya akan kongsikan 5 tip ringkas bagaimana untuk memberi ceramah yang membunuh. Oh!
1) Jangan terlalu bersiap sedia (Over prepare) - Jangan sesekali over prepare kerana ia akan menyebabkan ceramah anda menjadi bosan. Saya telah mengalami masalah over prepare ini dimana saya terlalu prepare untuk satu ceramah sehinggakan setiap ayat saya yang hendak dilontarkan berada di dalam kepala saya.
Akibatnya, persembahan saya tidak nampak natural dan seolah-olah membaca teks. Oh, saya pasti audience sungguh bosan dengan ceramah saya dari riak wajah mereka. Cara yang terbaik adalah anda hanya menghafal apakah isi yang anda hendak sampaikan manakala apa ayat yang anda mahu gunakan biarlah ia berlaku secara spontan.
2) Jangan berdiri secara statik – Jangan sesekali anda berdiri secara statik seperti tunggul kayu dihadapan para peserta. Oh, saya juga pernah menjadi tunggul di dalam satu ceramah perniagaan Internet. Pergerakan adalah sesuatu yang penting kerana ini merupakan teknik untuk anda mendapatkan perhatian audience.
Kalau anda melihat presentation penceramah professional, mereka tidak akan hanya statik di satu-satu tempat. Mereka akan bergerak secara steady di hadapan. Namun, awas. Jangan terlalu banyak bergerak nanti jadi macam tarian pentas. (Ya, saya juga pernah dikritik kerana memberi ceramah dalam gaya tarian pentas!) Bataskan juga pergerakan anda. Ingat, banyak mata sedang memerhati anda!
3) Berinteraksi dengan para peserta – Jangan hanya memberi ceramah seolah-olah anda bercakap dengan kerusi. Anda perlu faham bahawa peserta di hadapan anda adalah seorang manusia dan mereka boleh memberi respons. Sebagai seorang penceramah, sekali sekali anda juga perlu berinteraksi dengan para peserta di hadapan anda secara individu mahupun berkumpulan.
Anda boleh bertanya apa-apa sahaja soalan yang dirasakan sesuai kepada para peserta yang paling hampir kepada anda. Contohnya, “Encik Ahmad, apa khabar hari ni?”. Malah, anda juga boleh bertanya soalan yang sama kepada semua peserta. Contohnya, “Anda semua apa khabar?“.
Jangan kecil hati andaikata hanya seorang dua yang menjawab kerana kadang-kadang para peserta ni suka membuli penceramah ha ha ha! Sebagai pencaramah pula, anda boleh ulang soalan yang sama sehingga anda berpuas hati dengan respon.
4) Cuba untuk buat peserta ketawa – Jangan terlalu serius dalam memberi ceramah konon-kononnya ingin mendidik para peserta agar faham dengan apa yang hendak disampaikan. Sebagai penceramah, kita perlu mendidik secara bijaksana agar suasana majlis tersebut sentiasa ceria. Saya belajar perkara ini dengan Craig Valentine seorang penceramah yang sangat professional.
Anda boleh mencari video beliau di YouTube dan akan faham bahawa sangat penting untuk membuat peserta ketawa. Kalau tak majlis atau program yang kita ceramah akan menjadi hambar. Masa akan berasa seolah-olah sangat lambat untuk berlalu. Oh! Pada pendapat saya, para peserta akan lebih cepat faham apa yang kita cuba sampaikan di dalam keadaan sekali-sekala menghiburkan.
5) Slide presentation yang membunuh – Jangan menggunakan slide presentation yang old school. Sebagai penceramah baru, kita perlu menggunakan presentation yang agak stylo kerana kita masih belum mampu memberikan ceramah yang memukau. Jadi, paling tidak biarlah slide presentation kita mampu memukau penonton.
Saya sendiri memberi sentuhan remaja kepada slide presentation yang saya gunakan kerana di situ saya boleh menarik perhatian para peserta. Selitkan juga video ataupun gambar yang menarik di dalam slide presentation anda. Bagi saya ini sangat penting supaya gaya penyampaian kita relevan dengan generasi terkini.
Oh, sudah habis 5 tip ringkas yang saya ingin kongsikan di dalam entri ini. Sekali lagi ingin di ingatkan bahawa saya bukanlah seorang penceramah yang professional tetapi tip di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Entri ini juga dicipta supaya senang bila ada orang bertanya soalan yang sama, saya boleh berikan link terus ke entri ini. Ho ho ho!
Kepada yang baru nak mencuba memberi ceramah dalam apa jua topik sekali pun, nasihat saya adalah just do it! Bagi saya kita akan banyak belajar setelah pengalaman pertama memberi ucapan di khalayak ramai. Walaupun lutut bergoyang tanpa henti, tetapi itulah pengalaman paling berharga dan indah untuk dikenang.
Andaikata entri ini memberi input yang berguna buat anda, saya juga memohon agar anda share kepada sesiapa yang memerlukan entri ini.
Subscribe dan dapatkan audio soal jawab eksklusif mengenai perniagaan internet yang bernilai RM37 secara percuma.
Trackbacks/Pingbacks
Tips yang amat berguna dan boleh di praktikkan…belajar daripada pengalaman dan orang yang berpengalaman…
salam Adly,
menarik post ini. untuk menjadi penceramah memang perlukan latihan yang cukup. dan latihan yang paling berkesan adalah beri ceramah di depan khalayak. masa tu baru kita tahu di mana kelemahan kita. teringat saya masa mula2 beri ceramah di depan lebih 50 orang untuk satu program training syarikat saya. lutut bergoyang tu perkara biasa. fakta hilang dalam ingatan dan hanya baca slide powerpoint saja.
bila dikenang kembali itulah pengalaman berharga yang membina saya menjadi seorang trainer dalam bidang saya. dah 6 tahun berlalu. alhamdulillah saya dah bagi training/ ceramah di seluruh Malaysia.
tips saya jangan takut untuk mencuba. saya pasti semua penceramah yang hebat di dunia pasti ada cerita mereka sendiri semasa mula memberi ceramah. setelah melalui fasa demi fasa maka mereka telah berada di tempat mereka sekarang, termasuklah En Adly kita.
Oh! memang sama dengan etika presentation skill.
ALL IS WELL!!
p/S: bila nak mari UiTM perlis hoho
Terbaik bos! Memang hebat perkongsian entri kali ini.:D
pergh mantop ar beb..nice sharing..
sebijik cam buku aku bace ar..
Jadi TOK IMAM pun latihan juga, lagi2 semayang yang kena baca secara kuat. ketar juga lutut kalu tak biasa =)
Bagus, ada benar juga tips2 tersebut. Tak over prepare untuk lontarkan kata2 ikhlas dari pengalaman. Gambar di atas kat dewan kuliah Kompleks Engineering, UiTM Shah Alam.
lee, aku suko laaa blog mum.. haha!
Ha..ha…sauadara mmg bergaya sebagai seorang penceramah profesional dan tips mmg bagus…
bravo bravo! adly mmg hebat. buke sene nak jadi penceramah habat. tingkatkan skill dlm public speaking, kalu perlu boleh masuk mana-mana kursus utk mantapkan mana2 yg patut. tahniah….
Perkongsian menarik buat semua. Berguna kepada saya yang bakal memberi ceramah Sbtu ni.
PS: dah 4 bulan tak beri ceramah rasanya….
Salam. Saya akan beri ceramah pertama kali pada16/5/13 bertajuk pengurusan mesyuarat dan penulisan minit berkualiti to audiens 40 orang .Tertanya-tanya apakah respond mereka nanti.
slide dari adly memang stylo!
Sham @ edymart: Semoga bermanafaat.
Azizi: W’mslm, ya betul apa yang tuan Azizi nyatakan. Semuanya bermula apabila kita bertindak. Perasaan takut hanya boleh dilawan apabila kita mencubanya.
Alif: All is well too!
Aqif: Yezza!
haru: Apa tajuk buku tu?
Ramzan: Ya, betul tu. Imam lagi lah. Saya masih belum layak nak jadi imam. ;p
Shahrul: Ya, gambar di atas adalah masa di UiTM Shah Alam.
Samanosuke_04: Apo lagi, subscribe la he he he!
Mizie: Erk, saya biasa-biasa saja.
Wan: Hu hu hu! Ya, saya dalam masa terdekat juga akan ambil satu personal coaching public speaking.
JaMal: Yeah, all the best!
Noorizam Shah: Hu hu hu! Saja buat kelainan sket.
salut… memang macam tu seharusnya memberi ceramah…
salam..bagus tip ni bro..boleh saya pratikkan.. dah lama sy try untuk menjadi lebih confidence bila di dalam dewan. Dulu penah jugak berucap dalam dewan, berketar2 tu.. segala isi hilang..mudah2an tip ni akan membantu lepas ni..;)
Memang artikel yang berguna nie Adly.. Thanks!
Hai Sahabat,
Terima kasih kerana memberikan 1 perkongsian yang hebat ini coz saya boleh gunakan dalam preview perniagaan saya walaupun sebelum ini pernah bercakap dihadapan tetapi berterabur habis segala isi kandungan.. Teringat kembali…
Tq Adly.
Ceria sokmo bos…
thanks labanon utk tips ini. gambar diatas itu macam di Uitm sahaja…. huhu
Slide yang kreatif! yeah, like this tips! Ty~
Saya tak berkesempatan mengikuti kursus atau seminar saudara Adly, tapi banyak belajar dari blog ni dan majalah IM.
Memang saya tak tahu apa-apa langsung, tapi dengan tips-tips yang berguna dari sdr Adly dan IM Malaysia lain saya dapat juga “merasa” ayat yang selalu digunakan oleh IM “duit masuk walau pun sedang tidur…” tapi tak le sehebat mereka.
Tapi kata orang merasalah jugak….dulu saya memang tak percaya & salah anggap tentang bisnes internet.
betul. Dulu aku pun ketar lutut. Tangan plak asyik menggigil aje. Aku rasa semua penceramah pernah alami benda yang sama. Malah yang paling, sampai otak jadi jammed. Tak tahu nak cakap apa..
Apapun, benda ni kena yakin. Lontarkan aje. Janji masih dalam skop yang dibincangkan atau diceramahkan..
Nice sharing… Boleh tunjuk Screen Shot slide show tak? Nak juga tengok contoh slide sentuhan remaja….
hari ni kawe baru lepas bagi ceramah kpd rombongan yang dtg melawat opis. cuba praktis tips yg diberi… Alhamdulillah, berkesan jugak! Nk tmbh sikit… baca Surah Al-Inshirah untuk hilangkan darah gemuruh..
Salam;
Mula-mula saya kena berucap untuk mewakili peserta dalam satu kursus selama seminggu itu, ketar lutut dan apa2 yang saya cakap. Sebelum berucap saya dipanggil untuk sedikit taklimat, Lucunya dalam hawa agak sejuk(kena pakai blazer) boleh berpeluh sampai menitik. Jadi heran sendiri, panik2.
Alhamdulillah berkat kengkawan yang baik beri guide tu, last leh lah cakap jugak. Dah mula leh kawal keadaan, cakap tak leh nak brek plak. Cakap . . cakap . . samap de signal kata dah cukup masa. he he.
Bagus tips ceramah yang dikongsi tu boleh jadikan panduan bila ada terlibat dalam mengajar ataupun bila dapat jadi penceramah nanti.
semoga menjadi penceramah professional satu hari nanti..
serius aku kata, aku x mampu lagi nak bagi ceramah/jadi pengrusi mcm2 ni. kadang2kala bapak aku rajin gak nk suruh aku jadinya…tapi begitulah, hati kita sahaj yg tahu.
Good share bro, suka tgk success story camnie. Keep it up!
Betul, just b yourself, relax… dan terlalu mengikut script pasti membuatkan persembahan jadi hambar!
biasanya orang muda macam adly tak berani nak berucap depan orang ramai,
tapi adly ni memang special sikit.. berbakat besar..
tahniah untuk anda
bagus tips ni. ana boleh gunakan tips ini untuk berikan ceramah esok nanti. tapi boleh x kalau tolong tunjukkan isi-isi untuk bei ceramah, mcm yang firstly baca bismillah ke atau ape-ape je.
insya allah tips ini bermanfaat untuk saya sebagai penceramah amatir
thanks for the info. betul apa yang u katakan. saya pun pernah laluinya.