Seni Buat Duit Di Internet?

by Labanon on July 23, 2012

Salam & hai.

Seni Buat Duit Di Internet

Pertama sekali saya ingin ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak buat pembaca blog setia ini. Saya yakin anda benar-benar setia kerana masih bisa hadir walaupun kekerapan hadirnya entri terbaru yang jarang-jarang sekali. Oh!

Perkara kedua ialah saya baru sahaja melancarkan satu program mentorship Seni Buat Duit Di Internet versi Adly Mukhtar. Ehem, ehem! Ini buat pertama kalinya saya melancarkan professional coaching di dalam bidang perniagaan internet.

Teruskan membaca entri ini »


Aku Mesti Kaya!

by Labanon on June 18, 2012

Aku tersedar. Jam tangan menunjukkan jam 6.10 pagi. Hujan pagi yang mencurah itu membuatkan aku terjaga lewat 15 minit dari biasa. Pun begitu, bibirku tersenyum. Syukur kerana masih diberikan nafas oleh Ilahi dan pada masa yang sama ada benda bersejarah hari ini.

Di balik hujan

Sepantas kilat aku melompat dari katil menggapai tuala hijau yang tersidai rapi pada kerusi plastik di penjuru bilik. “Masih lembap? Sebab hujan kot..” bisik hati kecilku.

Apabila hujan, rumahku yang beratapkan zink akan memantulkan bunyi yang sangat bising. Dengan hanya bertuala, aku menelusuri ruang tamu rumah yang tidak terurus. Kelihatan ibuku sudah pun menunaikan solat fardhu Subuh tetapi terlelap penat di tikar sejadah.

Oleh kerana rumah kampung lama, aku terpaksa keluar dari rumah untuk mandi. “Uish, gila nak meredah hujan ni.. kira tak payah mandi la macam ni..” gertak hatiku sambil memerhatikan tandas yang hanya 12 langkah dari muka pintu rumah.

Teruskan membaca entri ini »


Kepada Sang Gagal

by Labanon on April 21, 2012

Ke hadapan orang yang gagal,

Kepada Sang Gagal

Cukuplah, lapkan semua air mata dan harungi ombak itu. Teruslah mara dengan matlamat yang telah engkau bina. Engkau mempunyai pilihan sama ada untuk tewas seorang diri di dalam dunia ini atau bangkit melawan dunia ini seorang diri.

Teruskan membaca entri ini »


Anda, Ibu Bapa & Bisnes?

by Labanon on March 17, 2012

Salam & hai.

Just for my mom

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini saya banyak meluangkan masa bersama insan-insan yang hebat. Sangat rugi andaikata saya tidak dapat mengutip permata berguna sepanjang bersama mereka.

Sepanjang berkecimpung di dalam dunia perniagaan, saya telah bersua muka dengan ramai individu hebat yang berjaya di dalam pelbagai bidang mereka ceburi. Setelah di renung kembali, rupanya orang yang berjaya ini mempunyai banyak persamaan.

Minggu lepas saya berkongsi pentas bersama Datuk Ameer Ali (Pengarah Urusan Mydin Holdings) dan Dato’ Hafsah Hashim (CEO SME Corp) bagi satu program keusahawanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Teruskan membaca entri ini »


Mengejar Kejayaan Hidup

by Labanon on December 19, 2011

Salam & hai.

Astro Awani - Mengejar Kejayaan Hidup

Pada tanggal 9 Disember 2011 detik bersejarah buat diri ini dan juga rakan-rakan di Flarebiz Network apabila pertama kami muncul di kaca televisyen untuk berdiskusi satu isu yang agak sensitif buat sesetengah pihak.

Saya dan Aqif Azizan telah di undang oleh pihak Astro Awani bagi berbicara mengenai ‘Mengejar Kejayaan Hidup‘ bagi rancangan meja bulat. Undangan diterima dengan 1001 persoalan bermain di minda.

Apabila berbicara mengenai kejayaan di dalam kehidupan, akan ada satu golongan yang sering di pinggirkan dan golongan ini seringkali terperangkap dengan ‘kejayaan hidup’ yang ditentukan oleh masyarakat. Akhirnya, mereka benar-benar gagal.

Teruskan membaca entri ini »