Adakah Kehidupan Itu Kerja?

by Labanon on June 5, 2010

Salam & hai semua,

Seperti yang dijangka pada entri pertama, nampaknya blog ini sudah sedikit berhabuk. Apabila sudah hilang sedikit momentum untuk menghasilkan entri terbaru, maka kebiasaanya entri-entri selepas ini juga akan lambat.

Bermula awal bulan ini, saya sudah berhasrat menyertai kawan-kawan Flarebiz Network yang lain untuk sama-sama buat kerja di pejabat. Mungkin tugas yang digalas oleh saya untuk pelancaran produk MiniNiaga pada penghujung Jun ini agak berat, jadi kegusaran tersebut diterjemah dengan bekerja di pejabat. Oh!

Sebelum ini lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Atau lebih tepat, dalam bilik sendiri di rumah. Perkara pertama yang dibuat apabila membuka mata di pagi hari adalah menghadap komputer dan perkara terakhir sebelum bersiap untuk tidur adalah menghadap komputer. Oh ya, komputer juga menemani tidur saya sepanjang siang malam dengan koneksi Internet yang cukup setia.

Kini semuanya menjadi kenangan terindah. Di atas nasihat Zhafran, saya telah nekad untuk membuat kerja di pejabat sahaja dan apabila di rumah tidak lagi buat kerja-kerja pejabat. Ini merupakan proses awal untuk saya mengasingkan di antara kerja dan kehidupan.

Sedutan Tempat Kerja Baru

Tiga tahun lepas, seorang mentor pernah berpesan kepada kami…

Kamu berdua, kalau nak lebih berjaya dan ada life. Kamu kena asingkan di antara kerja dan kehidupan. Kamu kena faham bahawa dua perkara berikut adalah satu entiti yang berbeza.

Pada ketika itu, saya dan Zhafran masih tidak nampak kebenaran kata-kata tersebut. Bagi kami, percampuran di antara pekerjaan dan kehidupan adalah satu perkara yang menyeronokkan. Ternyata pada ketika itu ilmu dan pengalaman kami mengenai perniagaan masih lagi cetek.

Namun, setelah kerja semakin banyak, pelanggan semakin bertambah dan masalah juga turu bertambah oh! Saya mula sedar kehilangan sesuatu yang digelar kehidupan. Sudah tiada masa untuk diri sendiri, keluarga dan orang-orang yang tersayang oh!  (Ramai tu orang tersayang ha ha ha!)

Kenapa Dia Ada Masa, Kami Tidak?

Time is our most precious asset, we should invest it wisely. – Michael Levy

Saya rasa inilah rahsia kenapa mentor kami tersebut dapat menguruskan syarikat bernilai jutaan ringgit tanpa kehilangan sesuatu yang digelar kehidupan. Bila kami ajak keluar minum pun masih ada masa dan siap ajak kami pergi bercuti lagi. Saya dan Zhafran baru nak uruskan syarikat yang bernilai ratusan ribu ringgit dah tiada masa untuk mandi. Apa ni?!

Saya tak dapat nak kupas banyak lagi mengenai perkara ini kerana baru dalam proses transformasi. Saya dapat rasakan seronoknya apabila kita dapat mengikut lumrah alam dimana siang dijadikan masa untuk bekerja dan malam pula masa untuk kita rehat. Tiada masalah juga untuk kita menunaikan tiang agama kita 5 kali sehari semalam.

Semoga kita semua dapat asingkan dua entiti tersebut sepertimana air dengan minyak yang tidak akan bercampur. Yosh!

P.S: Penutup entri kali ini kita letak sekeping gambar jejaka macho dan hancur. Oh! Berdiri gaya model sikit. Aww~ Harap tiada yang muntah okay!

P.S.S: Kredit gambar kepada rakan sekerja iaitu saudara Aqif Azizan. He he he!



  1. rohaizad (05 Jun 2010)

    Teruskan usaha seperti yang telah ada di dalam rancangan. Good luck!

  2. WaidaKmy (05 Jun 2010)

    Alhamdulillah. Sudah kembali ke pangkal jalan. :D

    Suka ayat dari Adly ini, “Siang untuk bekerja, malam untuk berehat.”

  3. smartzul (05 Jun 2010)

    Di rumah saya ini ada tiga buah bilik tidur. Satu bilik untuk buat kerja. Habis sahaja buat kerja, tutup komputer dan lampu. Kemudian masuk bilik tidur yang hanya digunakan untuk tidur. Tiada satu pun apa-apa bahan bisnes dalam bilik tidur. Hanya ini mampu dilakukan walaupun belum ada pejabat di luar rumah.

    Dahulu saya ada seorang senior. Beliau seorang pemimpin pelajar. Segala urusan dilakukan di pejabat persatuan. Masa balik ke bilik hostel, tiada sehelai kertas pun yang beliau bawa. Dan beliau memang serius di bilik persatuan, tapi mengalahkan budak-budak kecil apabila di hostel.

    Lagi… Apabila saya keluar rumah untuk berjalan-jalan, saya bukan lagi smartzul. Saya juga seperti orang lain. Tidak mahu menjadi seorang hipokrit dan hidup dalam bayang-bayang orang lain. Jadi kalau nampak saya buat benda nakal, maafkan saya. ^_^

    ps. Koneksi?? Eja baik-baik. Hehe… >:)

  4. rupenye korang sampai tak mandi erk. hahaha

  5. Hanz (05 Jun 2010)

    Alhamdulillah,

    Suka entri ini. Kadang2 kita sentiasa asyik dengan perniagaan, pekerjaan, sehinggakan takut untuk kehilangan pelanggan. Seumpama pelanggan itu merupakan punca rezeki paling utama dalam hidup. Sedangkan itu hanyalah satu perantaraan. Sumber rezeki utama adalah berpunca daripada Allah s.w.t. Sekiranya hubungan dengan Allah kita baik, insyaAllah urusan pekerjaan (dunia) akan baik. ;)

  6. Julmazli Dempollok (05 Jun 2010)

    Saya pula sukakan ayat Labanon yang ini – ‘Perkara pertama yang dibuat apabila membuka mata di pagi hari adalah menghadap komputer dan perkara terakhir sebelum bersiap untuk tidur adalah menghadap komputer’. Kerana saya juga seperti itu. Lagi teruk orang yang belum ada syarikat seperti kami. Tidur pun mau tak sempat. Hehee..

    P/s Akan cuba belajar bahagikan masa dengan betul.

  7. FADZRi (05 Jun 2010)

    Selalunya saya juga punya masalah dan ada berfikir mcm tu… Banyak kawan nasihatkan saya agar tidak berjaga malam dan tidur siang.. memang betul kata mereka.

    dan saya harap sangat dapat menjadikan pagi sebagai permulaan hari, bukan pengakhir hari, walaupun pada masa sekarang masih kelam kelibut..huhuhu “apa ni?”

    Mungkin sebab faktor waktu malam lebih selesa untuk bekerja….

  8. Aqif (06 Jun 2010)

    Bahagian paling penting dalam entri kali ini ialah gambar-gambar ofis yang telah dikreditkan kepada ****. Haha.

    Saya setuju sangat dengan pembahagian masa untuk bekerja dan berehat. Sebenarnya orang muda memang jarang sedar perkara ini sebab tanggungjawab untuk diri sendiri masih tidak berat (tidak ada keluarga a.k.a berkahwin).

    Jadi, ‘The Day Will Come’. Ho ho ho! :D

  9. mijie (06 Jun 2010)

    semoga terus berjaya lagi flabrebiz network…

  10. ejoncb (06 Jun 2010)

    agak2 adly kan, mana lagi best, keje ke enjoy life? ada tak tiba2 kan rasa mcm malas nya nak berhadapan dgn kerja? hehe

  11. moon (07 Jun 2010)

    saya akan cuba bahagikan masa dengan baik…sejak terjun dlm bidang perniagaan…selalu tido lewat..tak pandai lg bahagiankan masa…
    kdg2 tertekan..bila kerja nk abeh,.tp bila fikir balik…tak plan masa betul..huhuhu

  12. Labanon (07 Jun 2010)

    Bro Ijad: Terima kasih.

    Waidakmy: wah2… ke pangkal jalan tu. ;p

    smartzul: Satu contoh yang baik tu bro Zul. Memang seorang pemimpin yang bagus juga perlu asingkan kerja dan kehidupan. Kalau tak… lagi la takde life. Koneksi ha ha ha!

    Nizam ‘Mysticmind’ Ahamad: Err.. shhh!

    Hanz: Yup, betul tu. Kadang-kadang terlalu asyik sehingga kita lupa tanggungjawab kita di atas dunia ini. Kita dicipta bukan untuk cari makan jer. :)

    Julmazli Dempollok: MAJORITI usahawan internet macam tu. He he he!

    FADZRi: Kita berubah sikit-sikit. Nanti lama-lama jadi bukit. Nak berubah 100% terus, takut demam nanti ha ha ha!

    Aqif: He he he! The day will come bos!

    mijie: Thanks bro mijie.

    ejoncb: Life akan automatik enjoy apabila kita buat kerja yang kita minat. He he he! Setakat ni alhamdulillah, takde lagi perasaan malas berhadapan dengan kerja sebab saya buat kerja yang memang saya betul-betul minat. Risau takut one day, minat ni akan hilang. :D

    moon: He he he! Takpe, takes time juga tu nak manage betul-betul.

  13. bob (07 Jun 2010)

    Ya jadi la mcm gue. keh keh keh. tempat kerja diluar rumah. berhampiran reban ayam! di dalam rumah tiada apa yang berkaitan komputer.

  14. Syafiq Zainal (07 Jun 2010)

    Saya suka entri kali ni.. ade value tambahan untuk minda saya. Terima kasih..

  15. Syafiq Zainal (07 Jun 2010)

    lupa nak bg taw.. gambar last tu nice one bro. pasti ade yg terpikat nanti ;)

  16. Aqif (07 Jun 2010)

    @Syafiq Zainal – Jangan bagitahu dia. Kembang sudah~ Haha!

  17. Asyraf Aziz (08 Jun 2010)

    Ini adalah realiti kehidupan bagi sesiapa jua yang bergelar manusia, tetapi lebih dispesifikkan lagi buat individu yang bergelar ‘pekerja’ / ‘usahawan’. Saya sependapat dengan komentar Tuan Smartzul, jika kita seorang IM yang bekerja secara SOHO (dirumah) peranan kita mungkin sedikit berbeza iaitu sebagai seseorang yang bekerja, memberikan khidmat, dan sebagainya.

    Berbanding pula dengan situasi dibawah..

    Tetapi apabila diluar rumah, status IM mungkin sudah berubah kepada individu yang sama sahaja dengan semua orang disekeliling kita, menjalani/menikmati kehidupan normal sebagai seorang manusia yang punya kehidupan tersendiri.

    “Setiap detik masa yang berlalu itu umpama mata pedang, jika kita tidak memotongnya terlebih dahulu, bermakna kita telah dipotong oleh masa..” ;)

  18. syinrayafa (09 Jun 2010)

    hahaha…kalu aku ada office suatu hari nanti, tak tahu la mcm mana…hahaha.. dah la jenis serabai je bila ada masalah….aku rasa mesti bnyk yg tak kena.

  19. Abang Di (09 Jun 2010)

    :-)

  20. AzharZul (13 Jun 2010)

    Saya suka entri kali ni. Maybe sebab perkara yang sama jugak berlaku pada saya. Saya rasa saya perlukan masa yang ruang kerja yang khas. menjadi seorang suami, bapa, pekerja dan usahawan memang sesuatu mencabar bagi saya. Tetapi selepas membaca blog ni (terutamanya bagaian about) saya mendapat inspirasi untuk terus berusaha!

    Good luck!

  21. titan (25 Jun 2010)

    aku ingatkan aku sorang aje yang tak mandi. Haha..


Trackbacks/Pingbacks

Tinggalkan Komen Anda