Adly Mukhtar (dot) com

Kepada Sang Gagal
Ke hadapan orang yang gagal,

Cukuplah, lapkan semua air mata dan harungi ombak itu. Teruslah mara dengan matlamat yang telah engkau bina. Engkau mempunyai pilihan sama ada untuk tewas seorang diri di dalam dunia ini atau bangkit melawan dunia ini seorang diri.

Cobalah bertahan walaupun engkau terasa letih kerana engkau tidak boleh terus kalah. Lupakan semua luka yang terpahat dalam hati kamu seperti seorang perjuang. Kerana pejuang harus tabah untuk mengatasi sesuatu masalah.

Berakhirlah sebagai seorang pemenang.

P.S: Ini adalah petikan email yang di terima oleh saya 365 hari yang lepas. Semoga kata-kata ini juga berguna buat anda.

Anda, Ibu Bapa & Bisnes?
Salam & hai.

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini saya banyak meluangkan masa bersama insan-insan yang hebat. Sangat rugi andaikata saya tidak dapat mengutip permata berguna sepanjang bersama mereka.

Sepanjang berkecimpung di dalam dunia perniagaan, saya telah bersua muka dengan ramai individu hebat yang berjaya di dalam pelbagai bidang mereka ceburi. Setelah di renung kembali, rupanya orang yang berjaya ini mempunyai banyak persamaan.

Minggu lepas saya berkongsi pentas bersama Datuk Ameer Ali (Pengarah Urusan Mydin Holdings) dan Dato’ Hafsah Hashim (CEO SME Corp) bagi satu program keusahawanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Satu Resepi Kejayaan Bisnes

Mendengar ucapan daripada seorang billionaire dan seorang wanita korporat adalah sesuatu yang cukup berharga. Salah satu resepi kejayaan yang telah dikongsikan oleh Datuk Ameer Ali ialah berbakti kepada ibu bapa.

Beliau telah menerima pelbagai anugerah di peringkat negara ataupun antarabangsa di atas kejayaan Mydin menerajui bisnes trading di Malaysia. Apa yang menarik, beliau akan bawa kedua ibu bapanya bersama ke mana sahaja beliau menerima anugerah. Beliau akan menempah meja khas bagi kedua ibu bapanya sebagai penghargaan di atas jasa mereka.

“Kawan kita boleh tukar, suami isteri pun masih boleh ditukar ganti, tetapi ibu bapa merekalah satu-satunya di dunia ini..” – Dato’ Hafsah (CEO SME Corp)

Ketika mengikuti tim Majalah Niaga ke majlis pelancaran buku ‘Mydin The Untold Story‘ juga saya sempat melihat ibu dan bapa beliau berada di kerusi paling hadapan. Terharu sungguh melihat bagaimana seorang billionaire tidak sesekali melupakan jasa orang tuanya.

Tahun lepas, saya di jemput oleh Imran Koyube (CEO ILuvIslam) bagi meluangkan masa makan malam bersama Dato’ Hussamuddin Yaacub (CEO Karangkraf Group) di rumah beliau. Bukan rumah mewah beliau yang hendak diceritakan tetapi apa rahsia di sebalik kejayaan cemerlang Karangkraf sebagai syarikat ‘printing’ no 1 Malaysia.

Bisnes Meningkat Naik Kerana Ibu?

Dato’ Hussamuddin berkongsi secara peribadi bisnes beliau mula meningkat naik apabila mula menjaga ibunya! Ya, bisnes beliau naik mendadak apabila mula berbakti kepada ibunya, bawa ibunya menunaikan umrah dan sebagainya. Beliau berkali-kali menekankan bahawa restu ibu bapa adalah resepi penting untuk berjaya di dalam bisnes.

Semalam ketika menonton filem The Billionaire daripada Thailand, saya terdetik untuk mencoretkan entri ini. Filem tersebut menceritakan kisah benar bagaimana seorang remaja boleh menjadi seorang billionaire pada usia yang cukup muda. Salah satu elemen yang cukup menyentuh hati saya ialah bagaimana ibunya tidak henti-henti memberikan sokongan kepada anaknya yang tersayang.

Walaupun beliau tidak melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi sebaliknya memilih untuk menjalankan bisnes. Bagaimana ibu sentiasa memberi sokongan dan dorongan ketika melalui hari-hari sukar sebagai usahawan.

Ibu Bapa Adalah Resepi Kejayaan!

Tuan dan puan.

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang saya lalui sepanjang bergelar seorang usahawan, saya cukup bersetuju bahawa sokongan, restu dan doa ibu bapa adalah satu resepi penting kejayaan bisnes.

Adanya saya hari ini bersama Flarebiz Network juga disertakan resepi tersebut. Walaupun berbeza pendapat dengan kedua ibu bapa pada mulanya kerana tidak mahu melanjutkan pelajaran ke universiti tetapi alhamdulillah mereka berdua sentiasa menyokong saya. Ketika saya melalui saat-saat sukar sebagai seorang usahawan, tiada siapa yang sudi lapkan air mata yang mencucuri pipi ini selain ibu yang tercinta.

Ketika bisnes mengalami jalan buntu, tiada siapa yang sudi mendengar ibu juga yang menjadi tempat luahan perasaan. Di saat tiada siapa yang percaya dengan apa yang saya ingin lakukan, ibu juga yang memberi sokongan penuh berserta doa.

Sokongan Ibu Bapa Adalah Segalanya!

“Ibu, benarkah kehidupan ini terlalu sukar?” - Top Ittipat, Thai Billionaire

Pernah satu ketika saya berkata kepada diri sendiri ketika hendak melangkahkan kaki ke Kuala Lumpur, “kepercayaan orang lain tidak penting malah kepercayaan diri saya sendiri juga tidak penting, tetapi kepercayaan ibu bapa terhadap apa yang ingin saya lakukan ini adalah paling penting.”

Kepada ibu bapa, sentiasalah berkata-kata positif terhadap anak-anak mu kerana apa yang terkeluar dari mulut mu adalah satu doa.

Akhir kata, berbakti terhadap kedua ibu bapa bukanlah kewajipan para usahawan semata-mata tetapi kewajipan bagi mereka yang bergelar anak. Peliharalah kedua ibu bapa mu seperti mereka menjaga mu ketika kamu masih kecil kerana sesungguhnya rahmat Allah itu meliputi mereka yang berbakti kepada orang tua mereka.

Sekian.

P.S: Sayangkan kedua ibu bapa anda? Kongsikan artikel ini agar rakan-rakan anda juga mendapat manafaat yang sama.

Mengejar Kejayaan Hidup
Salam & hai.

Pada tanggal 9 Disember 2011 detik bersejarah buat diri ini dan juga rakan-rakan di Flarebiz Network apabila pertama kami muncul di kaca televisyen untuk berdiskusi satu isu yang agak sensitif buat sesetengah pihak.

Saya dan Aqif Azizan telah di undang oleh pihak Astro Awani bagi berbicara mengenai ‘Mengejar Kejayaan Hidup‘ bagi rancangan meja bulat. Undangan diterima dengan 1001 persoalan bermain di minda.

Apabila berbicara mengenai kejayaan di dalam kehidupan, akan ada satu golongan yang sering di pinggirkan dan golongan ini seringkali terperangkap dengan ‘kejayaan hidup’ yang ditentukan oleh masyarakat. Akhirnya, mereka benar-benar gagal.

Gagal Akademik, Maka Gagal Selamanya!

Failure is only a temporary change in direction to set you straight for your next success.

Golongan yang saya maksudkan ialah mereka yang kurang berjaya secara akademik di sekolah dan universiti. Seringkali masyarakat sentiasa menghukum golongan ini dengan pelbagai frasa yang kadang-kadang tidak berasaskan fakta.

Sebagai contoh, masyarkat sering kali menghukum individu yang tidak mempunyai kelulusan sekolah dan universiti yang baik maka mereka akan gagal di dalam kehidupan. Seolah-olah ia adalah satu noktah di dalam kehidupan mereka.

Sedangkan kejayaan di dalam akademik hanyalah salah satu lapangan kejayaan di dalam hidup.

Hakikat sebenar, kejayaan akademik  di sekolah dan universiti bukanlah satu jaminan bahawa mereka juga akan berjaya di dalam lapangan kejayaan yang lain. Tetapi tidak pula kurang berjaya di dalam akademik akan menjamin anda akan berjaya di dalam kehidupan.

Itu Kepercayaan Karut!

I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft. – Bill Gates

Berdasarkan fakta, ramai juga mereka yang cemerlang di dalam akademik tetapi gagal untuk kekal cemerlang di alam kerjaya.

Malah semasa di universiti lagi kita susah hendak membezakan siapa yang merupakan pelajar cemerlang di sekolah sebelum ini kerana ramai juga yang cemerlang di sekolah gagal untuk mengekalkan kecermerlangan mereka di alam universiti.

Jadi, tidak wajar untuk masyarakat menghukum mereka yang kurang berjaya di dalam akademik akan gagal di dalam hidup.

Hakikatnya, mereka yang kurang berjaya di dalam bidang akademik juga mempunyai keupayaan yang sama untuk berjaya di dalam lapangan kejayaan yang lain.

Mungkin saya tidak perlu senaraikan nama-nama besar di dalam dan luar negara yang boleh berjaya di dalam bidang masing-masing tanpa perlukan segulung ijazah sebagai bahan bukti.

Terperangkap Dengan Persepsi Masyarakat?

Namun, akibat desakan masyarakat menyebabkan golongan yang kurang berjaya di dalam akademik ini percaya bahawa hidup mereka telah tamat.

Kerana melihat tiada siapa yang mempercayai kebolehan mereka, maka mereka memilih cara hidup sendiri dan mula bersikap rendah diri.

Bakat dan kebolehan golongan ini akhirnya terkubur begitu sahaja. Alangkah ruginya negara, bangsa dan agama kita dengan kehilangan sebutir permata yang tidak digilap.

Berbalik kepada perenggan pertama, hadirnya saya di dalam slot meja bulat di Astro Awani adalah untuk memberi harapan baru kepada mereka yang kurang berjaya di dalam pelajaran agar yakin dan percaya dengan kebolehan diri.

Kau mampu patahkan sayapku

Kau mampu tambatkan kedua kakiku

Tapi kau tak akan dapat

Mematahkan semangatku untuk hidup

Aku dan mereka sama

Punya hati dan punya cita-cita

Yakinlah bahawa Allah mencipta manusia dengan kelebihan masing-masing agar kita semua saling bertoleransi untuk mencari redha Ilahi. Maka gunakan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita untuk terus maju ke hadapan.

Kelulusan Akademi Bukan Satu Jaminan

Di dalam slot tersebut, berulang kali saya menegaskan bahawa kurang berjaya di dalam kelulusan akademik di sekolah ataupun universiti bukan bererti akan turut kurang berjaya di dalam kehidupan.

Alhamdulillah, sejurus habis slot tersebut saya menerima sms daripada seorang guru yang banyak membantu saya ketika di sekolah Dato’ Ahmad Maher dulu..

You’re right! Cikgu perlu ubah persepsi terhadap pelajar yang lemah di dalam pelajaran. Mereka juga boleh berjaya di dalam kehidupan.

Semoga nukilan ringkas ini dapat mengubah persepsi anda terhadap golongan yang kurang berjaya di dalam akademik ini dan berilah mereka sokongan sepenuhnya.

Pada masa yang sama, jika anda kurang berjaya di dalam akademik, yakinlah lapangan kejayaan lain terbentang luas untuk anda.

P.S: Saya memohon maaf andaikata ada tersilap kata di dalam slot meja bulat tempoh hari. Insyallah kami akan upload video tersebut di Youtube nanti.

P.SS: Sharing is caring! Jangan segan untuk berkongsi artikel ini kepada yang lain. heh!

Hakikat Sebenar Perniagaan
Salam & hai semua.

Alhamdulillah mampu kembali mencoret blog hijau ini di dalam arus masa yang mengalir deras. Kita seringkali seronok melihat kejayaan seseorang individu di dalam perniagaan yang mereka ceburi.

Apabila kita bercakap dengan seseorang usahawan yang berjaya mereka akan menceritakan kejayaan-kejayaan yang telah mereka kecapi. Ya, mereka selayaknya bercakap mengenai kejayaan untuk memberikan motivasi kepada orang sekeliling. Besar pahala mereka.

Bertanya Kepada Usahawan Yang Berjaya

If you do not ask the right questions, you do not get the right answers.

Namun, agak rugi jika anda bertemu usahawan yang berjaya tetapi anda tidak bertanyakan mengenai kesusahan dan kepayahan mereka membangunkan perniagaan mereka kerana di situlah kunci sebenar yang patut anda pelajari.

Sebaliknya, ramai yang lebih gemar bertanya berapakah pendapatan mereka, apakah kereta yang mereka pandu, rumah apa yang mereka tinggal dan berapakah bilangan isteri mereka. Oh!

Tidaklah salah untuk bertanyakan kejayaan mereka yang seterusnya menjadi motivasi kepada kita untuk terus berjaya. Namun, situasi ini seringkali berakhir dengan salahnya tanggapan kita terhadap bisnes.

Ramai yang mula beranggapan bahawa menjalankan bisnes ini adalah sesuatu yang terlalu mudah dan seterusnya mereka boleh memiliki pendapatan yang mereka perlukan, memandu kereta impian, tinggal di rumah idaman dan berkahwin dengan wanita ataupun lelaki kegilaan mereka.

Keterujaan Berniaga Yang Salah?

Oleh itu, mereka dengan semangat yang penuh memulakan perniagaan tanpa memikirkan risiko yang mereka bakal tanggung, malah sanggup berhutang dengan saudara mara untuk merealisasikan impian mereka. Pendek kata, mereka memulakan perniagaan dengan keterujaan yang salah.

Akhirnya, apabila mula melangkah mereka akan mula menghadapi masalah yang tidak diceritakan pun oleh usahawan yang berjaya tersebut. Pada saat itu, barulah mereka tahu dunia bisnes yang sebenar dan sebahagian besar akan mula menyalahkan individu yang menarik mereka masuk di dalam perniagaan tersebut.

Hakikat Sebenar Perniagaan

Tuan dan puan yang saya hormati. (Cuba mengambil feel memberi ucapan..)

Hakikatnya bisnes bukanlah sesuatu yang terlalu mudah sepertimana kita bermain layang-layang di tepi pantai sambil melihat perempuan cantik sedang minum air kelapa. Oh! Jika anda faham perkara ini, anda tidak akan cepat menyalahkan orang lain.

Saya telah mempunyai ramai rakan usahawan yang benar-benar berjaya. Pada mulanya saya ingat usahawan yang berjaya ni, perniagaan mereka tidak mempunyai masalah. Nampaknya saya silap.

Usahawan yang berjaya adalah seperti itik yang sedang berenang, kita lihat tenang dari atas tetapi kaki di bawah mengayuh dengan pantas sekali.

Masalah yang di hadapi mereka jauh lebih hebat dan masalah tersebut setimpal dengan pendapatan yang mereka perolehi dan setimpal dengan kereta yang mereka pandu!

Sindrom Bisnes Lain Lebih Mudah!

Sindrom ini tidak terlepas juga kepada para usahawan yang masih baru di dalam dunia perniagaan. Sindrom ini akan mula melanda para usahawan yang mempunyai masalah di dalam perniagaan mereka.

Ada segelintir usahawan mula mencari perniagaan lain apabila perniagaan yang mereka hadapi mengalami masalah.

Kononnya perniagaan lain lebih mudah dan tidak mempunyai sebarang masalah. Mereka tidak berusaha bersungguh-sungguhpun untuk menyelesaikan masalah perniagaan sedia ada mereka.

Sebaliknya lebih gemar untuk memilih jalan lari dari masalah dan beralih kepada bisnes lain. Itulah kesilapan yang sering dilakukan. Saya juga pernah melakukannya.

Cukuplah sekali.

Lari Dan Terus Lari Dari Masalah

Pembaca sekalian. (Sekali lagi, cuba mengambil feel memberi ucapan..)

Saya menemui ramai usahawan yang mengalami sindrom di atas. Maaf, saya lihat mereka masih ditakuk lama. Bolehkah mereka yang lari dari masalah maju di dalam perniagaan? Pada masa yang sama, boleh tunjukkan kepada saya perniagaan mana yang tidak mempunyai masalah?

Mereka ini akan beralih kepada bisnes baru dan apabila menghadapi masalah, mereka akan menyalahkan orang lain dan mencari bisnes baru lagi, lagi dan lagi. Sampai satu tahap mereka mula menyalahkan takdir dan dunia perniagaan itu sendiri. Oh! Walhal mereka yang bermasalah.

Bisnes Bukanlah Sesuatu Yang Sukar

A problem is a chance for you to do your best.

Sebagai penutup, saya berharap agar pembaca blog ini tidak memandang perniagaan itu sesuatu yang terlalu mudah agar kelak anda tidak terlalu kecewa. Perniagaan tidaklah sukar tetapi tidak terlalu mudah.

Masalah di dalam perniagaan itu perkara biasa. Insyallah dengan ilmu dan bimbingan mentor disertakan doa kepada-NYA, kita akan dapat mengharungi liku-liku cabaran di dalam perniagaan dengan lebih mudah.

Kepada rakan usahawan, jika anda belum cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi di dalam perniagaan ini, jangan bermimpi anda akan berjaya di dalam perniagaan baru nanti.

Sekian.

P.S: Anda di alu-alukan untuk share artikel ini andaikata mampu mengetuk pintu hati anda mengenai kebenaran dunia perniagaan.

Kehidupan, Impian & Keajaiban
Salam & hai.

Play dulu lagu di atas untuk mendapatkan feel membaca entri ini. Oh!

Saya terpaksa akui masa untuk saya berkongsi cerita di sini semakin berkurang kerana sekarang saya dan seluruh warga kerja Flarebiz Network sedang bertungkus-lumus membangunkan Sinar Niaga.

Mengimbau kembali pada tahun 2005, saya mulakan perjalanan di dalam dunia perniagaan adalah dengan impian. Pada ketika itu saya telah berimpian dan bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Walaupun impian yang masih belum jelas, tetapi paling tidak saya tahu bahawa saya akan jadi usahawan.

Impian Yang Mustahil Untuk Dicapai?

Pada tahun 2006, impian saya semakin jelas yang mana saya ingin menjalankan perniagaan internet. Pada masa yang sama, saya ingin menjana pendapatan 5 angka sebulan, memiliki pejabat yang cantik, pekerja yang berdedikasi dan rakan bisnes yang hebat! Pernah saya suarakan impian dan cita-cita saya ini di dalam kelas setelah ditanya oleh guru, namun dibalas dengan gelak tawa dari rakan sekelas.

Keep away from people who try to belittle your ambitions. Small people always do that, but the really great make you feel that you, too, can become great. – Mark Twain

Tidak mengapa, ia adalah satu cabaran yang indah untuk di sahut.

Pada tahun 2006, saya mula menjana pendapatan hanya sekitar RM300 sebulan dan ia dilihat sangat mustahil untuk miliki apa yang saya impikan. Namun, ia tidak sedikitpun menggugat apa yang saya impikan kerana saya tahu impian adalah satu doa dan kita mempunyai Tuhan untuk memperkenankan doa kita.

Saya terus berusaha melakukan apa yang saya yakin boleh membawa saya kepada impian tersebut walaupun orang sekeliling melihat ia adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Saya di katakan ‘bodoh’ oleh ahli keluarga sendiri apabila berbicara mengenai impian yang saya impikan.

Impian Yang Dicapai Tanpa Disedari..

Tanpa disedari, cabaran demi cabaran yang diharungi bersama rakan bisnes telah membawa saya semakin hampir kepada apa yang telah di impikan dan pada tahun 2009 saya telah mencapai impian tersebut. Sungguh ajaib! Saya sendiri tidak percaya bagaimana saya boleh mencapainya.

If you can imagine it, you can achieve it. If you can dream it, you can become it. – William Arthur Ward

Apa yang saya tahu, saya hanya berimpian dan saya tidak benarkan orang lain mencuri (mengatakan saya tidak boleh mencapainya) impian saya!

Namun, pencapaian tersebut belum kukuh sehingga saya kehilangan kembali apa yang saya miliki. Alhamdulillah, sejak tahun lepas saya telah mencapai apa yang saya impikan pada tahun 2006 dengan lebih ‘solid’ yakni dengan pendapatan konsisten 5 angka sebulan, sebuah pejabat yang unik, 11 orang warga kerja seperti adik beradik, beberapa rakan bisnes yang hebat dan banyak lagi.

Impian di atas dapat di capai ketika saya berusia 19 tahun dan ‘solid’ pada usia 21 tahun.

Kini, saya telah ‘upgrade’ impian saya kepada sesuatu yang lebih besar. Impian ini telah dikongsikan dengan seluruh warga kerja Flarebiz Network dan kami sedang berusaha ke arahnya. Insyallah saya akan kongsikan setelah mencapainya.

Impian & Ajaibnya Kehidupan

Sedikit perkongsian impian lain, saya pernah hadir Wangcyber Gathering pada tahun 2008 dan pada ketika itu Dr. Irfan Khairi, Gobala Krishnan, SaifulSham dan beberapa orang usahawan internet merupakan panelist bagi event tersebut.

Pada saat itu saya berimpian untuk berdiri bersama mereka pada Wangcyber Gathering akan datang, alhamdulillah tidak disangka-sangka pada tahun 2011 saya merupakan salah seorang speaker bagi WangCyber Gathering!

Selain itu, pada tahun 2010 pula saya menghadiri Open Web Asia di Crowne Plaza Hotel. Ketika Brian Wong, salah seorang speaker termuda sedang berucap di ‘big event’ tersebut, saya telah berimpian untuk berucap di event sebegitu suatu hari nanti.

Paling menarik, saya telah ‘update’ impian saya tersebut di Facebook!

Apa yang saya lakukan ialah sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi ‘speaker’ yang bagus. Saya banyak belajar daripada mentor Encik Idris dan menghadiri kelas Kak Azzah bagaimana cara yang baik untuk berucap di hadapan orang ramai.

Pada beberapa hari lepas, secara tidak sangka saya telah mendapat peluang untuk menjadi salah seorang panelist di event yang sama ‘level’nya iaitu di APEC Young Entrepreneur Summit (YES) 2011! Ya, saya panelist termuda!

Hidup Mesti Berimpian!

If you don’t have a dream, how are you going to make a dream come true? – Oscar Hammerstein

Konklusinya, hidup perlu berimpian dan anda perlu berimpian besar. Anda boleh mencapainya walaupun orang lain melihat anda tidak boleh mencapainya kerana kehidupan ini adalah sesuatu yang ajaib.

Insyallah selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakkal, kita akan diberi jalan untuk mencapai apa yang kita impikan. Kadang-kadang kita dapat mencapai impian kita melalui jalan yang tidak disangka-sangka, itulah kebesaran Allah.

Kenapa Masih Gagal Mengapai Impian?

Namun apa yang menyedihkan, saya melihat dan telah bertemu dengan ramai individu yang memiliki impian tetapi pada masa yang sama membenarkan orang lain mencuri dan memusnahkan impian yang mereka telah bina.

Ya Allah, kurniakanlah di dalam hatiku perasaan syukur di atas pemberian Mu selama ini. Sedangkan bukan menjadi kewajipan ke atas Mu untuk memberikan apa yang telah aku miliki hari ini.  Tanpa disedari, Engkau telah memberi lebih daripada apa yang aku pinta. Alhamdulillah.

Jangan salahkan kenapa Tuhan tidak merealisasikan impian kamu, tetapi salahkan diri mu sendiri kenapa kamu biarkan orang lain mencuri impian mu.

Kongsikan artikel ini adaikata bermanafaat untuk membangkitkan semangat anda untuk menggapai impian yang telah anda bina. Moga-moga orang juga mendapat manafaat yang sama.

5 Prinsip Flarebiz Network
Salam & hai semua.

Pada 23 Julai 2011 yang lalu, saya telah di jemput oleh Mohd Suhaimy (Shuth) untuk berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ini kepada para usahawan internet lain di WangCyber Gathering 2011.

Bagi saya ini adalah satu penghargaan kerana diberi peluang untuk berkongsi serba sedikit pengalaman kepada rakan-rakan di WangCyber. Serba salah dibuatnya kerana rata-rata yang hadir di gathering tersebut adalah mereka yang hebat dan telah mencapai banyak kejayaan.

Tema gathering pada kali ini ialah ‘the next level’, jadi saya memikirkan untuk membuat sedikit kelainan dengan berkongsi prinsip yang saya dan Mohd Zhafran pegang dalam membangunkan Flarebiz Network Sdn. Bhd. bermula dari tahun 2008.

The Flarebiz Way

Kredit kepada WangCyber TV di atas kehenseman video di atas.

Apakah Pendapat Anda Dengan Prinsip Kami?

Alhamdulillah, terima kasih di atas feedback positif daripada rakan-rakan yang hadir. Semoga perkongsian saya yang tidak seberapa ini memberi anda idea, semangat dan motivasi untuk berjaya di dalam apa jua perniagaan yang anda ceburi khususnya perniagaan internet.

Memang terbaik dari kalangan yang terbaik dari ladang! Sangat padat dengan content yang marvelous & excellent! – Khairul Hazwan

Akhir kata, terima kasih buat semua rakan-rakan yang hadir di Wangcyber Gathering di atas perkongsian anda. Jangan lupa untuk tinggalkan pendapat anda pada ruangan komen di bawah setelah menonton video di atas oh!

P.S: Gaya penyampaian di atas adalah dengan mempraktikkan 5 Tip Untuk Memberi Ceramah yang telah saya kongsikan sebelum ini. Yosh!

Pengajaran Yang Berbeda
Salam & hai semua.

Selamat kembali kepada diri sendiri setelah sekian lama menyepi. Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ini.

Sudah lama tidak membicarakan sesuatu berkaitan bisnes di sini. Umum mengetahui bahawa kita mendapat ujian yang berbeza-beza daripada Pencipta untuk menguji sejauh mana kesetian kita terhadap-NYA.

Pengajaran dari sudut bisnes pula, sudah tentu setiap daripada usahawan memungut pengalaman yang berbeza di dalam sepak terjang dunia ini. Ketika pulang beraya di kampung, saya sempat berbual dengan ayah saudara yang baru sahaja kehilangan RM2.4 juta kerana bisnes!

Kelihatan beliau tidak begitu ceria seperti raya yang sebelumnya. Malah apabila menceritakan kembali kisah bagaimana beliau boleh kehilangan duit sebanyak itu, hampir menitis air matanya, sebak.

Sudah ramai yang mula mengatakan beliau ‘kurang cerdik’ di atas tindakan yang menyebabkan beliau kerugian satu jumlah yang cukup besar. Sebagai seorang manusia biasa kita sering kali merendahkan mereka yang mengalami kerugian di dalam dunia bisnes dan masih bergelut dengan masalah tersebut.

Benarkah Semua Pengajaran & Pengalaman Sama?

Namun, saya percaya bahawa di dalam dunia bisnes, kita akan mendapat hikmah yang setimpal dengan nilai masa atau wang yang telah kita hilang.

I think if you’ve suffered, if you’ve experienced loss, you’re probably more open to understanding it and more comfortable talking about it and experiencing it.

Pengajaran individu yang kerugian RM10,000 sudah tentu tidak sama dengan mereka yang hanya kerugian RM1,000. Pengalaman individu yang telah 15 tahun bisnes sudah tentu tidak sama dengan mereka yang baru sahaja 15 bulan menjalankan bisnes.

Pengalaman dan pengajaran menguruskan syarikat yang besar sudah tentu tidak sama dengan syarikat yang kecil. Mereka yang pernah menjana pendapatan RM100,000 sebulan sudah tentu tidak sama dengan mereka yang baru menjana RM10,000 sebulan.

Begitu juga dengan pengalaman kerugian RM2.4 juta!

Hakikatnya, tiada seorang pun manusia di dalam dunia ini berniaga untuk gagal dan seterusnya mengalami kerugian. Semuanya telah mencuba yang terbaik untuk mengelakkan daripada kegagalan. Namun, ia tidak dapat dipisahkan dari dunia bisnes.

Jangan Malu Untuk Rugi!

Jadi, janganlah kita malu dan gusar untuk mengalami kerugian kerana sudah tentu kita akan mendapat pengajaran yang setimpal. Kita semua yakin bahawa Pencipta kita itu maha adil maka setiap kerugian yang di perolehi pasti akan disusuli dengan pengajaran yang setimpal.

The man who has done his level best, and who is conscious that he has done his best, is a success, even though the world may write him down as a failure.

Pada masa yang sama, kita jangalah terlalu mendabik dada apabila melihat kegagalan dan kelemahan orang lain. Sedarlah bahawa mereka sebenarnya jauh lebih hebat dari kita walaupun mereka mengalami kerugian kerana mereka belajar sesuatu yang kita mungkin tak tahu.

Oh jangan salah faham, saya bukan hendak  menghasut agar semua usahawan mesti gagal tetapi cuba mengubah persepsi anda terhadap mereka yang gagal. Mengikut kajian, secara purata setiap jutawan akan gagal di dalam tiga syarikat pertamanya. Heh!

Dunia Yang Terlupakan
Salam & hai semua,

Selamat kembali saya ucapkan kepada diri sendiri setelah 6 bulan membisu dari blog ini. Saya kembali setelah berjaya mencapai beberapa ‘target’ peribadi dalam kehidupan dan perniagaan.

Syukur kepada Pencipta kerana sentiasa memberikan jalan ketika saya fikir sudah tiada jalan untuk keluar. Dia kembali mengisi warna ketika warna kehidupan kian memudar. Dia juga berkuasa untuk mencantumkan kembali sisa-sisa mimpi yang telah roboh.

Terlalu banyak yang hendak dikongsikan dengan kalian semua setelah 6 bulan membisu seketika. Sebagai pembuka bicara, saya ingin tujukan lagu (macam kumpulan Jambu Maharaja Lawak okay!) kepada anda yang mencerminkan situasi diri saya sekarang.

Terimalah Dunia Yang Terlupakan nyanyian Peterpan.

<object width="490" height="397"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/TZ9DxvGMr5o?version=3&hl=en_US&rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/TZ9DxvGMr5o?version=3&hl=en_US&rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="490" height="397" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Dunia Yang Terlupakan – Peterpan

Mulai nyalakan kembali

Dunia yang terlupa

Cukup sudah bermimpi

Kini asaku memutih

Langitku kian meninggi

Ini semua akan nyata

Mengharapkan hujan

Larutkan nyanyian malamku

Akankah kurasa

Mampu kutatap kembali

Dunia yang terbenam

Terbitku dari mimpi

Kini saksikan sayapku

Apungkan puing bumi

Ini semua pasti nyata

Mengharapkan hujan

Larutkan nyanyian malamku

Akankah kurasa

Membasuhkan embun

Lepaskan nyanyian malamku

Dapatkah kurasa

Mengharapkan hujan

Larutkan nyanyian malamku

Dapatkah kurasa

Membasuhkan embun

Lepaskan nyanyian malamku

Dapatkah kurasa

Satu lagu yang cukup bagus untuk kita renungi bersama. Heh!

Oh ya, blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. (Baru sahaja update ke WordPress version 3.1.3). Tidak tahu bilakah tarikh blog ini akan officially dibuka kepada umum. Entri ini khas buat para subscriber blog hijau ini.

Terima kasih di atas doa dan sokongan kalian. Yosh!

5 Tip Perniagaan Dari Ayam & Itik
Salam & hai semua,

Jika anda merupakan pembaca setia blog ini, maka anda dapat perhatikan cukup banyak peribahasa Inggeris yang telah saya gunakan untuk mengukuhkan sesuatu entri. Namun, hari ini saya ingin mengajak anda berbicara mengenai satu peribahasa Melayu yang berkaitan dengan ayam.

Ayam bertelur sebiji, riuh sekampung.

Setahu saya, peribahasa di atas dicipta agar kita tidak meniru perwatakkan ayam yang terlalu riuh walaupun hanya bertelur sebiji. Namun di dalam konteks bisnes, saya rasa kita perlu mengikut perwatakkan ayam.

Telur Ayam Versus Itik?

Satu soalan ringkas saya kepada anda, di dalam dunia ini, telur ayam atau telur itik yang paling laku?

Jawapan yang tepat ialah telur ayam. Beberapa fakta ringkas ialah telur itik lebih besar berbanding telur ayam dan mengikut kajian saintifik, telur itik lebih berkhasiat berbanding telur ayam.

Di sini jelas bahawa telur itik jauh lebih baik berbanding telur ayam. Namun, telur ayam tetap menjadi telur best-seller di dalam dunia ini. Ha ha ha!

5 Tip Perniagaan Yang Kita Boleh Pelajari

Nah, banyak perkara yang kita dapat belajar daripada kisah ayam versus itik ini. Antaranya ialah:

1) Jangan gusar walaupun produk anda tidak bagus - Jangan risau jika produk anda tidak sebaik pesaing anda. Gandakan pemasaran dan anda akan jadi pemenang. Lihat bagaimana ayam menyebarkan berita mengenai telurnya hingga riuh satu kampung.

2) Jangan abaikan aspek penjenamaan - Di dalam perniagaan, jangan sesekali abaikan aspek penjenamaan walaupun anda fikir bahawa produk anda adalah yang terbaik di dalam dunia dan semua orang memerlukan produk anda. Lihat bagaimana itik mempunyai produk yang lebih bagus tetapi tetap kalah dengan ayam.

3) Yakin dengan produk sendiri - Ramai para usahawan takut untuk memasarkan produk mereka secara besar-besaran kerana mereka fikir bahawa produk mereka belum cukup bagus untuk digunakan. Lihat bagaimana ayam begitu yakin dengan telurnya walaupun telur itik lebih berkhasiat dan besar.

4) Tidak perlu tunggu produk anda sempurna - Ramai usahawan yang tunggu sehingga produk mereka sempurna barulah hendak menjualnya kepada orang ramai. Sedarlah bahawa tiada istilah sempurna di dalam penciptaan produk. Lihat bagaimana ayam yang terus memasarkan telurnya sejurus sahaja bertelur.

5) Pedulikan kata-kata negatif orang - Sebagai usahawan kita tidak perlu terlalu mendengar kata-kata negatif orang terhadap tindakan yang kita ambil. Percaya dan yakinlah dengan jalan yang telah kita pilih. Lihatlah ayam yang sentiasa steady & kool walaupun manusia tidak suka dengan sikap ayam yang riuh sekampung walaupun hanya bertelur sebiji. Itulah pemasaran.

Hanya Sekadar Menghibur & Mendidik

Itu sahaja, 4 tip perniagaan yang kita boleh belajar daripada kisah ayam versus itik ini. He he he! Entri ini hanya digarap untuk menghiburkan pembaca blog ini sahaja. Namun, jika kita perhatikan ada benarnya juga, banyak yang kita boleh belajar daripada ayam kan?

Kongsikan kepada rakan anda jika entri kali ini menghiburkan anda dan memberikan manafaat kepada anda.

P.S: Ini mungkin adalah entri terakhir mengenai perniagaan yang boleh saya nukilkan di sini. Sob, sob, sob.

6 Pengorbanan Besar Usahawan
Salam & hai semua,

Hari Raya Korban tahun ini saya bercuti agak lama bagi memberi laluan kepada rakan bisnes saya, Mohd Zhafran menamatkan zaman bujang beliau dengan melangsungkan perkahwinan bersama isteri yang tersayang.

Tahniah dan selamat pengantin baru saya ucapkan, semoga berkekalan bahagia hingga ke anak cucu. Paling penting, cepat-cepat dapatkan seorang ‘hero’ untuk memeriahkan pejabat Flarebiz Network kelak. Ho ho ho!

Berbalik kepada hari raya korban, tahukah anda untuk menjadi seorang usahawan juga anda perlu melakukan pengorbanan. Lebih-lebih lagi jika anda menjalankan perniagaan secara berkumpulan.

6 Pengorbanan Besar Seseorang Usahawan

Dreams do come true, if we only wish hard enough, You can have anything in life if you will sacrifice everything else for it.

Pada entri kali ini, saya cuba kisarkan pengorbanan yang pernah saya lakukan dan saya fikir pengorbanan ini juga sering dilakukan oleh usahawan di luar sana.

1) Pengorbanan masa - Orang sering melaung-laungkan bahawa seorang usahawan mempunyai masa yang fleksibel. Tetapi tahukah anda bahawa rata-rata usahawan terpaksa bekorban masa berharga mereka untuk membangunkan perniagaan baru mereka. Tiada istilah seorang usahawan duduk diam dapat duit.

Saya sendiri telah melihat ramai rakan-rakan usahawan saya terpaksa mengorbankan masa peribadi mereka untuk menguruskan hal-hal penting berkaitan perniagaan. Oh ya, saya sendiri pernah merasai pengalaman menyambut hari raya Aidilfitri di pejabat!

2) Pengorbanan wang ringgit - Ini adalah perkara biasa bagi seorang usahawan. Tipu jika seorang usahawan tidak pernah mengorbankan wang ringgit mereka walaupun sedikit untuk membangunkan perniagaan. Sebagai seorang usahawan mereka sanggup untuk mengeluarkan wang ringgit agar dapat mencapai kehendak yang mereka inginkan di dalam perniagaan mereka.

Sebagai contoh pada entri lepas, bagaimana saudara Sidry Sinar Inspirasi terpaksa bekorban dengan melabur wang ringgit sehingga ratusan ribu ringgit untuk memulakan perniagaan pakaian beliau yang belum tahu statusnya sama ada untung atau rugi.

3) Pengorbanan emosi - Ramai orang pandai bercakap bahawa untuk menjadi seorang usahawan, ‘hati mau kering’. Tetapi sejauh manakah kering itu? Rata-rata usahawan akan sentiasa menghadapi tekanan di dalam perjalanan perniagaan mereka untuk melangkah dari tahap ke tahap yang lain.

Emosi seorang usahawan mudah tergangu andaikata terlalu mengikut apa yang orang katakan. Mulut orang pakar fabrikasi dan pembunuh motivasi. Sebagai contoh diri saya sendiri, kalau terlalu mendengar cakap orang, sudah tentu saya akan berhenti dari menjalankan perniagaan Internet.

4) Pengorbanan impian - Apabila bekerja secara berkumpulan, kita perlu bekorban sebahagian kehendak peribadi kita kerana kita akan berkongsi impian dengan ramai orang. Kadang-kadang kita terlalu gemar untuk melakukan sesuatu perkara tetapi perlu dikorbankan demi kejayaan pasukan.

A team will always appreciate a great individual if he’s willing to sacrifice for the group.

Sedarlah bahawa ahli lain juga bekorban sebahagian keinginan mereka untuk melihat pasukan terus maju. Saya sendiri dulu cukup aktif dengan pemasaran affiliate, penjual produk digital dan beberapa perkara yang berkaitan ‘Internet Marketing’. Namun, sebahagian perlu ditinggalkan untuk kejayaan berpasukan.

5) Pengorbanan kasih sayang - Benar, wang ringgit tidak boleh membeli walaupun sedikit kasih sayang. Namun, majoriti usahawan yang saya kenali pernah mengorbankan perasaan sayang mereka terhadap anak-anak, isteri, ibu bapa dan sebagainya demi perniagaan yang hendak dibangunkan.

Bayangkan, ada rakan usahawan saya yang terpaksa meninggalkan anak isteri berminggu-minggu lamanya sebelum balik menjenguk. Kadang-kadang, keadaan kewangan kita sebagai usahawan yang baru nak naik ini tidak menentu, banyak kehendak ahli keluarga kita yang penting tidak dapat dipenuhi ketika ini. Semuanya mesti bertolak ansur.

6) Pengorbanan kepercayaan - Dalam sesetengah situasi, kepercayaan terpaksa dipertaruhkan demi perniagaan. Tidak hairanlah, kita sering dengar kerana perniagaan ada yang hilang kawan, ahli keluarga dan sebagainya. Semuanya bermula apabila janji yang kita berikan tidak dapat dipenuhi.

Kadang-kadang situasi yang menyebabkan kita tidak dapat memenuhi janji yang dilemparkan. Saya sendiri masih banyak janji yang masih belum dipenuhi gara-gara keadaan yang berputar 360 darjah. Bukan hendak menipu, tetapi keadaan yang menyebabkan kita masih tidak mampu untuk menunaikan janji tersebut walaupun dah berusaha sedaya mungkin. Di mata orang, kita penipu.

Perniagaan Adalah Satu Pengorbanan

Business is like life – it requires perseverance, self-denial, hard work, sacrifice, dedication and respect for authority.

Itu sahaja 6 pengorbanan mengikut persepsi peribadi saya sebagai usahawan yang masih mentah. Apa macam? Mungkin entri ini juga sebagai peringatan kepada individi-individu diluar sana yang bersemangat untuk memulakan perniagaan sendiri.

Jangan lah terlalu risau, kehidupan ini akan lebih bermakna apabila kita mampu bekorban untuk kebaikkan orang lain. Pengorbanan yang akan terbalas apabila kita berada dipuncak nanti. Ataupun di sana kelak.

Jika anda ingin terus membaca nukilan entri dari saya, silalah share entri ini kepada kawan-kawan supaya saya terus diberikan motivasi untuk berkarya. Yosh!