Hakikat Sebenar Perniagaan

by Labanon on November 16, 2011

Salam & hai semua.

Hakikat Sebenar Bisnes

Alhamdulillah mampu kembali mencoret blog hijau ini di dalam arus masa yang mengalir deras. Kita seringkali seronok melihat kejayaan seseorang individu di dalam perniagaan yang mereka ceburi.

Apabila kita bercakap dengan seseorang usahawan yang berjaya mereka akan menceritakan kejayaan-kejayaan yang telah mereka kecapi. Ya, mereka selayaknya bercakap mengenai kejayaan untuk memberikan motivasi kepada orang sekeliling. Besar pahala mereka.

Bertanya Kepada Usahawan Yang Berjaya

If you do not ask the right questions, you do not get the right answers.

Namun, agak rugi jika anda bertemu usahawan yang berjaya tetapi anda tidak bertanyakan mengenai kesusahan dan kepayahan mereka membangunkan perniagaan mereka kerana di situlah kunci sebenar yang patut anda pelajari.

Sebaliknya, ramai yang lebih gemar bertanya berapakah pendapatan mereka, apakah kereta yang mereka pandu, rumah apa yang mereka tinggal dan berapakah bilangan isteri mereka. Oh!

Tidaklah salah untuk bertanyakan kejayaan mereka yang seterusnya menjadi motivasi kepada kita untuk terus berjaya. Namun, situasi ini seringkali berakhir dengan salahnya tanggapan kita terhadap bisnes.

Ramai yang mula beranggapan bahawa menjalankan bisnes ini adalah sesuatu yang terlalu mudah dan seterusnya mereka boleh memiliki pendapatan yang mereka perlukan, memandu kereta impian, tinggal di rumah idaman dan berkahwin dengan wanita ataupun lelaki kegilaan mereka.

Keterujaan Berniaga Yang Salah?

Oleh itu, mereka dengan semangat yang penuh memulakan perniagaan tanpa memikirkan risiko yang mereka bakal tanggung, malah sanggup berhutang dengan saudara mara untuk merealisasikan impian mereka. Pendek kata, mereka memulakan perniagaan dengan keterujaan yang salah.

Akhirnya, apabila mula melangkah mereka akan mula menghadapi masalah yang tidak diceritakan pun oleh usahawan yang berjaya tersebut. Pada saat itu, barulah mereka tahu dunia bisnes yang sebenar dan sebahagian besar akan mula menyalahkan individu yang menarik mereka masuk di dalam perniagaan tersebut.

Hakikat Sebenar Perniagaan

Tuan dan puan yang saya hormati. (Cuba mengambil feel memberi ucapan..)

Hakikatnya bisnes bukanlah sesuatu yang terlalu mudah sepertimana kita bermain layang-layang di tepi pantai sambil melihat perempuan cantik sedang minum air kelapa. Oh! Jika anda faham perkara ini, anda tidak akan cepat menyalahkan orang lain.

Saya telah mempunyai ramai rakan usahawan yang benar-benar berjaya. Pada mulanya saya ingat usahawan yang berjaya ni, perniagaan mereka tidak mempunyai masalah. Nampaknya saya silap.

Usahawan yang berjaya adalah seperti itik yang sedang berenang, kita lihat tenang dari atas tetapi kaki di bawah mengayuh dengan pantas sekali.

Masalah yang di hadapi mereka jauh lebih hebat dan masalah tersebut setimpal dengan pendapatan yang mereka perolehi dan setimpal dengan kereta yang mereka pandu!

Sindrom Bisnes Lain Lebih Mudah!

Sindrom ini tidak terlepas juga kepada para usahawan yang masih baru di dalam dunia perniagaan. Sindrom ini akan mula melanda para usahawan yang mempunyai masalah di dalam perniagaan mereka.

Ada segelintir usahawan mula mencari perniagaan lain apabila perniagaan yang mereka hadapi mengalami masalah.

Kononnya perniagaan lain lebih mudah dan tidak mempunyai sebarang masalah. Mereka tidak berusaha bersungguh-sungguhpun untuk menyelesaikan masalah perniagaan sedia ada mereka.

Sebaliknya lebih gemar untuk memilih jalan lari dari masalah dan beralih kepada bisnes lain. Itulah kesilapan yang sering dilakukan. Saya juga pernah melakukannya.

Cukuplah sekali.

Lari Dan Terus Lari Dari Masalah

Pembaca sekalian. (Sekali lagi, cuba mengambil feel memberi ucapan..)

Saya menemui ramai usahawan yang mengalami sindrom di atas. Maaf, saya lihat mereka masih ditakuk lama. Bolehkah mereka yang lari dari masalah maju di dalam perniagaan? Pada masa yang sama, boleh tunjukkan kepada saya perniagaan mana yang tidak mempunyai masalah?

Mereka ini akan beralih kepada bisnes baru dan apabila menghadapi masalah, mereka akan menyalahkan orang lain dan mencari bisnes baru lagi, lagi dan lagi. Sampai satu tahap mereka mula menyalahkan takdir dan dunia perniagaan itu sendiri. Oh! Walhal mereka yang bermasalah.

Bisnes Bukanlah Sesuatu Yang Sukar

A problem is a chance for you to do your best.

Sebagai penutup, saya berharap agar pembaca blog ini tidak memandang perniagaan itu sesuatu yang terlalu mudah agar kelak anda tidak terlalu kecewa. Perniagaan tidaklah sukar tetapi tidak terlalu mudah.

Masalah di dalam perniagaan itu perkara biasa. Insyallah dengan ilmu dan bimbingan mentor disertakan doa kepada-NYA, kita akan dapat mengharungi liku-liku cabaran di dalam perniagaan dengan lebih mudah.

Kepada rakan usahawan, jika anda belum cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi di dalam perniagaan ini, jangan bermimpi anda akan berjaya di dalam perniagaan baru nanti.

Sekian.

P.S: Anda di alu-alukan untuk share artikel ini andaikata mampu mengetuk pintu hati anda mengenai kebenaran dunia perniagaan.

 



  1. ejoncb (16 Nov 2011)

    Thanks for the sharing Adly. Nak jadi usahawan kena berusaha dan berusaha tanpa tahu give up lah kot.. =)

    p/s : Dari masalah lah dapat pengalaman , makin banyak masalah timbul makin byk pengalaman. =b

    • Labanon (17 Nov 2011)

      Sama-sama. Benar tu Cik Puan Faezon. Dari masalah, dapat pengalaman, dari pengalaman, dapat duit. ;)

  2. Aqif Azizan (16 Nov 2011)

    Semua orang teruja apabila mendengar bunyi dan melihat ayat ‘bisnes’. Tetapi hanya segelintir sahaja yang tahu cabaran yang akan ditempuhi setiap saat untuk membangunkannya.

    Apabila memulakan bisnes, memahami konsep bisnes itu secara keseluruhan lebih penting daripada melarikan diri ke model lain. Pesan usahawan, “Model bisnes yang berjaya adalah bisnes yang dilakukan oleh usahawan yang mencintai model itu.”

    Adakah bisnes itu simbol wang, kereta dan rumah mewah? Tidak.

    Bisnes itu adalah simbol usaha kita untuk menjadikan dunia lebih baik, menerusi pelbagai aspek (kewujudan peluang pekerjaan, pelanggan lebih gembira dan sebagainya).

    Thumbs up untuk artikel ini!

    • Labanon (17 Nov 2011)

      Ke hadapan tuan Aqif yang saya hormati. Pendapat tuan benar sekali, di dalam dunia bisnes mereka yang menjual cinta akan lebih cepat berjaya dan kaya. Mereka menyintai produk dan servis mereka maka mereka sebenarnya menjual cinta kepada pelanggan. :D

      P.S: Lately, masukkan keyword cinta jer dalam text mesti panjang menaip haha!

      • Aqif Azizan (17 Nov 2011)

        Sudah nampak tanda-tandanya. Semoga ‘cepat’ sikit tuan. :D

  3. Zulhilmi Zainudin (16 Nov 2011)

    Ayat yang paling memberi motivasi kepada saya: ‘Cukuplah sekali’. :)

    • Labanon (17 Nov 2011)

      Kenapa tu? Boleh terangkan tuan?

  4. sueella (17 Nov 2011)

    hakikat sebenar, setiap usahawan dalam menjalankan perniagaan penuh onak dan durinya..

    • Labanon (17 Nov 2011)

      Tidaklah sukar untuk menghadapi onak dan duri perniagaan. Tetapi silap jika kita menganggap cukup mudah untuk mengatasinya. ;)

  5. smartzul (17 Nov 2011)

    Zaman “mendapat RM1 juta” dalam seminggu sudah hampir lupus. Rata-rata usahawan generasi baru kini semakin matang dan berpijak pada bumi yang nyata. Tahniah tuan! :)

    • Labanon (18 Nov 2011)

      Benar tuan. Kami generasi yang realistik. Mendapat RM1 juta boleh, tapi perlu realistik. Terima kasih tuan juga sebagai seorang mentor. Terima kasih!

  6. FAIRUZ MAT ZIN (17 Nov 2011)

    =)

  7. samanosuke_04 (17 Nov 2011)

    saya berasa sangat lapar selepas membaca entri ini.. diharap pabila saya balik ke tanahair, saudara adli bisa belanja saya makan kueh teow kung fu sambil bercerita tentang perjalanan bisnes beliau, lagi bagus kalau disertakan dengan air horlicks sejuk 2 gelas :D #trollface

    • Labanon (18 Nov 2011)

      Bereh jer. Jangan balik ke tanah air, tak contact pulak. ;)

  8. Mien (18 Nov 2011)

    berkali2 sy mmbca entri ini..sgt2 teruja..sma jugk dgn entri2 yg laen dri tuan adly mOkhtar..semOga ia akn tros mnjadi inspirasi buat sy ntok mencapai kejayaan..InsyaALLAH!!terima kasih^^

    • Labanon (18 Nov 2011)

      Sama-sama. Terima kasih kerana sudi membaca entri yang tidak seberapa dari saya ini. Yosh!

  9. Zairi Zaidi (19 Nov 2011)

    Kuat sebut ha oghe pue teh… huhu

    • Labanon (20 Nov 2011)

      Musim dia loni haha.

  10. ahmadyani (21 Nov 2011)

    Bila melihat usahawan berjaya, memang kita selalu melihat kejayaannya itu. Kita jarang ambil tahu bagaimana cara dia meraih kejayaannya.

    • Labanon (19 Dec 2011)

      Benar tuan. Kita perlu mengetahui kedua-duanya. ;)

  11. razif (22 Nov 2011)

    saya SOKONG 200% apa yg Tuan Labanon coretkan diatas…dah lama saya follow Tuan Labanon nye prkembangan…SYABAS & TAHNIAH buat kejayaan2 Tuan! bak kata old people “BUKAN SENANG NAK SENANG & BUKAN SUSAH NAK SUSAH”…TKSH bebanyak krn sentiasa meniupkan inspirasi semangat perjuangan hidup buat semua

    • Labanon (19 Dec 2011)

      Terima kasih di atas sokongan tuan. Saya mendoakan kejayaan tuan. :)

  12. ejam (17 Dec 2011)

    kalau tiada cabaran tidak mencabar ler usaha yang kita buat, bila tercabar barulah ada ummpphh dalam kejayaan yang kita perolehi…
    syukurlah atas cabaran yang diterima kerana ingat akan hikmahnya…itu pun setelah ada usaha mengatasinya..

    • Labanon (19 Dec 2011)

      Benar, cabaran itu akan mencetuskan usaha untuk mencapai lebih kejayaan. Indahnya hikmah di dalam kehidupan ini. ;)


Tinggalkan Komen Anda