Salam & hai.

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Play dulu lagu di atas untuk mendapatkan feel membaca entri ini. Oh!
Saya terpaksa akui masa untuk saya berkongsi cerita di sini semakin berkurang kerana sekarang saya dan seluruh warga kerja Flarebiz Network sedang bertungkus-lumus membangunkan Sinar Niaga.
Mengimbau kembali pada tahun 2005, saya mulakan perjalanan di dalam dunia perniagaan adalah dengan impian. Pada ketika itu saya telah berimpian dan bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Walaupun impian yang masih belum jelas, tetapi paling tidak saya tahu bahawa saya akan jadi usahawan.
Pada tahun 2006, impian saya semakin jelas yang mana saya ingin menjalankan perniagaan internet. Pada masa yang sama, saya ingin menjana pendapatan 5 angka sebulan, memiliki pejabat yang cantik, pekerja yang berdedikasi dan rakan bisnes yang hebat! Pernah saya suarakan impian dan cita-cita saya ini di dalam kelas setelah ditanya oleh guru, namun dibalas dengan gelak tawa dari rakan sekelas.
Keep away from people who try to belittle your ambitions. Small people always do that, but the really great make you feel that you, too, can become great. – Mark Twain
Tidak mengapa, ia adalah satu cabaran yang indah untuk di sahut.
Pada tahun 2006, saya mula menjana pendapatan hanya sekitar RM300 sebulan dan ia dilihat sangat mustahil untuk miliki apa yang saya impikan. Namun, ia tidak sedikitpun menggugat apa yang saya impikan kerana saya tahu impian adalah satu doa dan kita mempunyai Tuhan untuk memperkenankan doa kita.
Saya terus berusaha melakukan apa yang saya yakin boleh membawa saya kepada impian tersebut walaupun orang sekeliling melihat ia adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Saya di katakan ‘bodoh’ oleh ahli keluarga sendiri apabila berbicara mengenai impian yang saya impikan.
Tanpa disedari, cabaran demi cabaran yang diharungi bersama rakan bisnes telah membawa saya semakin hampir kepada apa yang telah di impikan dan pada tahun 2009 saya telah mencapai impian tersebut. Sungguh ajaib! Saya sendiri tidak percaya bagaimana saya boleh mencapainya.
If you can imagine it, you can achieve it. If you can dream it, you can become it. – William Arthur Ward
Apa yang saya tahu, saya hanya berimpian dan saya tidak benarkan orang lain mencuri (mengatakan saya tidak boleh mencapainya) impian saya!
Namun, pencapaian tersebut belum kukuh sehingga saya kehilangan kembali apa yang saya miliki. Alhamdulillah, sejak tahun lepas saya telah mencapai apa yang saya impikan pada tahun 2006 dengan lebih ‘solid’ yakni dengan pendapatan konsisten 5 angka sebulan, sebuah pejabat yang unik, 11 orang warga kerja seperti adik beradik, beberapa rakan bisnes yang hebat dan banyak lagi.
Impian di atas dapat di capai ketika saya berusia 19 tahun dan ‘solid’ pada usia 21 tahun.
Kini, saya telah ‘upgrade’ impian saya kepada sesuatu yang lebih besar. Impian ini telah dikongsikan dengan seluruh warga kerja Flarebiz Network dan kami sedang berusaha ke arahnya. Insyallah saya akan kongsikan setelah mencapainya.
Sedikit perkongsian impian lain, saya pernah hadir Wangcyber Gathering pada tahun 2008 dan pada ketika itu Dr. Irfan Khairi, Gobala Krishnan, SaifulSham dan beberapa orang usahawan internet merupakan panelist bagi event tersebut.
Pada saat itu saya berimpian untuk berdiri bersama mereka pada Wangcyber Gathering akan datang, alhamdulillah tidak disangka-sangka pada tahun 2011 saya merupakan salah seorang speaker bagi WangCyber Gathering!
Selain itu, pada tahun 2010 pula saya menghadiri Open Web Asia di Crowne Plaza Hotel. Ketika Brian Wong, salah seorang speaker termuda sedang berucap di ‘big event’ tersebut, saya telah berimpian untuk berucap di event sebegitu suatu hari nanti.
Paling menarik, saya telah ‘update’ impian saya tersebut di Facebook!

Apa yang saya lakukan ialah sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi ‘speaker’ yang bagus. Saya banyak belajar daripada mentor Encik Idris dan menghadiri kelas Kak Azzah bagaimana cara yang baik untuk berucap di hadapan orang ramai.
Pada beberapa hari lepas, secara tidak sangka saya telah mendapat peluang untuk menjadi salah seorang panelist di event yang sama ‘level’nya iaitu di APEC Young Entrepreneur Summit (YES) 2011! Ya, saya panelist termuda!
If you don’t have a dream, how are you going to make a dream come true? – Oscar Hammerstein
Konklusinya, hidup perlu berimpian dan anda perlu berimpian besar. Anda boleh mencapainya walaupun orang lain melihat anda tidak boleh mencapainya kerana kehidupan ini adalah sesuatu yang ajaib.
Insyallah selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakkal, kita akan diberi jalan untuk mencapai apa yang kita impikan. Kadang-kadang kita dapat mencapai impian kita melalui jalan yang tidak disangka-sangka, itulah kebesaran Allah.
Namun apa yang menyedihkan, saya melihat dan telah bertemu dengan ramai individu yang memiliki impian tetapi pada masa yang sama membenarkan orang lain mencuri dan memusnahkan impian yang mereka telah bina.
Ya Allah, kurniakanlah di dalam hatiku perasaan syukur di atas pemberian Mu selama ini. Sedangkan bukan menjadi kewajipan ke atas Mu untuk memberikan apa yang telah aku miliki hari ini. Tanpa disedari, Engkau telah memberi lebih daripada apa yang aku pinta. Alhamdulillah.
Jangan salahkan kenapa Tuhan tidak merealisasikan impian kamu, tetapi salahkan diri mu sendiri kenapa kamu biarkan orang lain mencuri impian mu.
Kongsikan artikel ini adaikata bermanafaat untuk membangkitkan semangat anda untuk menggapai impian yang telah anda bina. Moga-moga orang juga mendapat manafaat yang sama.
Subscribe dan dapatkan audio soal jawab eksklusif mengenai perniagaan internet yang bernilai RM37 secara percuma.
w’slm n hai jgk.. hehe…
ckp psl mimpi2 ni teringat cite laskar pelangi… bace keempat2 buku andrea hirata- tetralogi laskar pelangi, memg impian yg dibina akan direalisasikan oleh Allah dengan cara yg langsung xdisangka2 selepas berusaha keras utk capai impian tersebut…
time kasih atas perkongsian, suke dengan term ‘mencuri impian’, slalu kita kalah bile ade org perlekehkan impian kita… let them talk but stil we move 4ward…:)
emm suke nk share lagu ni ‘ mimpi adlh kunci untuk kita menaklukkan dunia’-
laskar pelangi by nidji
Terima kasih di atas perkongsian juga.
Perkongsian yang terbaik dari ladang!
Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk bekerjasama dengan Flarebiz Network. Tuan memang anak muda yang hebat dan visionary.
“If they ask, ‘Is Steve Jobs live in Malaysia?’. Then the answer is, ‘There is. But his name is Adly Mukhtar.”
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Insyallah tuan, jika di izinkan kita akan terus bekerjasama dan mencipta sejarah tersendiri di dalam dunia perniagaan internet. Ini juga satu impian.
Pada masa yang sama, saya sentiasa mendoakan tuan dan Hasbul Aqill dapat mengapai apa yang di impikan. Yosh!
Go Adly go! Allah sentiasa merahmatimu. Amin!
Terima kasih di atas doa. Tunjuk ajarku sifu!
saya juga punyai mimpi walaupun mentor saya telah berlalu saya masih tercari cari org yang boleh membimbing agar mimpi boleh direaliti. saya selalu berdoa agar hari utk itu sampai juga.
Insyallah, semoga anda mendapat apa yang dicari. Insyallah akan ada jalannya.
Terima kasih sifu! Sarat dengan inspirasi artikel ini! Saya speechless!
Sama-sama. Uish, jangan panggil sifu. Dok layak lagi. Anda juga mempunyai potensi besar untuk lebih berjaya!
Pergh! Anda hebat!
Satu cerita yang boleh dijadikan satu inspirasi buat saya
Semoga dapat memberi manafaat, bukan niat untuk menunjuk-nunjuk atau membangga diri, tetapi untuk memberi motivasi kepada mereka yang lain.
Tuan Adly,
Bolehkah tuan terangkan apa yang telah terjadi? Anyway, saya suka cerita sebegini.
“Namun, pencapaian tersebut belum kukuh sehingga saya kehilangan kembali apa yang saya miliki.”
Pada usia 18 tahun, saya sudah mempunyai office dan pekerja sendiri. Namun, keadaan ketika itu masih tidak memerlukan office dan juga pekerja sendiri. Banyak kerja yang masih boleh dilakukan sendiri. Terlalu cepat melangkah.
Di samping, pendapatan bulanan yang masih belum solid. Saya terpaksa lepaskan sebuah office dan memberhentikan pekerja tersebut.
Satu pengajaran yang berguna.
Keajaiban hanya terjadi bila kita berimpian, percaya dan berusaha.
Benar tuan.
En.Adly..
“One day I will be there..”
InsyaAllah, saya doakan anda berjaya mengecapi apa yang diimpi!!!
Teingin saya jd seperti anda..
kalau boleh lepas je graduate saya daa mampu menjana pendapatan sendiri tanpa mengharapkan org lain (student UPM) ^.^
Alhamdulillah, semoga ia menjadi kenyataan!
tahniah adly … apa yang adly lakarkan di sini menambah semagat akak untuk terus sukses dalam bidang yang akak ceburi sekarang ..bemula dgn Rm400 sebulan akak yakin setahun lagi malah mungkin juga dalam 6 bulan akan datang akak akan mampu tambah pendapatan menjadi 1K sebulan …
mmg terbaik perkongsian dari adik Adly… sifu saya…
dan kak hasnah insyaALLAH terus berjaya.. teruskan berusaha..
Kepada tuan Sidry, mentor saya, Insyallah kejayaan akan bersama kita. Sinar Niaga akan mencipta sejarah tersendiri di Malaysia nanti. Itu impian saya!
Terima kasih kak Hasnah. Tak mengapa, bermula dengan RM400 sebulan, Insyallah akan menjadi RM400 seminggu seterusnya RM400 sehari.
Saya doakan kak Hasnah terus berjaya dan kaya! Amin Ya Rabb.
anda kepoweran adly. tahniah!
p/s : bila laa boleh jumpa borak2 ni… :p
Terima kasih. Mana ada power, biasa-biasa jer.
P.S: Bereh jer, anytime. Hehe.
Lamanya tak jenguk blog Adly… tahniah anda sememang nya layak utk bergelar usahawan internet berjaya. kejayaan anda pasti akan menjadi penguat semangat mereka yg masih tercari-cari hala tuju kerjaya. ingat kita bekerja utk perniagaan kita. saya bangga mengenali anda.
Terima kasih Abg Di di atas tunjuk ajar selama ini. Abg Di merupakan antara mentor terawal saya di dalam dunia perniagaan. Banyak pesanan Abg Di yang jadi pegangan saya di dalam bisnes. Inspired by Abg Di hehe.
Fuh..memang terbaek lah entry ini, honestly post ini memberikan saya motivasi untuk berusaha dengan lebih gigih dan percaya kepada impian.
“Make a dream & Go for it”(^.^)v
Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya yang tidak seberapa ini. Saya mendoakan agar anda terus berjaya!
kite nak bgtau satu je dely. kite suka lagu tu ahhaha
Without leaps of imagination,or dreaming,we lost the excitement of possibilities.Dreaming,after all is a form of planning-Gloria Steinam.
Quote ni sgt sesuai dgn cite bro..very inspiring bro..:)
salam adly, artikel tuan ni sarat dengan motivasi dan mengejutkan usahawan2 yang tengah tido di luar sane…teruskan menulis dan sy setia menunggu entry tuan yang akan dtg,