Kepuasan & Kegembiraan Hakiki

by Labanon on July 10, 2010

Salam & hai semua,

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Play dulu lagu di atas untuk mendapatkan feel membaca entri ini. Oh!

Kesibukkan kerja sangat mencemburui masa saya untuk mengupdate blog ini. Untuk pengetahuan pembaca blog ini semua, pada tanggal 4 Julai 2010 lepas telah genap usia saya 20 tahun. Saya tidak mempunyai pilihan lain selain bersyukur kepada Ilahi kerana memberi ruang dan peluang selama 20 tahun untuk terus hidup di atas dunia yang fana ini. Alhamdulillah.

Selamat tinggal usia belasan tahun. Kini saya telah memulakan langkah baru sebagai seorang pemuda yang berusia 20 tahun. Cewah! Selepas ini tiada lagi ‘excuse’ bahawa saya masih muda jika melakukan kesilapan bodoh di dalam perniagaan. Saya terpaksa melangkah dengan lebih yakin, bersemangat dan bertanggungjawab di atas segala tindakan yang dilakukan.

Ucapan terima kasih sudah tentu dilemparkan kepada kedua ibu bapa saya yang telah me’lahir’kan saya 20 tahun lepas. Kedua-duanya memainkan peranan yang penting. Namun, agak sedih kerana transformasi saya dari usia belasan tahun menjadi 20 tidak dapat dikongsikan bersama ayah yang tersayang. Arwah ayah telah meninggalkan saya pada penghujung tahun lepas. Al-fatihah.

Ke Mana Kau Membelanjakan Wang?

Saya habiskan usia belasan tahun saya tidak seperti orang lain. Penghujung usia belasan tahun saya dihabiskan dengan menjalankan perniagaan. Saya mula menjalankan perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Jadi, seorang kawan telah memulakan pertanyaan, “ke manakah kau membelanjakan wang yang diperolehi?“. “Kamu telah mula berniaga sejak di bangku sekolah tetapi masih menggunakan handphone jenis zaman Jepun (merujuk nokia 1200),” kritiknya lagi. “Aku tak faham langsung!” tambahnya lagi.

Mungkin ramai pembaca blog ini juga ingin bertanyakan soalan yang demikian. Saya merupakan seorang remaja yang simple dan cuba sedaya upaya untuk tidak hidup berdasarkan buah fikiran orang lain. Sejak kecil saya tidak pernah dididik untuk hidup dalam keadaan yang mewah kerana saya bukan berasal dari keluarga yang senang. Hidup saya sekarang tidak dihiasi dengan gajet mewah mahupun kereta besar. Saya bersyukur. Orang di sekeliling saya pasti perasan ataupun tahu mengenai perkara ini.

Saya banyak membelanjakan pendapatan yang diperolehi kepada dua perkara iaitu keluarga dan juga perniagaan. Satu perkara yang paling mengembirakan dan memberi kepuasan di dalam hidup adalah apabila saya dapat berbakti kepada ahli keluarga sendiri terutamanya ibu bapa. Dalam situasi saya sekarang, saya hanya mempunyai ibu.

Perkara yang paling mengembirakan adalah apabila saya dapat membeli barangan dapur untuk kegunaan keluarga menggunakan duit saya sendiri. Alhamdulillah, saya dapat lakukan perkara ini ketika usia saya masih belasan tahun. Saya pun tidak tahu mengapa, perasaan saya lain apabila melihat ibu tersenyum melihat saya membibit barang dapur pulang ke rumah.

Just For My Mom

Trap in a subway, can’t remember the day but I feel ok
Damped in damn situation, in every condition with no conclusion
Whenever the rain comes downand it’s seems there’s none to hold me
She’s there for me, she’s my mom.

Agak kool juga apabila berpakaian ‘rock’ bersendirian sambil barangan dapur seperti gula, minyak, telur dan sebagainya di shopping mall. Biasalah, dalam hati ada taman. Semua orang pandang semacam jer, tetapi itulah yang menyeronokkan. Lagi seronok jika keluar bersama ibu dan biar dia pilih nak beli apa yang diperlukan, kemudian kita yang membayarnya.

Satu lagi perkara yang mengembirakan adalah apabila kita dapat membelikan hadiah kepada ibu yang tercinta. Saya pernah keluar berjalan-jalan dengan ibu dan nampak dia berkenan dengan satu sepatu perempuan. Saya terus beli dan berikan sepatu tersebut sebagai hadiah kepada ibu. Kadang-kadang hadiah yang saya berikan tidaklah mahal pun, tetapi apa yang saya perolehi adalah sesuatu yang mahal iaitu senyuman dan ucapan terima kasih dari ibu sendiri.

Selain itu, apa lagi perasaan yang dapat digambarkan jika anda dapat membantu adik beradik sendiri yang sedang belajar. Saya masih mempunyai seorang kakak yang sedang belajar di IPTA. Kos belajar di universiti tempatan tidaklah mahal dan saya rasa sangat gembira dan bertuah kerana masih sempat untuk membiayai sedikit sebanyak pembelajaran kakak saya. Semoga beliau dapat belajar dengan tenang dalam mencapai cita-citanya.

Ilmu Adalah Segala-galanya

Perkara kedua, saya banyak membelanjakan kembali duit untuk tujuan perniagaan kerana saya sedar pelaburan yang terbaik adalah pelaburan untuk diri sendiri. Saya sendiri banyak membeli buku, banyak menghadiri seminar dan sebagainya. Seorang kawan sangat hairan apabila saya telah belanjakan RM1000 hanya untuk pergi untuk tujuan networking di satu event dan saya juga pernah belanjakan jumlah yang sama untuk belajar sesuatu selamat 15 minit sahaja dari seseorang.

Untuk berada di atas, anda memerlukan ilmu. Untuk bangkit kembali dari bawah ke atas, anda juga memerlukan ilmu. Ilmu adalah segala-galanya.

Saya taknak menyetuh perbelanjaan Flarebiz Network untuk tujuan pembangunan syarikat pada entri ini. Cukuplah sekadar perkongsian ini. Saya rasa tidak semestinya duit yang diperolehi adalah untuk mengembirakan diri sendiri semata-mata tetapi rasanya duit yang diperolehi akan lebih besar maknanya apabila anda dapat mengembirakan orang sekeliling kita.

Kepada pembaca blog ini terutamanya yang masih bujang tetapi masih belum pernah membeli barangan dapur untuk keluarga ataupun hadiah kepada ibu bapa, cubalah berbuat demikian. Anda pasti akan merasai sendiri kegembiran dan kepuasan yang hakiki. Itu sahaja yang saya mampu lakukan sepanjang usia saya belasan tahun, semoga tahun-tahun mendatang kemampuan saya akan lebih besar. Yosh!

Jumpa lagi.



  1. Usahawan Remaja (10 Jul 2010)

    Bagi saya ini perkara biasa. Tidak semestinya banyak duit kena pakai semua yang mahal. Cukuplah satu atau dua benda yang mahal untuk kepuasan diri, manakala yang lain sekadar ada dan boleh pakai. Nak menunjuk sangat nanti orang pandang-pandang pula. Tersilap senyum, tersenyum kat bini orang, dah lebam biji mata kena tumbuk dengan si suami orang :) Nak jadi kaya bukan kerana income yang banyak, tapi saving yang banyak.

  2. haru (10 Jul 2010)

    jolo bos..kawe pown byk melabur beli buku2 espcially bisnes..hnya melalui perkongsian baru kito boleh blaja rahsia kejayaan orang..hoho..

  3. wanwma (10 Jul 2010)

    oh…adly ni! buat saya sedih saja! benci!

  4. Aqif (10 Jul 2010)

    Saya sayang keluarga saya!

    Kereta dan rumah mewah bukanlah kebahagiaan semata-mata. Ia lebih terdorong daripada hawa nafsu manusia yang kononnya inginkan peningiktirafan.

    Tidak salah untuk mempunyai kereta dan rumah mewah, cuma nawaitunya perlulah betul.

    Nasib baik bro takde awek. Kalau tidak… Hahaha! :D

    Anyway, Flarebiz Network is not just an internet company, it is a team which leads by talented skills and team leaders.

  5. alif (10 Jul 2010)

    I feel touchy with this post..Memang btul kepada sesiapa yg belum pernah jmpa adly..Hanya pakai nokia 1200..

    Thanx..Hari tu dah bgtau tntg ni via YM :)

  6. Asyraf Aziz (10 Jul 2010)

    Ya. Saya setuju dengan kata-kata yang mengatakan bahawa senyuman ibu itu mampu menghilangkan segala rasa gusar, sedih, serta walau sepenat mana pun kita bekerja.

    Mungkin satu perkara yang tidak sempatt saya lakukan adalah dengan membelikan barang-barang keperluan dapur ketika ibu dan ayah saya masih hidup kerana mereka kembali menghadap ilahi ketika saya masih kecil.

    Walaubagaimana pun, saya cuba juga untuk mencari kepuasan dari hasil titik peluh rezeki yang diperolehi itu dengan membelikan (walau tak banyak) keperluan dapur untuk tok saya. Kerana sejak arwah ibu dan ayah saya meninggal, tok adalah orang tempat kami adik beradik menumpang teduh serta kasih sayang.

    Buat semua rakan-rakan yang juga telah kehilangan ayahanda serta bonda tersayang. Al-fatihah..

  7. Syafiq Zainal (10 Jul 2010)

    Sangat memberi inspirasi :)

  8. abemogi (10 Jul 2010)

    pengorbanan yang bagus untuk masa depan..teruskan perjuangan tanpa henti
    ayat last satu nasihat yang baik untuk rakan yang sebaya..he..he.. :-)

  9. sofian (10 Jul 2010)

    alhamdulillah…yang tu yang paling best…walaupun takde gadget, tapi hati best dan tenang bila dapat tolong mak kan :) semoga terus berjaya..amin

  10. mirlme (10 Jul 2010)

    Alhamdulillah…

    entri kali ini mmg menyentuh perasaan..

    sambil layan lagu ni… :D

    saya siap cari kat youtube…

  11. hasbulaqill (10 Jul 2010)

    pengorbanan yang bagus untuk diri sendiri dan team Flarebiz. teruskan perjuangan adly ;)

  12. sycha (11 Jul 2010)

    akak sukala entry ni…..hati kecilmu itu berjiwa besar…….bagus 3x….hidup ni biarlah dengan pendirian sendiri….asal jiwa tenang, gembira slalu dan sihat sejahtera dah memadai……akak doakan adik akan jadi OKB (Orang kaya bertaqwa) satu hari nanti…..(doa akak kadang2 makbul tau!!!!hehehe!!!!)

  13. Hanz (11 Jul 2010)

    Adly,

    Suka sangat dengan post ini, sedih la. hu hu.. alhamdulillah ada juga IM yang berhati sebigini lembut dan sayang akan keluarga.. terutama ibunya..

    Bertuahla siapa yang bermenantukan Adly ni.. he he he. gurau saja.

  14. Angah (11 Jul 2010)

    1. Tahniah bro. Bro adalah anak yang baik. Berbaktilah pada orang tua kita selagi kita masih hidup. Jasa diorang memang xblh nk balas.

    2.”Ilmu Adalah Segala-galanya”
    Katanya Dr. Irfan Khairi, “Pelaburan yang paling menguntungkan adalah kepada diri kita sendiri” :)

  15. Tokey Topup (12 Jul 2010)

    Oh! sgt menyentuh hati membaca sambil mendengar lau itu…
    Kata-kata hari ini : Ilmu adalah segala2nya…

  16. titan (12 Jul 2010)

    hoho…biasalah tu..sekarang..gi pakai singlet aje beli barang dapur..

  17. sueella (14 Jul 2010)

    Happy birthday, Semoga panjang umur.. sedih baca part beri hadiah pada ibu tu.. selagi ibu masih ada.. bahagiakanlah hatinya tidak kira dengan apa cara sekalipun selagi masih boleh buat dia tersenyum.. selagi masih ada..

  18. Kujie (18 Jul 2010)

    Kak Jie pun masih berjalan dgn anak bujang utk beli barangd dapur…

    sweet je kan….dah besar mana pun anak2 kita, tetap rasa yg sama seperti dia masih 2-3 tahun dulu…

  19. hud (22 Jul 2010)

    Awak sungguh bertuah sebab dalam usia yang muda awak mempunyai matlamat hidup dan perinsip sendiri. Bukan semua orang dapat menemui matlamat hidup lalu berusaha mengejarnya tanpa mempedulikan cakap-cakap orang. Jika dilihat sekeliling remaja seumur awak masih seronok menikmati usia remaja dengan duit ibu bapa tetapi awak telah jauh kedepan dengan perniagaan sendiri yang lebih canggih dan lebih hebat lagi ia ‘terpelajar’ sebab sentiasa menagih ilmu sedangkan ramai orang melayu berniaga sekadar ‘senang’ dan tak ingin susah-susah menanggung risiko. Biasanya apa yang ada dalam kepala orang kita ;
    “Apa yang dapat bersyukur jelah. Kita ni berniaga kecik je..buat apa nak baca-baca buku..”
    Oleh itu tahniah kerana awak berjaya menuju matlamat hidup awak sebab bagi saya kaya, gagal atau tak berjaya dalam bisnes bukan pokok utama yang paling penting seseorang itu telah menemui matlamatnya. Sebab bila kita sudah tahu apa yang kita mahukan kejayaan pasti akan bertandang. saya betul-betul cemburu dengan awak!


Trackbacks/Pingbacks

Tinggalkan Komen Anda