Kita Adalah Barangan Elektronik?

by Labanon on July 21, 2010

Salam & hai semua,

Pernahkah anda terfikir bahawa kehidupan kita ini seolah-olah sebuah barangan elektronik yang perlu sentiasa di cas untuk terus berfungsi? Mungkin ya dan mungkin tidak. Namun, cuba anda bertenang dan fikir kembali persoalan saya di atas. Mungkin jawapan anda kali ini ya, analoginya begitu.

Persoalan ini boleh dilihat dari pelbagai sudut dan suka saya ingin mengambil persoalan tersebut dari sudut motivasi diri. Saya percaya dan yakin bahawa pembaca blog ini mempunyai pola motivasi yang naik turun bagi menghadapi cabaran di dalam kehidupan seharian. Itu menunjukkan anda seorang manusia yang normal.

Pastinya Sama Dengan Barangan Elektronik kan?

Sebagai contoh sebuah Blackberry Bold 9700 (Ho ho ho!) tidak mampu untuk berfungsi selama 24 jam tanpa henti. Blackberry tersebut perlu dicas terlebih dahulu untuk kembali berfungsi.

Sama juga seperti manusia biasa, tahap motivasi tidak selalunya berada di tahap yang terbaik.  Kadang-kadang seminit sudah cukup untuk melunturkan segala semangat dan keazaman yang dicipta berhari-hari lamanya.

Namun, untuk berjaya di dalam apa jua yang kita lakukan, tahap motivasi diri kita hendaklah sentiasa berada di tahap yang terbaik. Sebut sahaja nama-nama besar seperti Donald Trump, Steve Jobs, David Beckham, Thomas Alva Edison dan sebagainya, mereka semua sentiasa bersemangat untuk berjaya. (Psstt… mungkin juga Dr. Rozmey oh!)

Macam Mana Nak Cas Diri Kita?

Secara ringkas, kita manusia biasa juga perlu sentiasa cas diri kita sendiri supaya sentiasa bersemangat untuk berjaya dan terus berjaya. Soalnya sekarang, bagaimana kita nak cas tahap motivasi diri kita?

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kembali tahap motivasi diri tetapi cara yang paling saya gemar adalah dengan mendekati orang yang telah berjaya. Dulu saya juga seorang yang tidak suka bergaul dengan orang ramai. Bagi saya duduk di terperap buat duit dalam bilik adalah segala-galanya. Keluar bertemu dan berborak dengan orang lain adalah sesuatu yang merugikan masa.

Pola motivasi saya pada ketika itu adalah sekata. Ini bermakna tahap saya nak berubah ke arah yang lebih baik adalah perlahan.

Perubahan 360 Darjah!

Semuanya berubah ketika saya mula menganjurkan mini-seminar di pejabat Flarebiz Network awal tahun ini. Berubah 360 darjah! Setelah menguruskan mini-seminar ini, saya telah bertemu dengan ramai orang yang hebat. Di sini saya mula membuka mata saya yang sebelum ini sebelah tertutup.

Ketika saya mendampingi orang-orang yang berjaya secara tidak sengaja ini, saya dapat rasakan aura yang berlainan. Bagi saya aura inilah yang bertindak mengecas kembali tahap motivasi diri. Timbul di sudut kecil hati saya, “Suatu hari nanti aku nak jadi seperti mereka!“.

Secara tidak sedar, perjumpaan tersebut telah membuat saya lebih bersemangat untuk berjaya. Saya telah lupakan segala kesusahan, kelemahan dan segala perkara negatif yang telah saya hadapi. Kejayaan dan kehebatan mereka telah mengajar saya bahawa kesusahan itu sementara.

Perlunya Kita Mencari Orang Yang Hebat

Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif – Chef Li

Saya kembali positif. Sejak daripada peristiwa tersebut, saya sentiasa cari jalan untuk bertemu mereka-mereka yang hebat seperti menghadiri seminar, keluar minum bersama mentor dan sebagainya. Semua ini untuk mengecas kembali tahap motivasi yang kadang-kadang down disebabkan masalah kerja.

Saya selitkan beberapa gambar terbaru ketika saya sedang cas tahap motivasi diri saya…

Kita boleh belajar secara terus ataupun tidak langsung dengan mendampingi orang yang berjaya. Paling seronok apabila kita terus dapat bertanyakan soalan yang terbuku di hati kita tetapi kalau kita masih ‘segan’ untuk bertanya, belajar dari segi luaran pun sudah cukup bagus. Lihat macam mana cara mereka berkomunikasi ataupun paling tidak cara mereka minum air? Oh!

Sekiranya anda ingin terbang gagah seperti sang helang, anda jangan menyertai kumpulan ayam belanda!

Mungkin sudah ramai yang tahu tetapi saya percaya tidak ramai orang biasa seperti kita semua nak mendampingi orang berjaya. Macam-macam alasan yang diberikan. Malu, segan, belum bersedia dan 1001 alasan yang lain.

Konklusinya, benarlah hidup kita ini seperti barangan elektronik yang perlu sentiasa di cas. Sila cari ‘charger’ masing-masing. Apa pendapat anda?



  1. milsum (21 Jul 2010)

    terbaik ! nak kena cas ni, mane nak cari charger nih…

  2. Labanon (21 Jul 2010)

    Kawe pun dok cari charger jugok ni. Keno gi minum air nga demo sekali bos, lama tok minum air sekali. he he he!

  3. alif (21 Jul 2010)

    Terbaik bos..Nanti nak kena pergi flarebiz network pulak charge..Charger tertinggal kat sana :P

  4. rohaizad (21 Jul 2010)

    Mana charger aku nih?!

  5. wanwma (21 Jul 2010)

    kadang2 charger tu pada pada seorang wanita..oh…

  6. wanwma (21 Jul 2010)

    typing error pulak! maksud sy ‘ada pada seorang wanita!’

  7. b1naryc0de (21 Jul 2010)

    Dah berapa minggu ni tak charge..

    Nak charge pon kene charge dengan orang yang positif.. Nanti salah charge.. heheh

  8. sueella (21 Jul 2010)

    nak pinjam aura flarebiz boleh? hehe

  9. moon (21 Jul 2010)

    nicely said

    terasa batery diri ni agak low lately…..LEMAU semacam jer

    so..weekend nih..pegi cr charger yg power sket..

  10. azez (21 Jul 2010)

    salam bos.
    aihs..nk kene gi charge kt flarebiz network jgk nmpk nyo nihs..he he

  11. naz (21 Jul 2010)

    charger saya tertinggal di cyberjaya. apakah. kne pinjam charger flarebiz. hoho

  12. Ladfe Amir (22 Jul 2010)

    bagus dapat charge dengan mendampingi mereka2 yang berjaya. Jangan lupakan juga charge kerohanian kita dengan mendampingi Tuhan Yang Esa. InsyaAllah

  13. paan (22 Jul 2010)

    nak kena beli charger(buku motivasi) baru.haha

  14. Labanon (22 Jul 2010)

    @alif: Yak boktam, charger ada tertinggal sini ko? Ha ha ha!

    @Rohaizad: Fuh, saya pun nak naik JB untuk cari charger sambil pekena nasi ayam penyet. Jom jalan-jalan Singapore sekali. ;p

    @Wanwma: Yeah, menarik tu. Describe lebih sket untuk orang-orang bawah umur ni. ;p

    @b1naryc0de: Ho ho ho! Saya biasanya akan cas seminggu sekali. Paling simple nak cas adalah dengan baca buku, tapi kalau ada duit lebih tu, cuba pergi event ataupun seminar. Memang best habis!

    @sueella: Kami masih belum layak nak jadi penjana kuasa ha ha ha!

    @moon: Yeah, hanya diri sendiri yang tahu tahap motivasi diri. So, kalau dah rasa agak kureng tu, boleh pergi cari charger sekarang. ;)

    @azez: Woah, ramai nok mari cas sini hu hu hu!

    @naz: Ha ha ha! Ada masa mai la jalan office Flarebiz Network.

    @Ladfe Amir: Yup, saya kupas entri ini pada satu sudut sahaja iaitu motivasi. Ustaz saya pernah berpesan, diri kita perlu sentiasa kena cas kerohanian juga dan charger yang terbaik adalah masjid. ;)

    @paan: Yup, itu terbaeeekk.

  15. khairole (22 Jul 2010)

    terima kasih adly..kena cari charger harini gak..yosh

  16. Kujie (23 Jul 2010)

    soket nak cucuk charger pula rosak…hehe

    adeih!

  17. Labanon (23 Jul 2010)

    khairole: Yeah, WAJIB cari untuk berjaya. :-)

    Kak Jie: Fuh, bila leh jumpa kak Jie ni? Nak sedut aura blogging ha ha ha!

  18. musi (26 Dec 2010)

    salam ;
    bro labanon, saya setuju benor tu. kalo kita jumpa sesiapa pun minda kita akan lapang dan motivasi kita meningkat- pelagi idola kita kan?. Jadi sapa2 yg de isteri mintak le paham hal ni. kalo de isteri yang kuat cemburu dan berperangai, wah susah lak kang. cari lah si dia yang memahami, cos kita kerap berurusan . . macam2lah. orang umah pun kena kasi semangat dan galakan, maka bertingkat2 lah cas kita kan? he . . he . . . sebenor nye dalam agama kita pun de sebut, ari ni lebih baik dari semalam dan esok lebih baik daripada sekarang . . dan seterusnya . . lebih . . lebih > > > insyaallah kita dapat kuncinya


Trackbacks/Pingbacks

Tinggalkan Komen Anda