Salam & hai semua,

Saya merupakan antara orang yang terawal mengetahui mengenai idea untuk menerbitkan satu produk informasi berbentuk santai mengenai perniagaan Internet. Saya menyokong sepenuhnya idea tersebut untuk direalisasikan. Saya sangat yakin bahawa Komik Niaga ini boleh direalisasikan walaupun ada sesetengah individu yang sangsi dengan idea ini kerana saya sangat kenal siapakah orang dibelakang tabir Komik Niaga ini.
Kartunis Ubi dan Encik Idris, mereka merupakan individu yang sangat berdedikasi dan sedikit sebanyak mempunyai pengalaman di dalam penerbitan Majalah IM. Walaupun Komik Niaga ini bukanlah satu produk daripada Flarebiz Network tetapi kami tetap menyokong segala usaha murni untuk memartabatkan industri perniagaan Internet tanah air. Itu pasti.
Secara keseluruhan, hasil kerja team Komik Niaga yang diketuai oleh saudara Hasbul Aqill harus dipuji. Banyak informasi yang berat dapat disampaikan di dalam bentuk yang santai dan ini berjaya menarik minat ramai pihak.
Penerangan melalui ilustrasi sebenarnya lebih berkesan berbanding artikel biasa yang kadang-kadang membosankan.
Artikel santai “Undertable VS Undertacker” yang diambil dari Majalah Ujang juga sangat menarik dan kena dengan konsep sebenar Komik Niaga ini. Bagi saya, artikel jenis tersebut perlu dikekalkan di dalam edisi yang akan datang.
Ruangan Biografi Otai IM juga sangat menarik kerana memuatkan kisah Team Flarebiz oh! Satu hasil kerja yang terbaik dari ladang oleh saudara WanWma! Walaupun ramai yang mengatakan karaktor kartun tersebut tak sama seperti mana diri kami yang sebenar, tak mengapa, janji jalan cerita yang hendak disampaikan itu menusuk kalbu para pembaca.
Saya tiada apa komen untuk Komik Niaga ini sendiri kerana masih lagi edisi #1 dan banyak perkara yang boleh dibaiki pada edisi akan datang. Cuma pada pendapat peribadi saya, pihak pengurusan Komik Niaga perlu berfikir untuk jangka masa panjang dimana tidak perlu hadkan penyebaran Komik Niaga ini kerana produk sebegini sepatutnya cepat untuk viral.
Jangan letakkan amaran bahawa Komik Niaga ini tidak boleh disebarkan tanpa kebenaran tetapi tukarkan sila sebarkan Komik Niaga ini dengan cara yang beretika. Itu adalah lebih baik untuk pertumbuhan Komik Niaga ini. Satu lagi, pihak Komik Niaga mungkin boleh upload file tersebut di dalam penyedia ruangan muat turun percuma seperti 4shared, rapidfire dan sebagainya supaya tidak menelan terlalu banyak bandwith.
Salah satu kesilapan Majalah IM adalah dengan meletakkan file di dalam server sendiri sehingga menyebabkan kami terpaksa menggunakan dedicated server yang menelan kos RM700 setiap bulan. Semata-mata nak bagi produk secara percuma kepada para pengguna Internet yang ada segelintirnya tidak tahu untuk menghargainya.
Oh ya, sila jaga betul-betul Mat Biz tu ya. Pastikan berikan makan dan minum yang cukup. Jangan lupa Mat Biz tu suka main game, jadi pastikan penggunaan Facebook oleh Mat Biz terkawal. Ha ha ha!
Kepercayaan yang kami berikan untuk menggunakan mascot Flarebiz di harap terus dapat mengekalkan kualiti kerja Komik Niaga setaraf dengan produk yang kami sendiri hasilkan.

Tidak perlu saya ulas panjang lagi, anda boleh download Komik Niaga edisi #1 ini di sini dan anda juga boleh menyertai Fan Page mereka di Facebook untuk mendapat update terkini.
All the best untuk geng Komik Niaga!
P.S: Bagi yang dah download, mungkin boleh bagi pendapat anda untuk penambahbaikkan Komik Niaga di sini? Sharing is caring!
Subscribe dan dapatkan audio soal jawab eksklusif mengenai perniagaan internet yang bernilai RM37 secara percuma.
komik yang ringkas dan menarik
Pendapat dan cadangan saya adalah:
1.pergunakan isu semasa untuk mendidik pembaca berkaitan perniagaan internet supaya mudah difahami
2.permudahkan lagi penerangan terhadap terna-terma di dalan perniagaan internet
3.buat rencana (review) ttg produk,servis yang bagus dan tak bagus supaya dapat dijadikan rujukan bersama.
4.pendekkan masa bagi penerbitan yang seterusnya.3 bulan lama sangat la..hehe
tq atas komen utk KomikNiaga. kesemua poin adalah 3 ya. insyaAllah kitaorang duduk berbincang semua perkara ini, termasuk komen@maklumbalas para pembaca di Fanpage juga blog. tq for support and all the best juga utk Flarebiz Network
Hehe..terima kasih buat Adly juga, saya mengenali Adly sejak Adly berusia 16 tahun lagi (kenal dalam internet je la). Dari situ saya sentiasa mengikuti perkembangan Adly dari masa ke semasa. Cuma kurang bersembang, kurang memberi komen dan sebagainya…hanya perhatikan perkembangan Adly dari masa ke semasa sebagai seorang IM paling muda (yg sy kenal) dan punyai impian yang tinggi.
Biografi tu saya hasilkan berdasarkan apa yg saya perhati sepanjang mengenali Adly. Entah betul entah tidak saya pun tak pasti..hehehe..mmg banyak perkara yg nak diketengahkan dalam komik tu (muka karekter pun sepatutnya boleh dilukis dgn lebih baik). Namun kerana kesuntukan masa saya terpaksa buat setakat yg termampu saja. Apa2 pun bersyukur sangat dengan feedback yg diberikan oleh para peminat KomikNiaga. Terima kasih kepada semua yg menyokong dan tahniah kepada Hasbul dan semua team yg terlibat.
Hai Geng,
Saya setuju dengan kenyatan Tuan Adly, seharusnya komik niaga diletakan dalam ruangan download seperti rapid share..
Hidup Abe Hasbulaqill..
Ceria Sokmo boss…
Tq
insyaAllah kami akan perbaiki hal itu. yang penting. projek ini dah run dan saya pastikan ia tak akan berhenti sekerat jalan. yosh!
terima kasih
….