Salam & hai.

Pada tanggal 9 Disember 2011 detik bersejarah buat diri ini dan juga rakan-rakan di Flarebiz Network apabila pertama kami muncul di kaca televisyen untuk berdiskusi satu isu yang agak sensitif buat sesetengah pihak.
Saya dan Aqif Azizan telah di undang oleh pihak Astro Awani bagi berbicara mengenai ‘Mengejar Kejayaan Hidup‘ bagi rancangan meja bulat. Undangan diterima dengan 1001 persoalan bermain di minda.
Apabila berbicara mengenai kejayaan di dalam kehidupan, akan ada satu golongan yang sering di pinggirkan dan golongan ini seringkali terperangkap dengan ‘kejayaan hidup’ yang ditentukan oleh masyarakat. Akhirnya, mereka benar-benar gagal.
Failure is only a temporary change in direction to set you straight for your next success.
Golongan yang saya maksudkan ialah mereka yang kurang berjaya secara akademik di sekolah dan universiti. Seringkali masyarakat sentiasa menghukum golongan ini dengan pelbagai frasa yang kadang-kadang tidak berasaskan fakta.
Sebagai contoh, masyarkat sering kali menghukum individu yang tidak mempunyai kelulusan sekolah dan universiti yang baik maka mereka akan gagal di dalam kehidupan. Seolah-olah ia adalah satu noktah di dalam kehidupan mereka.
Sedangkan kejayaan di dalam akademik hanyalah salah satu lapangan kejayaan di dalam hidup.
Hakikat sebenar, kejayaan akademik di sekolah dan universiti bukanlah satu jaminan bahawa mereka juga akan berjaya di dalam lapangan kejayaan yang lain. Tetapi tidak pula kurang berjaya di dalam akademik akan menjamin anda akan berjaya di dalam kehidupan.
I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft. – Bill Gates
Berdasarkan fakta, ramai juga mereka yang cemerlang di dalam akademik tetapi gagal untuk kekal cemerlang di alam kerjaya.
Malah semasa di universiti lagi kita susah hendak membezakan siapa yang merupakan pelajar cemerlang di sekolah sebelum ini kerana ramai juga yang cemerlang di sekolah gagal untuk mengekalkan kecermerlangan mereka di alam universiti.
Jadi, tidak wajar untuk masyarakat menghukum mereka yang kurang berjaya di dalam akademik akan gagal di dalam hidup.
Hakikatnya, mereka yang kurang berjaya di dalam bidang akademik juga mempunyai keupayaan yang sama untuk berjaya di dalam lapangan kejayaan yang lain.
Mungkin saya tidak perlu senaraikan nama-nama besar di dalam dan luar negara yang boleh berjaya di dalam bidang masing-masing tanpa perlukan segulung ijazah sebagai bahan bukti.
Namun, akibat desakan masyarakat menyebabkan golongan yang kurang berjaya di dalam akademik ini percaya bahawa hidup mereka telah tamat.
Kerana melihat tiada siapa yang mempercayai kebolehan mereka, maka mereka memilih cara hidup sendiri dan mula bersikap rendah diri.
Bakat dan kebolehan golongan ini akhirnya terkubur begitu sahaja. Alangkah ruginya negara, bangsa dan agama kita dengan kehilangan sebutir permata yang tidak digilap.
Berbalik kepada perenggan pertama, hadirnya saya di dalam slot meja bulat di Astro Awani adalah untuk memberi harapan baru kepada mereka yang kurang berjaya di dalam pelajaran agar yakin dan percaya dengan kebolehan diri.
Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup
Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Yakinlah bahawa Allah mencipta manusia dengan kelebihan masing-masing agar kita semua saling bertoleransi untuk mencari redha Ilahi. Maka gunakan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita untuk terus maju ke hadapan.
Di dalam slot tersebut, berulang kali saya menegaskan bahawa kurang berjaya di dalam kelulusan akademik di sekolah ataupun universiti bukan bererti akan turut kurang berjaya di dalam kehidupan.
Alhamdulillah, sejurus habis slot tersebut saya menerima sms daripada seorang guru yang banyak membantu saya ketika di sekolah Dato’ Ahmad Maher dulu..
You’re right! Cikgu perlu ubah persepsi terhadap pelajar yang lemah di dalam pelajaran. Mereka juga boleh berjaya di dalam kehidupan.
Semoga nukilan ringkas ini dapat mengubah persepsi anda terhadap golongan yang kurang berjaya di dalam akademik ini dan berilah mereka sokongan sepenuhnya.
Pada masa yang sama, jika anda kurang berjaya di dalam akademik, yakinlah lapangan kejayaan lain terbentang luas untuk anda.
P.S: Saya memohon maaf andaikata ada tersilap kata di dalam slot meja bulat tempoh hari. Insyallah kami akan upload video tersebut di Youtube nanti.
P.SS: Sharing is caring! Jangan segan untuk berkongsi artikel ini kepada yang lain. heh!
Subscribe dan dapatkan audio soal jawab eksklusif mengenai perniagaan internet yang bernilai RM37 secara percuma.
Tahniah buat demo bos.
Terima kasih bos.
tahniah… satu artikel yang sangat mendalam manfaatnya boh~ kemah keming
Terima kasih bos.
tahniah tuan, 1st time baca blog tuan…
dulu dah cuba terjah tapi tak boleh masuk…
pasti hujung minggu ni akan dibaca segala artikel di sini…
sgt sukakan gaya penulisan tuan…
“Apabila berbicara mengenai kejayaan di dalam kehidupan, akan ada satu golongan yang sering di pinggirkan dan golongan ini seringkali terperangkap dengan ‘kejayaan hidup’ yang ditentukan oleh masyarakat.”
nice
Terima kasih di atas penghargaan ini. Semoga artikel-artikel nukilan saya mampu memberi manafaat kepada tuan.
congratz boh
kawe tupe banggo..hehe
p/s: bilo nk upload video tu boh??? kawe xdan tgk dekat astro aritu
Terima kasih. Sedang tunggu video rakaman daripada pihak penerbit. Tok rekod etek haritu huhu.
Takde video ke adly?aritu terlepas tgk
Insyallah nanti.
terbaik Adly. thanks for the sharing. =)
Perkongsian yang tidak seberapa. Sama-sama.
tak salah jugak kan kalau kita reward diri kita dgn something…
Ya, tidak salah.
Terbaik boh!
Demo lah idola kawe..
p/s..dh x bau budu dh demo kecek..hebat! kawe jugok hok x hilang2 lagi bau budu..hahaha
Uish, kawe tak layak lagi untuk menjadi idola kepada sesiapa hehe. Terima kasih lah kerana satu penghargaan bagi kawe.
P.S: Haha, ada lagi slang-slang yang tak leh nak ubah haha.
DAH KE TAHAP SELAYAKNYA NI,
Tahniah dan didoakan semoga Team Flarebiz dilimpahi rezeki dan mendapat peluang sebegini lagi.
Terima kasih tuan Zamri sebagai salah seorang sifu terawal saya di dalam dunia internet marketing.
Tahniah. Teruja dengan matlamat syarikat labanon. Semoga dapat melihat lebih banyak kejayaan di masa hadapan. ^.^”
Terima kasih. Banyak lagi yang kami di Flarebiz Network perlu perbaiki terutama dari segi servis dan mutu produk.
Alhamdulillah, semoga meja bulat ini dapat membuka mata kepada masyarakat terumatanya golongan kita mengenai persepsi kejayaan hidup.
Alhamdulillah, sesi ini juga mendapat perhatian oleh pensyarah-pensyarah UTM saya dahulu dan mereka amat tertarik dengan penerangan jelas dan matang oleh tuan Adly.
Btw, tahniah dan move forward Flarebiz Network!
Terima kasih buat rakan seperjuangan!
Proud to be Flarebizian!
Satu suntikan semangat,Tahniah bos
Terima kasih bos di atas sokongan.
Tahniah pada Adly dan Aqif, satu inspirasi bagi masyarakat sejagat. Saya amat berbangga dengan bro berdua!
Terima kasih Mr. President! Semoga perjuangan kita semua tidak ketemu noktah.
takda rakaman ulangan ke kat youtube ke mane2 ke?
Insyallah akan di publish nanti, masih menunggu rakaman daripada penerbit.
Tahniah tuan untuk pencapaian ini. Semoga Flarebiz Network terus maju dan memandaikan masyarakat tempatan dan global.
Tahniah juga buat tuan Aqif Azizan di atas penulisan dropout yang matang. Oleh kerana artikel itu kita semua di panggil. Jalan terus Flarebiz Network!
Universiti terbesar di dunia ialah alam ini. Kejayaan kita ditentukan di sini.
Benar tuan. Di mana-mana pun boleh menuntut ilmu.
JANGAN lupe kejar kejayaan hidup di Akhirat sekali.
Terima kasih di atas peringatan.
Saya sendiri tak faham kenapa persepsi masyarakat mengatakan kita perlu ke universiti dan memiliki segulung ijazah untuk melambangkan kejayaan kita.
Yang menjadi persoalan saya sekarang, kenapa lain bidang di universiti dan lain pula yang dikerjakan di alam kerjaya. Sesungguhnya saya masih keliru.
Tahniah diucapkan
Ia pastinya akan memberi inspirasi buat masyarakat di luar sana. Keep it up!
Pada malam ini saya menerima satu lagi tekanan dari parent yang menyuruh saya agar sambung kembali pengajian saya di IPT,kerana terikh pendaftaran telah pun lama lepas dalam 2 atau 3 minggu yang lalu,namun saya tidak memberitahu mereka perkara yang sebenarnya,bahawa saya telah gagal didalam peperiksaan semester lepas,saya takut untuk memberitahu perkara yang sebenar kerana akibat tekanan belajar saya sengaja tidak menghadirkan diri didalam beberapa subjek peperisaan baru2 ini,sebenarnya keyakinan untuk berjaya dengan kekelulusan bukannya keyakinan yang saya pegang,tetapi ilmu untuk hidup lebih penting,apa yang saya belajar didalam kelas hanya ilmu untuk berkerja dan itu ilmu fardu kifayah bagi saya tidak penting sangat apa yang penting bagi saya ilmu untuk meneruskan hidup didunia dan akhirat,saya mohon nasihat daripada anda semua agar membari kekuatan kepada saya.
SAYA MENGIMPIKAN UNTUK BERJAYA DIDALAM PERNIAGAAN SEBAGAI BUKTI KEPADA IBUBAPA SAYA BAHAWA SAYA BOLEH BERJAYA TENPA SEBARANG KELULUSAN.
teruskan berusaha utk mencapai apa yg kita inginkan. tp perlu ditekankan, perniagaan adalah peluang terbaik utk mencapai kesenangan hidup, kepada mereka yg betul2 berminat. tp ianya x semudah kerja mkn gaji hasil daripada pencapaian akedemik. persediaan mental dan fizikal tahap tinggi amat di perlukan. mulakan dgn langkah kecil dahulu..
semuanya bermula dgn langka pertama. so xperlu tunggu lama2.
semoga berjaya.