MiniNiaga Selamat Dilancarkan!

by Labanon on July 2, 2010

Salam & hai semua,

Akhirnya bulan Julai telah menjelma. Nampaknya saya akan menamatkan usia belasan tahun dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Aduh! Hari ini baru saya mempunyai kesempatan untuk mencoret sedikit entri yang tidak seberapa di sini. Sebelum ini hampir 2 minggu saya dan geng Flarebiz yang lain bertungkus-lumus untuk menjayakan pelancaran MiniNiaga.

Sampai kami jadikan pejabat Flarebiz dah macam rumah sendiri oh! Alhamdulillah, nampaknya pelancaran sistem MiniNiaga berjalan lacar. Di kesempatan ini saya ingin megucapkan terima kasih secara peribadi kepada rakan-rakan saya di Flarebiz iaitu Mohd Zhafran, Rusdy Ahmad (Bob), Rizal Razak, Hanny Ramzy, Nizam Ahamad dan Aqif Azizan kerana telah berikan yang terbaik untuk projek MiniNiaga ini. Tanpa kalian semua, sistem MiniNiaga tidak akan menjadi satu fenomena seperti mana sekarang.

Semuanya Dari Air Tangan Terbaik

Pada pendapat peribadi saya, ini merupakan pelancaran produk yang paling penat dalam sejarah. Penat mental dan juga fizikal untuk memberikan yang terbaik buat semua. Ya, kami telah memerah otak dan tenaga untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti di segenap sudut kerana kami sedar tanggungjawab yang kami pegang.

Flarebiz Network mencipta sistem yang benar-benar mantap dan memudahkan kerja seseorang… – Agensi Bernama

Tanggungjawab kami adalah untuk membuat mengangkat industri perniagaan Internet Malaysia melalui kualiti. Itulah yang kami di Flarebiz Network perjuangkan. Insyallah, selepas ini kami akan membawa produk kami ke pasaran International. Mungkin dengan sistem MiniNiaga ni kot. Malaysia boleh kan?

Saya sebagai projek manager telah berusaha untuk mencungkil segala kepakaran yang Flarebiz Network miliki untuk disalurkan kepada projek MiniNiaga ini. Setiap yang terhasil daripada MiniNiaga ini datang daripada air tangan individu yang mempunyai ‘jiwa’ terhadap perkara tersebut.

Sistem MiniNiaga itu sendiri dihasilkan oleh Rusdy Ahmad (Bob), rekabentuk website yang terbaik dihasilkan oleh partner saya Mohd Zhafran yang dibantu oleh saudara Hanny Ramzy dan video yang mantap pula dihasilkan oleh saudara Nizam Ahamad. Saya pula yang merancang mengenai pelancaran sistem MiniNiaga yang dibantu oleh saudara Aqif, saudara Rizal Razak pula melakukan tugas-tugas khas untuk melancarkan lagi pelancaran sistem MiniNiaga.

Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.  - Henry Ford

Fuh, semuanya datang daripada individu yang mahir dalam perkara tersebut. Itulah kami Flarebiz Network! Serius, saya sangat bangga bersama dengan individu-individu yang terbaik di Flarebiz.

Di Sebalik Tabir MiniNiaga

Penghasilan dan pelancaran produk bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin pada entri akan datang saya akan kongsikan cerita dan pengalaman mengenai pelancaran produk. Mungkin gambar di bawah boleh memberi sedikit gambaran kepada anda:

Gambar di atas adalah sangat eksklusif dan belum bocor dimana-mana tempat ha ha ha! Hampir sebulan juga pejabat kami tutup dan tidak menerima mana-mana pelawat dari luar kecuali yang diterjah oleh rakan-rakan IM oh!

Segala Kepenatan Akan Terbalas

Terus-terang saya katakan MiniNiaga mampu menjadi ‘Newbie Solution’ bagi masalah untuk mendapatkan Minisite yang ‘friendly’ dan cepat. Saya tidak bercakap kosong kerana saya telah setup MiniNiaga pada salah satu produk fizikal saya, yang pasti saya memang menyukainya. – Ahmad Syaifuddeen

Semua kelelahan di atas akan terbalas apabila kami di Flarebiz Network dapat melihat pelanggan kami berpuas hati dengan produk MiniNiaga yang mereka miliki. Sekali lagi saya ingin maklumkan bahawa kepuasan kami bukan terletak kepada jumlah jualan yang kami perolehi. Berapa pendapatan yang kami dapat hasil daripada pelancaran MiniNiaga ini biarlah ditentukan oleh-Nya kerana kami telah lakukan yang terbaik. Saya ulangi, kami telah lakukan yang TERbaik.

Tiada apa sangat yang hendak diceritakan pada entri kali ini. Mungkin pada entri akan datang saya akan kongsikan sesuatu yang berguna buat anda semua. Kepada anda-anda yang telah membeli sistem MiniNiaga, terima kasih saya ucapkan. Semoga MiniNiaga dapat menjadi teman setia perniagaan Internet anda. Kepada yang masih belum beli sistem MiniNiaga, sila dapatkan dengan segera sebelum terlambat. Yosh!

Jumpa lagi!

P.S: Jangan lupa untuk muat turun Majalah Remaja Sempoi Edisi Julai di sini.



  1. Aqif (02 Jul 2010)

    Tanpa seorang leader / pemimpin yang mampu menguruskan pasukan… Semua ini tidak akan menjadi kenyataan.

    Tahniah atas pelancaran MiniNiaga. Fuh! Teruja sampai tak boleh nak tidur ni. Ha ha!

    Dikesempatan ini juga saya ingin ucapkan tahniah kepada seluruh pasukan Flarebiz Network yang menjayakan sistem ini. Korang memang sempoi! Serious! :D

  2. Bob (02 Jul 2010)

    Tenang untuk menonton piala dunia. piss!

  3. Anwar Yassin (02 Jul 2010)

    Tahniah dan teruskan perjuangan. Insya-Allah untuk produk digital saya yang terbaru. Nak gunakan mini niaga :)

  4. eyra (02 Jul 2010)

    habis semua kuak lentang heheh

  5. sany (02 Jul 2010)

    fuhh memang ditunggu-tunggu hasil kerja kalian…

  6. abemogi (02 Jul 2010)

    Tahniah..terus maju

  7. Syed Akram (03 Jul 2010)

    Salam maju jaya bro.

  8. tahniah untuk semua. :D

  9. Iwani (05 Jul 2010)

    Tahniah! Dan happy birthday! Moga sukses selalu!

  10. alif (05 Jul 2010)

    Tahniah :)

  11. famiSBG (05 Jul 2010)

    kesian korang terkulai di pejabat.. erm takpe yang penting hasil usaha korang semua membuahkan hasil dan sangat berbaloi.. truskan usaha.. saya sokong korang dari tei.. hehe

  12. Tokey (07 Jul 2010)

    Saya kagum dengan Team Flarebiz ni, mereka telah memberi idea dan menghasilkan mininiaga yang superb ini! memang mudah bagi saya utk bina mini web yang boleh dikatakan ‘simple’. Tak lama lagi saya bakal membeli mini niaga ini! Yosh!

  13. mashita (18 Jul 2010)

    all the best untuk kamu orang semua..


Tinggalkan Komen Anda