Dunia Yang Terlupakan

by Labanon on June 3, 2011

Salam & hai semua,

Mengharapkan Hujan Larutkan Nanyian Malamku

Selamat kembali saya ucapkan kepada diri sendiri setelah 6 bulan membisu dari blog ini. Saya kembali setelah berjaya mencapai beberapa ‘target’ peribadi dalam kehidupan dan perniagaan.

Syukur kepada Pencipta kerana sentiasa memberikan jalan ketika saya fikir sudah tiada jalan untuk keluar. Dia kembali mengisi warna ketika warna kehidupan kian memudar. Dia juga berkuasa untuk mencantumkan kembali sisa-sisa mimpi yang telah roboh.

Terlalu banyak yang hendak dikongsikan dengan kalian semua setelah 6 bulan membisu seketika. Sebagai pembuka bicara, saya ingin tujukan lagu (macam kumpulan Jambu Maharaja Lawak okay!) kepada anda yang mencerminkan situasi diri saya sekarang.

Teruskan membaca entri ini »


5 Tip Perniagaan Dari Ayam & Itik

by Labanon on December 18, 2010

Salam & hai semua,

Jika anda merupakan pembaca setia blog ini, maka anda dapat perhatikan cukup banyak peribahasa Inggeris yang telah saya gunakan untuk mengukuhkan sesuatu entri. Namun, hari ini saya ingin mengajak anda berbicara mengenai satu peribahasa Melayu yang berkaitan dengan ayam.

Ayam bertelur sebiji, riuh sekampung.

Setahu saya, peribahasa di atas dicipta agar kita tidak meniru perwatakkan ayam yang terlalu riuh walaupun hanya bertelur sebiji. Namun di dalam konteks bisnes, saya rasa kita perlu mengikut perwatakkan ayam.

Teruskan membaca entri ini »


6 Pengorbanan Besar Usahawan

by Labanon on November 23, 2010

Salam & hai semua,

Hari Raya Korban tahun ini saya bercuti agak lama bagi memberi laluan kepada rakan bisnes saya, Mohd Zhafran menamatkan zaman bujang beliau dengan melangsungkan perkahwinan bersama isteri yang tersayang.

Tahniah dan selamat pengantin baru saya ucapkan, semoga berkekalan bahagia hingga ke anak cucu. Paling penting, cepat-cepat dapatkan seorang ‘hero’ untuk memeriahkan pejabat Flarebiz Network kelak. Ho ho ho!

Berbalik kepada hari raya korban, tahukah anda untuk menjadi seorang usahawan juga anda perlu melakukan pengorbanan. Lebih-lebih lagi jika anda menjalankan perniagaan secara berkumpulan.

Teruskan membaca entri ini »


Jangan Terlalu Cepat Melangkah

by Labanon on November 2, 2010

Salam & hai semua,

Uhuk, nampaknya blog ini sudah berhabuk dan masih adakah sisa-sisa pelawat di sini? Oh! Saya hanya ditemani lampu kuning yang malap ketika mengupas entri kali ini sambil fikiran jauh melayang kembali mengenangkan perjalan syarikat Flarebiz Network.

Ada suka dan ada juga duka menemani sepanjang perjuangan ini. Terlalu cepat. Itu bisik hati saya ketika ini sambil mencongak kembali percaturan syarikat yang dilakukan oleh saya dan Zhafran.

Teruskan membaca entri ini »


Sekolah Para Usahawan?

by Labanon on October 17, 2010

Salam & hai,

Salah satu hasrat saya dan sahabat di Flarebiz Network ialah ingin mewujudkan satu sekolah untuk orang ramai belajar mengenai dunia keusahawanan. Satu sekolah yang orang ramai boleh belajar terus dari para usahawan yang sebenar kerana saya percaya usahawan itu sendiri adalah guru terbaik untuk mengajar orang lain berniaga.

Sekolah ini juga perlu mengamalkan konsep dari usahawan kepada usahawan. Banyak ilmu mengenai perniagaan yang saya belajar terus dari para usahawan dan saya percaya ilmu tersebut tiada di ajar di institusi pengajian yang lain.

Teruskan membaca entri ini »