5 Tip Untuk Memberi Ceramah

by Labanon on September 29, 2010

Salam & hai semua,

Labanon memberi ceramah di UiTM Shah Alam

Saya sering mendapat jemputan untuk memberi ceramah di kolej, universiti, badan kerajaan dan sebagainya. Malah, saya sendiri merupakan penceramah bagi salah satu seminar pendedahan perniagaan Internet di bawah anjuran syarikat saya, Flarebiz Network.

Saya yang dulunya takut untuk berdiri di hadapan orang ramai kini telah memberi puluhan ceramah sepanjang tahun ini. Saya juga telah mendapat 4 jemputan ceramah pada bulan Oktober dan ada 3 seminar anjuran syarikat sendiri yang perlu dipenuhi.

Teruskan membaca entri ini »


10 Tip Perniagaan & Sinar Inspirasi

by Labanon on September 14, 2010

Salam & hai semua,

Sidry Sinar Inspirasi

Selamat kembali bertugas buat pembaca blog yang dihormati. Pada entri yang terdahulu, saya ada berbicara mengenai kehidupan kita adalah seperti barangan elektronik.

Kesinambungan dari entri tersebut, saya ingin berkongsi apa yang saya dapat belajar dari individu hebat yang pernah saya temui. Salah seorang usahawan yang saya sering ketemui untuk belajar mengenai selok belok perniagaan adalah saudara Ahmad Sidry Hussin dari Sinar Inspirasi Niaga Sdn Bhd.

Teruskan membaca entri ini »


Selamat Hari Raya Aidilfitri

by Labanon on September 7, 2010

Salam & hai semua,

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Nampaknya Ramadhan yang barakah sudah hendak sampai ke garisan penamat dan bulan Syawal yang mulia bakal menjelma.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada ibu yang tersayang, rakan bisnes saya, kakitangan Flarebiz Network, ahli keluarga, mentor-mentor saya, sahabat handai, para pelanggan Flarebiz Network, para peserta seminar dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.

Semoga anda semua memaafkan segala kesilapan yang saya telah lakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak kerana Allah S.W.T tidak akan mengampunkan dosa yang telah kita lakukan sesama manusia sehinggalah kita saling bermaafan. Saya juga manusia biasa yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.

Selamat pulang ke kampung dan berhati-hatilah di jalan raya. Jumpa lagi dengan anda semua nanti. Yosh!


4 Perkara Kita Belum Merdeka?

by Labanon on August 31, 2010

Salam & hai semua,

Merdeka Cup Cake

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 buat seluruh warga Malaysia. Semoga pemberian nikmat ini akan berkekalan hendak-Nya. Negara kita telah 53 tahun merdeka namun bagaimana dengan keadaan rakyatnya? Sedar atau tidak masih banyak perkara yang kita masih belum merdeka atau lebih tepat sebenar-benar merdeka.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, apakah erti kemerdekaan?

Secara ringkas, kemerdekaan bermaksud kebebasan ataupun berdikari. Apa yang saya nampak ada banyak perkara yang kita masih belum merdeka. Namun, saya simpulkan kepada 4 perkara yang kita masih belum merdeka.

Teruskan membaca entri ini »


3 Idiots – Mengajar Kita Erti Belajar

by Labanon on August 22, 2010

Salam & hai semua,

3 Idiots

Pada hujung Julai lepas saya telah berpeluang untuk menonton satu cerita yang sangat menarik di rumah seorang sahabat. Cerita hindustan yang sungguh luar biasa iaitu 3 Idiots. Siapa dah tengok cerita ni?

Apabila saya melihat cerita ini, saya mula teringat kembali detik-detik saya mengambil keputusan untuk keluar dari sebuah universiti. Saya di kritik hebat oleh kaum keluarga sekeliling yang masih skeptikal dengan konsep menuntut ilmu. Bagi mereka ilmu hanya berada di Universiti dan bukti anda berilmu adalah dengan segulung ijazah yang di bawa pulang.

Teruskan membaca entri ini »