Salam & hai semua,

Walaupun dalam keadaan yang agak sibuk sekarang dengan pelbagai kerja, tiba-tiba teringat balik perbualan saya dengan arwah ayah mengenai perkara mistik berkaitan perniagaan. Bukan Nizam Mystic yer!
Entah mengapa, masyarakat Melayu kita terlalu popular dengan isu hasad dengki. Orang kita tidak boleh nak melihat orang lain berjaya walaupun sama-sama Melayu. Apabila orang lain mula berjaya sikit, mulalah timbul hasad dengki di dalam diri mereka. Bukan semua, tetapi ada segelintir.
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A’sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Bacaan lanjut di sini.
Ini bukan perkara baru, malah Rasulullah s.a.w sendiri pun pernah di sihir oleh orang Yahudi, ini kan kita manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.
Salam & hai semua,

Saya merupakan antara orang yang terawal mengetahui mengenai idea untuk menerbitkan satu produk informasi berbentuk santai mengenai perniagaan Internet. Saya menyokong sepenuhnya idea tersebut untuk direalisasikan. Saya sangat yakin bahawa Komik Niaga ini boleh direalisasikan walaupun ada sesetengah individu yang sangsi dengan idea ini kerana saya sangat kenal siapakah orang dibelakang tabir Komik Niaga ini.
Kartunis Ubi dan Encik Idris, mereka merupakan individu yang sangat berdedikasi dan sedikit sebanyak mempunyai pengalaman di dalam penerbitan Majalah IM. Walaupun Komik Niaga ini bukanlah satu produk daripada Flarebiz Network tetapi kami tetap menyokong segala usaha murni untuk memartabatkan industri perniagaan Internet tanah air. Itu pasti.
Salam & hai semua,
Pada minggu lepas saya dan saudara Aqif Azizan sebagai wakil Flarebiz Network telah pergi ke Open Web Asia yang berlangsung di Crowne Plaza Hotel. Tujuan kami pergi ke ‘big event’ seperti ini adalah untuk mengecas tahap motivasi diri supaya berada dalam keadaan yang terbaik. Terima kasih juga kepada UiTM Shah Alam kerana telah sponser tiket kami untuk hadir di majlis tersebut.

Banyak perkara menarik yang dikongsikan pada Open Web Asia tetapi salah satu speaker yang menarik perhatian saya adalah saudara Brian Wong yang merupakan Business Development bagi syarikat Internet yang terkemuka iaitu Digg. Paling gempak Brian Wong baru berusia 19 tahun! What the heck!
Beliau telah memberi ceramah mengenai dunia keusahawanan khususnya dalam industri Internet dan beliau telah berkongsi video di atas di dalam ceramah beliau. Satu video yang terbaik dari ladang. Semua ayat yang ada dalam video di atas adalah terbaik dan salah satunya seperti berikut:
Do you remember when you were a kid and you thought you could do anything? You still can!
Selamat menonton dan jangan lupa share dengan kawan-kawan anda. Bagi terus link entri ni pun okay jugak ha ha ha! Yosh!
Salam & hai semua,

Pernahkah anda terfikir bahawa kehidupan kita ini seolah-olah sebuah barangan elektronik yang perlu sentiasa di cas untuk terus berfungsi? Mungkin ya dan mungkin tidak. Namun, cuba anda bertenang dan fikir kembali persoalan saya di atas. Mungkin jawapan anda kali ini ya, analoginya begitu.
Persoalan ini boleh dilihat dari pelbagai sudut dan suka saya ingin mengambil persoalan tersebut dari sudut motivasi diri. Saya percaya dan yakin bahawa pembaca blog ini mempunyai pola motivasi yang naik turun bagi menghadapi cabaran di dalam kehidupan seharian. Itu menunjukkan anda seorang manusia yang normal.
Salam & hai semua,

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Play dulu lagu di atas untuk mendapatkan feel membaca entri ini. Oh!
Kesibukkan kerja sangat mencemburui masa saya untuk mengupdate blog ini. Untuk pengetahuan pembaca blog ini semua, pada tanggal 4 Julai 2010 lepas telah genap usia saya 20 tahun. Saya tidak mempunyai pilihan lain selain bersyukur kepada Ilahi kerana memberi ruang dan peluang selama 20 tahun untuk terus hidup di atas dunia yang fana ini. Alhamdulillah.
Selamat tinggal usia belasan tahun. Kini saya telah memulakan langkah baru sebagai seorang pemuda yang berusia 20 tahun. Cewah! Selepas ini tiada lagi ‘excuse’ bahawa saya masih muda jika melakukan kesilapan bodoh di dalam perniagaan. Saya terpaksa melangkah dengan lebih yakin, bersemangat dan bertanggungjawab di atas segala tindakan yang dilakukan.