Pemasaran, Jualan & Jenama?

by Labanon on May 25, 2010

Salam & hai semua,

Ketika saya dan rakan-rakan pergi ke Dewan Perniagaan Melayu Selangor (DPMS) untuk berbincang mengenai urusan perniagaan, kami mula diajukan soalan sama ada mengetahui perbezaan di antara pemasaran dan jualan.

Seperti biasa, kami dapat menjawab soalan senang tersebut dengan penuh bergaya sekali dan akhirnya kami diberikan ucapan tahniah. (Walaupun hanya saudara Zhafran yang jawab ho ho ho!)

Namun, saya percaya masih ramai yang belum mengetahui dua perbezaan ini. Dua perkara yang kita nampak seolah-solah sama tetapi tidak serupa.

Secara kasar, mungkin ini adalah satu topik yang agak ringkas, tetapi teramat penting untuk seseorang usahawan memahami perbezaan kedua-dua istilah tersebut secara teori dan praktikal. Baiklah, pada entri kali ini saya akan tunjukkan kepada anda perbezaan pemasaran, jualan dan juga penjenamaan.

Teruskan membaca entri ini »


Ringkas Adalah Lebih Baik

by Labanon on May 23, 2010

Salam & hai semua,

Manusia di dalam dunia sekarang sangat sibuk. Semua orang tidak terkecuali dalam terkejar-kejar masa yang makin pantas berlalu. Mungkin secara sedar ataupun tidak. Di dalam dunia perniagaan, kita perlu lihat perkara ini dalam satu sudut yang lebih serius.

Semua orang sudah tidak mempunyai banyak masa seperti 30 tahun lepas. Ini bermakna majoriti bakal pelanggan kita sudah tidak mempunyai banyak masa.

Secara tidak langsung kita perlu ringkaskan produk dan perkhidmatan kita untuk terus bersaing di dalam dunia perniagaan. Saya berani potong jari bahawa produk atau servis yang lebih ringkas pasti akan mendapat tempat di hati para pelanggan. Tidak percaya dengan apa yang saya perkatakan?

Okay, teruskan membaca entri ini sehingga noktah terakhir.

Teruskan membaca entri ini »


Ada Apa Dengan Guru?

by Labanon on May 21, 2010

Salam & hai semua,

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Sebelum membaca entri ini, eloklah kalian play dahulu lagu yang saya sertakan di atas supaya timbul feel jiwang untuk menghayati entri ini. Oh!

Entri ini dicipta khas untuk menghargai jasa seorang insan yang bergelar guru ataupun cikgu. Walaupun agak lewat tetapi terasa di hati ini tanggungjawab untuk berkongsi pendapat saya dengan anda semua.

Apa yang anda faham mengenai guru?

Bagi pendapat peribadi saya, guru adalah seorang insan mulia yang mengajar kita perkara baru walaupun sepatah perkataan. Guru bukanlah sekadar insan yang hanya mengajar kita di sekolah dan universiti sahaja tetapi lebih menyeluruh. Bertepatan dengan satu kata-kata Sayyidina Ali:

Aku adalah hamba kepada orang-orang mengajar aku walau satu huruf. Kalau dia mahu dia boleh menjadikan aku khadamnya dan boleh menjualkan aku kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Tidak dapat saya bayangkan, selama 20 tahun hidup di dunia ini, berapa ramai yang telah menjadi guru saya secara langsung ataupun secara tidak sedar. (Ya, secara tidak sedar mungkin ramai perempuan yang masih single telah menjadi guru saya oh!) Pendek kata terlalu banyak insan-insan mulia yang perlu saya ucapkan “Selamat hari guru, hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa anda”.

Teruskan membaca entri ini »


Apa Yang Penting? Kerjasama!

by Labanon on May 19, 2010

Salam & hai semua,

Bekerja dengan sahabat-sahabat di Flarebiz Network adalah satu perkara yang menyeronokkan. Walaupun ada yang tinggal jauh nun sana tetapi semangat berpasukan yang kami ada adalah sangat tinggi. Kesan daripada semangat yang luar biasa ini, alhamdulillah kami telah berjaya menghasilkan beberapa produk dan servis yang terbaik dari ladang.

Oh, bukan hendak memuji team sendiri tetapi alhamdulillah feedback yang diberikan oleh client-client kami setakat ini sangat memuaskan. Testimonials speak louder than words kan? Pernah ada sorang client selepas web pertamanya siap, dia terus tempah satu lagi web. Akhirnya dia telah menempah tiga website dengan pihak kami. Yeah, terima kasih dan sila datang lagi!

Teruskan membaca entri ini »


Hello Dunia & Selamat Berblog!

by Labanon on May 17, 2010

Salam & hai semua,

Selamat datang ke blog jiwa kacau Adly Mukhtar (dot) com. Fuh, agak lama tidak berblog dengan acuan sendiri. Seronok ada, risau pun ada. Risau dengan jadual kerja yang tidak menentu akan mengakibatkan blog ini terabai dan berhabuk. Ya, seterusnya habuk pun takde! Blog ini di wujudkan setelah portal MajalahIM akan bertukar konsep kepada sesuatu yang lebih meletop pada sedikit masa lagi.

Jadi, sebagai seorang yang mempunyai jiwa blogger sejati (ceh!), saya terpaksa mencari satu wadah baru untuk melontarkan idea dan sekali-sekala perasaan yang terbuku di dalam hati. Di blog ini saya akan menulis mengenai apa sahaja yang dirasakan related dan sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Ya, anda tidak perlu bimbang kerana saya akan berusaha untuk menyediakan content yang berkualiti dan menyeronokkan.

Namun, majoritinya sudah tentu mengenai perniagaan kerana itu adalah passion saya. Jadi, jangan lupa subscribe dengan blog ini ya! Sila berikan tunjuk ajarku sifu. Oh ya, setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada sahabat sejati Hanny Ramzy kerana bertungkus-lumus dan bersengkang mata untuk menjadikan blog ini realiti. Kudos!

Jadi, apa kata ramai-ramai mengucapkan selamat berblog kembali kepada saya di ruangan komen. Oh!