Pengajaran Yang Berbeda

by Labanon on September 8, 2011

Salam & hai semua.

Selamat kembali kepada diri sendiri setelah sekian lama menyepi. Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ini.

Sudah lama tidak membicarakan sesuatu berkaitan bisnes di sini. Umum mengetahui bahawa kita mendapat ujian yang berbeza-beza daripada Pencipta untuk menguji sejauh mana kesetian kita terhadap-NYA.

Pengajaran dari sudut bisnes pula, sudah tentu setiap daripada usahawan memungut pengalaman yang berbeza di dalam sepak terjang dunia ini. Ketika pulang beraya di kampung, saya sempat berbual dengan ayah saudara yang baru sahaja kehilangan RM2.4 juta kerana bisnes!

Kelihatan beliau tidak begitu ceria seperti raya yang sebelumnya. Malah apabila menceritakan kembali kisah bagaimana beliau boleh kehilangan duit sebanyak itu, hampir menitis air matanya, sebak.

Sudah ramai yang mula mengatakan beliau ‘kurang cerdik’ di atas tindakan yang menyebabkan beliau kerugian satu jumlah yang cukup besar. Sebagai seorang manusia biasa kita sering kali merendahkan mereka yang mengalami kerugian di dalam dunia bisnes dan masih bergelut dengan masalah tersebut.

Benarkah Semua Pengajaran & Pengalaman Sama?

Namun, saya percaya bahawa di dalam dunia bisnes, kita akan mendapat hikmah yang setimpal dengan nilai masa atau wang yang telah kita hilang.

I think if you’ve suffered, if you’ve experienced loss, you’re probably more open to understanding it and more comfortable talking about it and experiencing it.

Pengajaran individu yang kerugian RM10,000 sudah tentu tidak sama dengan mereka yang hanya kerugian RM1,000. Pengalaman individu yang telah 15 tahun bisnes sudah tentu tidak sama dengan mereka yang baru sahaja 15 bulan menjalankan bisnes.

Pengalaman dan pengajaran menguruskan syarikat yang besar sudah tentu tidak sama dengan syarikat yang kecil. Mereka yang pernah menjana pendapatan RM100,000 sebulan sudah tentu tidak sama dengan mereka yang baru menjana RM10,000 sebulan.

Begitu juga dengan pengalaman kerugian RM2.4 juta!

Hakikatnya, tiada seorang pun manusia di dalam dunia ini berniaga untuk gagal dan seterusnya mengalami kerugian. Semuanya telah mencuba yang terbaik untuk mengelakkan daripada kegagalan. Namun, ia tidak dapat dipisahkan dari dunia bisnes.

Jangan Malu Untuk Rugi!

Jadi, janganlah kita malu dan gusar untuk mengalami kerugian kerana sudah tentu kita akan mendapat pengajaran yang setimpal. Kita semua yakin bahawa Pencipta kita itu maha adil maka setiap kerugian yang di perolehi pasti akan disusuli dengan pengajaran yang setimpal.

The man who has done his level best, and who is conscious that he has done his best, is a success, even though the world may write him down as a failure.

Pada masa yang sama, kita jangalah terlalu mendabik dada apabila melihat kegagalan dan kelemahan orang lain. Sedarlah bahawa mereka sebenarnya jauh lebih hebat dari kita walaupun mereka mengalami kerugian kerana mereka belajar sesuatu yang kita mungkin tak tahu.

Oh jangan salah faham, saya bukan hendak  menghasut agar semua usahawan mesti gagal tetapi cuba mengubah persepsi anda terhadap mereka yang gagal. Mengikut kajian, secara purata setiap jutawan akan gagal di dalam tiga syarikat pertamanya. Heh!



  1. Alif (08 Sep 2011)

    Baru sahaja hendak melelapkan mata,terlihat link post saudara adly, selepas interview td sy ada terfikir beberapa perkara trmasuk perkara di atas,sudah tiba masanya utk saya bertukar angin drpd semi-dropship kpd sesuatu yg lebih besar! sebelum ini saya terlalu play-safe kerana takut rugi.Terima kasih kerana terlalu byk ilmu disumbangkan secara langsung & tidak langsung :)

    demo mmg terbaik!

    • Labanon (08 Sep 2011)

      Semoga berjaya saudara Alif! Anda juga sentiasa terbaik dari ladang he he he!

  2. Azian (08 Sep 2011)

    Bagus dan tepat sekali post saudara. Sesungguhnya orang yang berniaga dan gagal adalah lebih baik dari orang yang takut untuk mencuba. Tidak sepatutnya menyalahkan seratus peratus kegagalan dalam perniagaan kepada orang yang berani mencuba. Kejayaan bukanlah diukur atas wang yang banyak hasil dari perniagaan tetapi atas bagaimana seseorang yang jatuh dalam perniagaan bangun semula dan menempa kejayaan.

    • Labanon (08 Sep 2011)

      Terima kasih. Benar, di dalam setiap usaha yang ikhlas kepada Pencipta, walaupun kita tidak berjaya akan dikira sebagai pahala di sisi-NYA. Bermakna kita tetap berjaya. ;)

  3. Syukri Tahir (08 Sep 2011)

    Benar kata Tuan Adly.. pengalaman stiap usahawan adalah brbeza.. ada yg besar ada yg kecil.. tapi seorang usahawan kene percaya stiap kgagalan ada hikamahnya.. rezeki Allah dah tentukan.. Bisnes bukan prkara mudah.. mula hari ini esok brjaya,bulan depan brjaya.. jana income ribu2.. tidak smudah itu.. tiada usaha dan rancangan maka tiada hasilnya. Jika ada,mungkin itu rezeki kita.. :)

    • Labanon (08 Sep 2011)

      Setiap yang berlaki ada hikmahnya. Terima kasih juga di atas perkongsian.

  4. Harfiz@Bizstudent (08 Sep 2011)

    Setuju dengan pendapat bro, dalam bisnes sentiasa ada untung dan rugi,maka jadikanlah ia sebahagian dari pengalaman kita :)

    • Labanon (08 Sep 2011)

      Di dalam bisnes hanya ada dua situasi, untung ataupun rugi. :D

  5. Zulhilmi Zainudin (08 Sep 2011)

    Benar apa yang tuan Adly kongsikan di atas. Kegagalan adalah pengajaran yang terbaik untuk mengecapi kejayaan di kemudian hari. Usah takut untuk gagal kerana ianya fitrah dalam dunia perniagaam :)

    • Labanon (08 Sep 2011)

      Sedikit perasaan takut kepada kegagalan itu normal. Tetapi jika malu dengan kegagalan di dalam bisnes, itu tanda orang yang berada dalam keadaan krisis.

  6. ahmadyani (08 Sep 2011)

    Bagaimana seseorang itu melihat kegagalannya [sudut pandangnya] akan menentukan cara dia menangani kegagalannya.

    Terlalu ‘lama’ menanti kemunculan blog ini semula.

    • Labanon (08 Sep 2011)

      Ya benar tuan. Terima kasih di atas penantian tuan. Terharu rasanya. :D

  7. ejoncb (08 Sep 2011)

    terima kasih untuk perkongsian. =).

    • Labanon (08 Sep 2011)

      Sama-sama. :)

  8. Faiz Suhaimi (08 Sep 2011)

    Orang yang bangun dan berjaya dari kegagalan selalu lebih kuat dlm perjuangannya.Saya setuju dgn Tuan Adly :-)

    • Labanon (08 Sep 2011)

      Kuat kerana pengalaman pahit manis yang telah dikutip. :)

  9. cegu fairuz (08 Sep 2011)

    Saya membesar dgn melihat jatuh bangun ayah tersayang dlm dunia perniagaan yg juga pernah bergelar jutawan MLM… maka tatkala saya menceburi dunia perniagaan ini, saya menjadi seorang yg tidak pernah berputus asa dan apa yg saya buat saya akan pastikan ia menjadi realiti..dan tidak akan berpatah balik… jatuh bangun perniagaan adlh pengalaman berharga bg seorang usahawan dan menjadi pembakar semangat utk lebih maju ke hadapan…Syabas kpd anda, Tn Adly…

    • Labanon (08 Sep 2011)

      Anda seorang yang hebat! Saya mengagumi semangat Cegu Fairuz. :)

  10. Haru (09 Sep 2011)

    saya bermula minat dunia perniagaan online selepas rakan2 1 kos menyebut tentang tuan yang meninggalkan u kerana utk mebuat perniagaan online..

    dari situ saya mula memfollow tuan dan syarikat tuan dan mengexplore sndri apa itu sebenar perniagaan internet. saya pernah kerugian hampir 6k sewaktu ditahun 1 sem 1..oh pengalaman yg memeritkan..kata org pengalaman adalah cikgu paling kejam..byk yg telah sy belajar dari pengalaman itu..

    dan teruskan menulis blog tuan..lame sudah tidak membace artikel2 drpd tuan..last sy bace yg itik-ayam tu..smpai skrg sy teringat cerita tu :D mmg terbaek!

    • Labanon (09 Sep 2011)

      Terima kasih Tuan Haru. Semoga terus cekal dalam mengejar cita-cita. Insyallah tuan mampu mengubah dunia. Percayalah. Insyallah saya cuba yang terbaik untuk berkongsi cerita di sini. ;)

  11. Gero (09 Sep 2011)

    Artikel yang mengandungi message pengalaman yang jelas. Kerugian atau kesilapan adalah pengalaman yang mengajar dan sentiasa membuatkan kita menilai semula apa yang kita lakukan. Biasanya disebalik kerugian ada untung jauh lebih besar yang menanti. :) terima kasih berkongsi pengalaman!

    • Labanon (09 Sep 2011)

      Terima kasih kepada Mr. President sudi membaca entri tidak seberapa ini. Yeah, sekarang saya tidak menyesal lagi dengan kegagalan lepas kerana pasti akan mendapat hikmah yang setimpal.

  12. Firdaus Latib (09 Sep 2011)

    Alhamdulillah atas perkongsian hebat ini. Semoga ia terus kekal menjadi motivasi buat diri ini dalam menempuh perjuangan menjadi usahawan sepenuh masa dan khalifah di muka bumi.

    • Labanon (09 Sep 2011)

      Alhamdulillah andaikata perkongsian tidak seberapa ini memberi manafaat buat tuan. :)

  13. code7 (13 Sep 2011)

    entry post yang agak mengejutkan namun ia memberi seribu macam erti yang amat besar sekali… sy pernah rugi RM20k tahun 2009.. itupun agak susah apatah lagi 2.4juta… beratus kali ganda tu.. huhu… apapun moga segala urusan bapa saudara labanon akan dipermudahkan.. allahuma robbi yassir wa la tu’assir…

    • Labanon (14 Sep 2011)

      Tak mengapa, paling tidak tuan juga boleh belajar sesuatu daripada kerugian tersebut. Terima kasih di atas doa tersebut. :)

  14. Ambiz (19 Dec 2011)

    Setuju sgt.. Untuk bermula sesuatu.. Mesty disertai pengorbanan dlu.. Letakkan dulu target yang boleh dicapai utk short term.. Baru proceed ke long term.. Kalu diizinkan untuk berkerjasama dengan labanon untuk masa hadapan, kami sgt berbesar hati.. Ore kelate buleh maju jugop.. ^.^V


Tinggalkan Komen Anda