Peniaga, Dengki & Makhluk Halus

by Labanon on August 1, 2010

Salam & hai semua,

Walaupun dalam keadaan yang agak sibuk sekarang dengan pelbagai kerja, tiba-tiba teringat balik perbualan saya dengan arwah ayah mengenai perkara mistik berkaitan perniagaan. Bukan Nizam Mystic yer!

Entah mengapa, masyarakat Melayu kita terlalu popular dengan isu hasad dengki. Orang kita tidak boleh nak melihat orang lain berjaya walaupun sama-sama Melayu. Apabila orang lain mula berjaya sikit, mulalah timbul hasad dengki di dalam diri mereka. Bukan semua, tetapi ada segelintir.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A’sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Bacaan lanjut di sini.

Ini bukan perkara baru, malah Rasulullah s.a.w sendiri pun pernah di sihir oleh orang Yahudi, ini kan kita manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

Bermula Dengan Perasaan Hasad Dengki

Apabila hasad dengki mula timbul di dalam hati gelap mereka, maka alternatif yang terbaik adalah dengan jumpa dengan tok bomoh untuk menghancurkan kejayaan milik orang lain. Kenapa cara ini adalah yang terbaik? Orang yang terkena secara halus ini tidak mungkin tahu siapa yang melakukannya.

Di depan kita mungkin dia senyum baik, di belakang hatinya busuk.

Arwah ayah pernah berpesan kepada saya, “Sebagai seorang usahawan, pendinding diri kuat. Mungkin ada musuh-musuh yang kita tidak nampak. Paling tidak, amalkan ayat kursi dan surah 3 kul (Surah An-Nas, Surah Al-Falaq dan Surah Al-Ikhlas) setiap kali lepas solat.

Arwah ayah saya pernah buka satu restoran masakan panas di area Kuantan dan alhamdulillah 6 bulan pertama perniagaan berjalan dengan lancar. Pada waktu tu, tak banyak lagi kedai makan dan restoran ayah saya menjadi buah mulut masyarakat setempat dengan kelazatan makanannya.

Perubahan Mendadak Terhadap Perniagaan

Namun, masuk bulan yang ke-7, semuanya berpusing 360 darjah! Nasi yang ditanak tak sampai 2 jam dah basi. Dah cuba pelbagai cara seperti tukar jenis beras, tukar periuk, letak lada lah dan sebagainya. Namun, nasi tersebut tetap akan basi dalam tempoh 2 jam.

Kalau ada keluarga yang datang bawa anak kecil makan kat kedai, nak kecil pasti akan menangis tak henti-henti sehingga menganggu keselesaan pelanggan lain. Bila bawa keluar kedai jer, anak kecil tu dah boleh ‘cool down’ dia punya tangisan. Pelik bin ajaib betul.

Ada juga pelanggan yang telefon tanya kepada ayah saya kenapa tak buka kedai. Walhal, kedai memang hari-hari buka tetapi para pelanggan nampak macam kedai tu gelap.

Pengurusan restoran pun jadi makin lemah dengan para pekerja mula bergaduh sesama sendiri walaupun untuk hal yang kecil. Arwah ayah meminta bantuan rakannya yang sama-sama belajar di Mesir dulu untuk ‘scan’ restoran tersebut dan memang ada hamba Allah menghantar makhluk halus yang menunggu di restoran tersebut.

Pendapatan dari kedai tersebut turun mendadak dan arwah ayah terpaksa menutup kedai tersebut kerana kakitangan pun sudah ada yang cabut.

Penggunaan Barang Kotor

Itu cerita benar dan saya masih kecil ketika itu. Ketika ayah kembali ke Kelantan, sekali lagi ayah saya membuka restoran di Kota Bharu tetapi akhirnya menghadapi masalah yang lebih kurang sama.

Pernah seorang ustaz datang ke restoran dan melakukan proses ‘scan’ sekeliling kedai, dapat jumpa 7 benda dalam plastik yang tertanam di bawah tanah. Ada darah haid dalam botol kecil, jarum dengan benang kuning dan macam-macam lagi yang buat saya demam melihatnya!

Ketika itu saya berada di tingakatan dua. Kadang-kadang jam 4-5 pagi ketika saya bangun untuk belajar, terdengar di dapur seperti ada orang sedang memasak. Saya pergi jenguk tengok kat dapur kedai, mana ada. Kedai dah tutup dan semua pekerja dah naik tidur di bahagian atas. Jadi, siapa yang main-main kuali tu?!

Bukan sekali, tetapi berkali-kali benda macam ni berlaku.

Tiada Apa Yang Berkuasa Selain Allah

Terpulang kepada individu untuk percaya atau tidak dengan perkara sebegini. Namun, bagi saya sendiri yang pernah mengalami perkara ini pasti percaya bahawa ‘benda’ ini wujud dan di dalam Al-Quran sendiri ada menyebut mengenai perkara ini.

Kita juga perlu ingat bahawa tiada yang berkuasa selain Allah dan makhluk tersebut tidak dapat memberikan sedikitpun mudarat kepada kita tanpa izinNYA. Bertepatan dengan Firman Allah di dalam Surah Yunus ayat 10:

Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?

Walaupun begitu, kita sendiri disarankan untuk membaca potongan ayat-ayat tertentu dari Al-Quran sebagai pendinding diri terutamanya kita yang menjadi usahawan.

Pernah tengok rancangan Al-Kuliyah, seorang ustaz pernah memberitahu bahawa hatta sesama penjual goreng pisang pun menggunakan jin untuk melemahkan pesaing. Apatah kita yang buat bisnes nilai jutaan ringgit kan?

Walaupun dunia semakin moden, benda macam ni semakin banyak berlaku. Semoga Flarebiz Network dan pembaca blog ini dilindungi oleh Allah dari sihir orang-orang yang mempunyai hasad dengki terhadap kita. Amin.

Mungkin anda ada cerita yang tersendiri? Jangan biar hidup anda diselubungi misteri.



  1. ejam (01 Aug 2010)

    terkejut aku bila skrol ke bawah ada pocong…haha

    tapi memang btol, tuler perkara yg selalu peniaga melayu HARUS hadapi…
    kena kukuh dan kuatkan diri agar semua hasad dan dengki tu tak melekat…
    minta dijauhkan dari itu semua…amin…

  2. Asyraf Aziz (01 Aug 2010)

    Informasi yang menarik dan berguna Adly.

    Perkara sihir menyihir ini jika dilihat seperti sudah mendarah daging didalam bangsa Melayu (sangat menyedihkan). Perasaan hasad dengki dan khianat sepatutnya boleh diubah menjadi satu persaingan yang sihat dan akhirnya sama-sama beroleh manfaat.

    Bagi saya (yang juga seorang usahawan dan pernah melihat situasi ini dengan mata kepala sendiri) individu yang melakukan perkara yang dilaknat oleh Allah SWT ini mempunyai tahap intelektual yang rendah dan perlu diubati dengan hanya kaedah mendekatkan diri padaNya.

    Semoga kita dijauhi dari perkara-perkara sebegini dan dilindungi olehNya. Insyaallah..

  3. Anarm (01 Aug 2010)

    memang dlm setiap bisnes atau ape saje yg dibuat mesti ade yg dengki kalau tengok org lain berjaya.. persaingan dah jadi tak sihat kalau main bomoh2 ni..

    *seram plak tgk gambar momok tu*

  4. Peja (01 Aug 2010)

    itulah masalah orang kite skrg…
    xhabis2 dengan dengki…
    ape yg berlaku pada kedai lebanon, same seperti yg berlaku pada kedai member sy…
    mmg cmtu r hakikat…
    sihir ni mmg wujud dan ape yg penting cara kita mendinding diri kite menggunakan kaedah2 yg diajar dalam Islam…

  5. Iwan Hartawan (01 Aug 2010)

    Kebanyakan yang dengki Melayu betul tak? mcmane kita nak majukan bangsa sendiri..maybe adly boleh cadangkan orang-orang melayu kita baca buku “Blue Ocean Strategy”..di mana kita tak perlu dengki dan bersaing secara kotor….

  6. shahraduan (01 Aug 2010)

    Carilah perubatan yg 100% menggunakan Al-Quran

    7 malam Khatam Al-Quran…….7 Malam Solat Tahajud..

  7. nije (02 Aug 2010)

    Citer diatas banyak dah saya dengar dan telah terjadi kepada saya. Dah bertahun-tahun saya mencari ubat dan alhamdullilah berjaya.

    Sebelum makan kat kedai atau kat mana-mana, bacalah… bismillah hilazi la ya dhuru maal mishi syai’un……. tu. cari kat internet ayat ni.

    jauh dari mandrem masa makan… jauh dari mudharat.

  8. Abg Di (02 Aug 2010)

    Adly

    Keikhlasan dan kejujuran dalam setiap urusan perniagaan kita pasti akan tewaskan kebencian dan deman kesumat manusia yang tidak kenal erti kesusahan orang lain.

    Puas sudah menyaksikan penderitaan akibat hasad dengki sesama kita. Hanya Allah tempat kita berlindungan dan berserah.

    p/s sori tak sempat nak tubik minum masa li balik kb minggu lepas

  9. Hanz (02 Aug 2010)

    Hmm.. benda ni memang sudah biasa kalau di Kelantan, tak tahu ditempat lain. Tapi memang kalau kena benda ni.. teruk juga kita dibuatnya.

    BTW, gambar pocong tu menakutkan bila baca waktu malam, ni pun waktu siang baca.. hehe.

  10. mhnizam (02 Aug 2010)

    Orang melayu harus ingat penggunaan sihir jatuh kepada syirik kerana meminta selain dari Allah…harapnya kita sama2 berjaga2

  11. Shahrul (02 Aug 2010)

    X pernah alami lg kes mcm tu, tp mcm mana la nak ubah persepsi buruk tu. Nak berjaya dengan menjatuhkan orang lain plak.

  12. alif (02 Aug 2010)

    Tengok cerita SANTAU..Memang kena habis..Cerita tntg usahawan Kontraktor yg dpt projek JUTA.tapi yg nak menjatuhkan dia sahabat karib sendiri..

    “Individu yg buat santau takutkan persaingan.Salah 1 sebab punca melayu mundur dalam business.Tiada persaingan.Apabila tiada persaingan, kita sentiasa ditakuk yg lama..”

    Cuba tengok saloon rambut tingkat atas KBMALL..Semuanya bersebelahan.Tapi,saya tengok masing-masing guna daya penarik sendiri utk tarik customer..Itu dinamakan persaingan..Bukan nak menjatuhkan orang lain..

  13. mirlme (02 Aug 2010)

    Adly mengejutkan diri ini..
    Gambo tu sangat terkejut den dibuatnya..
    Part yang tak tahan tu ustaz “Scan”
    canggih ustaz… :D

  14. Anwar Yassin (02 Aug 2010)

    Saya perasan perubahan gambar ni kat YM. Ingat gambar apa, rupanya makhluk halus… Sihir ni teradi banyak pada waktu subuh. Saya sarankan jadikan bacaan Al-Qur’an sebagai pendinding diri. 4 Qul jangan dilupa. Cuba lihat pada terjemahannya dan anda akan dapati mengapa 4 Qul selalu digunakan sebagai pendinding diri. Tapi ayat2 al0=-qur’an yang lain jgn dilupakan juga. :)

  15. Misz G (03 Aug 2010)

    Alhamdulilah saya juga baru sebulan pulih daripada semua ini. Ya Allah hancur semua yang saya bina. Kesannya saya hilang segalanya dan sekarang saya terkial.kial untuk mulakan yang baru atau berubah arah atau pindah.Tidak sangka kawan sendiri yang buat begini. Saya amat tertekan sebab itu saya membuat keputuisan utk belajar membuat perniagaan online dan malas lagi bertemu org ramai. Apa salah kita sehingga kita dibuat sedemikian rupa. namun mereka lupa Allah itu ada.

  16. pakar blogger (03 Aug 2010)

    Hi Geng,

    Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia perasaan hasad dengki mmg sudah wujud sejak zaman Nabi Adam a.s. Ini merupakan janji2 syaitan dan iblis kpd Allah utk menyesatkan manusia sehingaa akhir zaman. Kita harus percaya perkara mistik kerana mereka itu semua adalah ciptaan Allah s.w.t. Yang paling penting nawaitu kita hidup di muka bumi sebagai khalifah.

    Tq

  17. Kaca Mata (03 Aug 2010)

    melayu memang tak boleh diasingkan daripada perasaan hasad dengki. Pasti bomoh yang jugak yang akan dicari. Saya berharap team FlareBiz moga maju jaya dalam bisnes. :)

  18. pfk kelantan (04 Aug 2010)

    tu laa,berckp psl sihir nih,mmg perniagaan mcm resotran je yg kerap kuar cite kena sihir…kna sihir pulak oleh bangsa sendiri…apo laa nk jadi dgn dunia nih…

    asal restoran nk maju skit,mulaa lah dengki…

    orang yg ambk hak orang nih mgkin xtahu kot yg di padang masyar nanti,dia kena serahka pahala yg dia bt pd orang yg dia aniaya tu.brani bt,brani lh tanggung…

  19. Affuan (11 Aug 2010)

    Benda ni biasa. Untuk pengetahuan semua, aku jumpa ustaz/ bomoh/ orang alim setiap minggu untuk “check line”. Setiap kali scan, memang akan ada masalah. Orang hantar, kita buang. Bila kita buang, benda yang dihantar balik tu akan makan tuan sendiri. Padan muka.

  20. touya (11 Aug 2010)

    Yup ! dalam perniagaan aku pun sama . Customer selalu cakap kedai aku tutup . Walaupun waktu itu kedai itu dibuka .

  21. Labanon (11 Aug 2010)

    Terima kasih di atas komen & pandangan. Terkedu saya melihat, ramai juga komentator yang terkena buatan orang. Semoga Allah melindungi kita semua. :)

  22. Tokey (13 Aug 2010)

    Wah, tak sangka adly tulis topik ni.. Terkejut tgk gambar pocong tadi.. adoi.. lemah jantung den!

    Betul, itu lah masyarakat melayu, kalau tak dapat sesuatu jer, pasti guna benda-benda camtu.. nape lah mesti macamni yer? Ibu saya berpesan supaya punyai pendinding diri..

    Bacalah ayat 4 Qul selepas solat.

    1- Surah al kafirun (dihembus ke depan kanan)
    2- Surah al- Ikhlas (dihembus ke depan kiri)
    3- Surah al- Falaq (dihembus ke belakang kanan)
    4- Surah An- nas (dihembus ke belakang kiri)

    Ini lah pendinding diri kita..

  23. titan (16 Aug 2010)

    emm..bab dengki ni, memang susah nak elak bagi orang melayu. Sikit-sikit jeles. sikit nak dengki. Bukan dalam bidang perniagaan aje..bab-bab laki orang, bab-bab itu ini pun nak juga dengki..

  24. Kebanyakan manusia jika ada PHD akan mengamalkan ilmu sebegini yang terlalu kreatif kearah kehancuran pd diri sendiri.

  25. mrboolart (19 Oct 2010)

    memang pernah jadi pada family gua…sebabnya dengki…yerlah family gua biznes makan…masak macam makan kat rumah…sedap-sedap belaka…jadi customer pun ramai lah..bila dah ramai customer mulalah kena bom…bukan sekali dua…berkali kali..pada tuhan berserah…

  26. ade (29 Dec 2010)

    nak minta tolong pada sapa yg tau pasai sihir ni..aku ada bka bisnez dah setahun, pekerja pun dah btukar byk kali..mula2 ada pekerja yg bgtau ada benda mcm ganggu dok main2 dalam kedai..dgr bunyi guli, bola getah melantun tiba2 dan kemuncak sama2 pekerja rasa nak bergaduh dan marah sesama sendir..ada juga customer yg tak tahu kdai dah lama buka diaorang ckp x persan ada kedai…bila pekerja baru masuk pun diaorang rasa bnda yg sama..x boleh ngam antara satu sama lain..rasa nak marah..bunyi org main guli tu dah sampai lali dgr…untuk makluman kedai atas memang kosong dah bertahun..baru2 ni pekerja bgtahu diaorang jumpa bekas colok dan ada kain kuning dalamnya..

  27. ade (29 Dec 2010)

    Ada juga jumpa 2,3 org yg pandai tgk…tp ada yg cakap xda apa dan ada yg cakap memang ada org cuba nak test kacau..siap bgtau gambaran secara kasar org yg buat tu dan boleh agak sapa dia…tp aku takut nak pecaya sbb takut jd fitnah..dan takut ini semua kerja syaitan nak bg kita bergaduh antara satu sama lain..lgpun org tu bisnes x sama lgsung ngan aku dan aku pun bukannya kenal sgt dia cuma penah jumpa skali skala…ada x sapa2 boleh bg nasihat…

  28. Zulhilmi Zainudin (09 Dec 2011)

    Gambar last memang buat saya scroll dengan laju!

  29. azlinda (11 Dec 2011)

    tip yang berguna. Terima kasih :)

  30. Mohd Alex (22 Dec 2011)

    Alhamdulillah! saya baru sembuh dari shir buatan kawan baik serta bos lama sdr. Satu hari terjumpa dia jual nasi lemak tepi jalan. Ingatkan nak tlong dia mulakan hidup baru dan offer dia sebagai bisnes partner, x sangka ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.
    Saya pula terkena sihir dari dia n merana hidup selama 2 tahun. Buatlah apa project pn, akhirnya semua lingkup n hutang keliling pinggang. Makan gaji dgn org pn tak akn lama. Mesti ada hal berlaku menyebabkan terpaksa berhenti.
    Lama kelamaan, mcm2 penyakit misteri n gangguan sampai sehingga fizikal n mental amat terjejas.
    Mujurlah ada yg tampil menolong pada saat2 genting ni. Dia scan n dpt tahu bahawa ada jin hantaran org mengacau dlm hidup saya selama ni. Org tu dah tangkap jin tu n penyakit saya semakin pulih ……
    Masalah kedua saya skg, kedai makan saya pn terkena buatan org baru2 ni …
    Hahaha …kita terima je la … semuanya ada hikmah disebaliknya.


Trackbacks/Pingbacks

Tinggalkan Komen Anda