Perniagaan Itu Seperti Bola Sepak

by Labanon on May 28, 2010

Salam & hai semua,

Saya merupakan seorang peminat tegar bola sepak walaupun agak lama kaki ini tidak mencium bola. Ketika zaman sekolah dulu boleh dikatakan tiap-tiap petang saya akan bermain bola di padang sekolah.

Ketika berada di tingkatan satu, sesi pengajian sekolah saya adalah sebelah petang. Jadi, setiap petang apabila balik sekolah, saya akan terus ke padang dan bermain bola sepak dengan penuh bergaya seolah-olah David Beckham.

Oh ya, saya bermain bola sepak dengan pakaian seragam sekolah! Kool kan?

Baiklah, lupakan seketika kisah silam abang Banon. Bermain bola sepak sangat mementingkan semangat berpasukan dan tiada istilah “one man show” untuk menjadikan sesuatu pasukan tersebut sebagai juara. Ya, walaupun juara di peringkat sekolah!

Business is a combination of war and sport – Andre Maurois

Saya dan Zhafran sentiasa analogikan perniagaan ni macam sebuah pasukan bola sepak. Untuk berjaya, semua pihak di dalam syarikat akan memainkan peranan masing-masing.

Posisi Pemain Adalah Sangat Penting

Posisi adalah sesuatu yang penting di dalam bola sepak. Posisi yang selalu kita dengar secara umum adalah penjaga gol, pertahanan, midfielder dan juga penyerang. Setiap posisi perlu di isi dengan individu yang tepat bagi mengelakkan kekalahan dan kecederaan yang teruk.

Ya, seorang pemain pertahanan akan mudah mengalami kecederaan apabila diletakkan di posisi penyerang.

Di Flarebiz Network, saya dan Rizal Razak akan mengambil tempat sebagai penyerang (orang marketing) kerana saya lebih sesuai di posisi tersebut. Jika kami diletakkan di posisi penjaga gol, pertahanan (customer service) atau midfielder (operation), sudah tentu kami tidak boleh melakukan kerja dengan baik.

Tugas kami sebagai penyerang adalah perlu menjaringkan gol (membuat jualan). Jadi lebih banyak kami jaringkan gol, maka pasukan kami akan lebih cepat menjadi juara. Sudah menjadi lumrah di dalam permainan bola sepak ialah siapa yang banyak menjaringkan goal akan jadi lebih fofular.

It’s hard to win if you don’t score!

Sebagai seorang penyerang, sudah tentu saya akan sentiasa menjaringkan gol kerana peluang untuk saya menjaringkan gol adalah tinggi. Oleh itu anda kena faham kenapa di dalam Flarebiz Network nama saya lebih dikenali berbanding business partner saya Mohd Zhafran. Beliau bertindak sebagai midfielder di dalam Flarebiz Network oh!

Waida, Bob dan Hanny Ramzy pula menjadi pemain pertahanan. Mereka lebih underground bagi memastikan syarikat tidak dibolosi dengan gol-gol mudah daripada pihak lawan. Ini bermakna mereka perlu sentiasa fikir bagaimana nak menjadikan sistem Niagakit dan MiniNiaga lebih bagus daripada produk pesaing dari segala segi termasuk customer service.

Ketua Pasukan Mempengaruhi Sesuatu Pasukan

Wikipedia: The team captain of a football team, sometimes known as the skipper, is a team member chosen to be the on-pitch leader of the team: it is often one of the older or more experienced members of the squad, or a player that can heavily influence a game. The team captain is usually identified by the wearing of an armband.

Di dalam permainan bola sepak, seorang ketua pasukan juga sangat penting. Ketua pasukan biasanya akan memainkan peranan penting ketika di saat-saat getir. Jika anda sentiasa menonton permainan bola sepak, anda pasti pernah melihat ketua pasukkan akan masuk campur andai kata ada pemain yang bergaduh.

Seorang ketua pasukan akan menenangkan pemainnya supaya fokus bermain bola sepak untuk menang.

Di dalam perniagaan juga perlukan seorang ketua pasukan. Mohd Zhafran merupakan ketua pasukan di dalam syarikat Flarebiz Network kerana beliau disenangi oleh kami dan juga para pelanggan. Beliau sentiasa memberikan nasihat dan melontarkan idea bernas beliau sebelum kami di Flarebiz Network melakukan sesuatu. Terus terang, nasihat beliau banyak menyelamatkan Flarebiz Network daripada melakukan kesilapan.

Perlu Ada Individu Bertindak Sebagai Perancang

Biasanya di dalam sebuah pasukan bola sepak, akan ada seorang perancang yang benar-benar kreatif. Contoh di dalam pasukan Arsenal, Cesc Fabregas akan bertindak sebagai perancang di mana beliau akan menghidupkan gerakkan bagi pasukan Arsenal.

Jika bagi pasukan Barcelona, Xavi ataupun Iniesta akan menjadi perancang. Mereka akan banyak mengatur bola untuk menghidupkan jentera serangan bagi pasukan Barcelona.

Begitu juga di dalam perniagaan, seorang perancang sangat perlu untuk membawa syarikat maju ke hadapan. Di dalam Flarebiz Network, saya dan Zhafran bertindak sebagai perancang. Syarikat kami terbentuk sepertimana hari ini oleh kerana perancangan saya dan Zhafran untuk 2-3 tahun lepas.

Pengurus Akan Menentukan Siapa Yang Bermain

Chairman dan pengurus juga memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk sebuah pasukan bola sepak yang mantap. Chairman memainkan peranan yang penting di dalam pasukan bola sepak. Contoh pengaruh chariman di dalam pembentukan pasukan bola sepak yang mantap adalah Chelsea dan Manchster City.

Tanpa Sir Alex Ferguson sebagai pengurus, saya percaya pasukan Manchester United tidak akan menjadi satu pasukan yang digeruni sepertimana sekarang.

Di dalam perniagaan, chariman dan pengurus juga memainkan peranan yang tersendiri. Saya analogikan chariman ini sebagai  pemilik syarikat dan pelabur. Pengurus pula adalah seorang yang menguruskan bahagian kewangan. Rahsia besar untuk kita terus berjaya di dalam perniagaan adalah melalui pengurusan kewangan yang mantap.

Di Flarebiz Network, kita rahsiakan siapa yang menjadi chairman dan pengurus. Jadi, kami perlu tunggu “green light” daripada mereka terlebih dahulu untuk menambah bilangan team di dalam syarikat kami. (Signed new player oh!)

Ini Dia Line-Up Bagi Syarikat Kami

Fuh, panjang betul saya mengarut untuk entri ini. Ini hanyalah pendapat peribadi saya bahawa perniagaan itu seperti bola sepak. Di kesempatan ini saya nak umumkan senarai pemain pasukan Flarebiz Network yang akan bermain di World Cup 2010 South Africa.

Goalkeeper: Rusdy Ahmad (Bob) (Ha ha ha!)

Defender: Waida, Hanny Ramzy.

Midfielder: Mohd Zhafran, Nizam Ahamad.

Striker: Abang Banon, Rizal Razak.

Apa macam, agak-agak line-up ni boleh masuk final tak? Ha ha ha! Semua nama yang berada di dalam entri ini merupakan kakitangan di Flarebiz Network Sdn. Bhd.



  1. Aqif (28 May 2010)

    Boss, ini salah satu entri yang terbaik mengenai kekuatan berpasukan! Terima kasih. Tak sangka masa membaca entri ini sesuai dengan situasi yang sedang saya hadapi sekarang ini. (Faham-faham jelah kan) :)

    Eh, season depan dah rancang nak sign up player baru ke? Dengar cerita banyak team yang kuat-kuat akan muncul. Jadi perancangan perlu lebih mantap. Go Flarebiz FC! Haha. :D

  2. Syafiq Zainal (28 May 2010)

    go go Man Utd!

  3. aktechpage.com (28 May 2010)

    I like this post entry
    Timing baik punya dgn musim World Cup skrg…hahahah

  4. Zairi Zaidi (28 May 2010)

    dirahsiakan pulak dah sape pengurusnya

  5. afham (28 May 2010)

    post yg sangat menarik.. i like it..

  6. didik (28 May 2010)

    hahaha…

    suka baca entry ni…

    boleh masuk World Cup IM… :D

  7. din3187.com (28 May 2010)

    info menarik bro…tahniah.. (^_^)

  8. syinrayafa (28 May 2010)

    hohohoho….perumpamaan yg mudah sesuai dgn musim fifa world cup 10.

    tukang kutip bola (milo) tak termasuk ek?

    betul tu…kalau semua kedudukan/peranan seseorang kita cerita semua dekat orang, agaknya mungkin lawan kita mudah mengagak strategi perlawanan kita… lagi parah jika lawan kita berniat jahat dan mahu mengalahkan kita.

  9. mijie (28 May 2010)

    alamak akan ada pengurus baru ke?

  10. nik chak (28 May 2010)

    wah kaki bola rupenye…x mcam saya kaki bangku jer…kuih2xx

  11. Labanon (29 May 2010)

    Aqif: Insyallah akan sign new player next month di bahagian customer service.

    Syafiq Zainal: Err.. ha ha ha!

    aktechpage.com: Terima kasih ore kelate kita. ;p

    Zairi Zaidi: Yeah rahsia kerajaan.

    afham: Terima kasih.

    didik: Thanks!

    din3187.com: Thanks!

    syinrayafa: He he he! Tu dah detail, nanti saya akan buat version dua pulak.

    mijie: Pengurus tetap sama. ;)

    nik chak: He he he! Memang kaki bola.. sekarang dah kaki bangku. ;p

  12. titan (29 May 2010)

    hoho..ramai pemain import nih..

  13. Cheston (30 May 2010)

    betul tu…kalau semua kedudukan/peranan seseorang kita cerita semua dekat orang, agaknya mungkin lawan kita mudah mengagak strategi perlawanan kita… lagi parah jika lawan kita berniat jahat dan mahu mengalahkan kita.
    +1

  14. Labanon (30 May 2010)

    Titan: He he he! Yeah, macam tu la kot. ;p

    Cheston: 2+ :-)

  15. asharudin (31 May 2010)

    Wah, kesinambungan yang mantap untuk entri kali nie.. Sesuai dgn season mood..
    Yelah abang Banon, semoga menjadi juara utk menjulang trofi kemenangan. Kena banyak2 lah sumbat gol tu aka $$$ales. BTW, besh post ever.. hehe

  16. Abang Di (31 May 2010)

    Salam

    Lama tak tinggal jejak kat blog adly dan lama jugak kita tak sembang :-)

    Selain dari membina kekuatan pasukan sendiri kita juga kena peka dengan strategi pasukan lawan. Apa yang berlaku pada pasukan lawan kadang-kadang juga memberi kesan kepada kitam. :-)

    Abang Di

  17. Labanon (31 May 2010)

    asharudin: Terima kasih! Jangan lupa bookmark ;)

    Abang Di: W’mslm Abg Di, fuh lama tok dengar cerita. Ada masa mari la jalan sini.

    Yeah terima kasih di atas peringatan. Yosh!

  18. Fazreen (01 Jun 2010)

    sempoi punya entri…keep it up bro…semoga terus berjaya

  19. Dila (05 Jun 2010)

    salam.. tak sangka abg banon peminat tegar bola sepak ye.. dan entri ni menarik betul sebab team work dalam bola sepak pun boleh jadi contoh team work dalam internet business. dan sekarang ni banyak team kelab handalan ada utility players mereka. macam Pique untuk Barcelona, Carragher untuk Liverpool, dan Rodwell untuk Everton sebab kalau ada yang tak perform, boleh direhatkan sebentar dan digantikan dengan utility players tu. sekadar berkongso minat yang sama (gila bola!). maaf kalau terlebih merapu :)

  20. Amirol Asraf (05 Jul 2010)

    wow..bagus betul artikel ni.. :)

    x dinafikan teamwork adalah adalah kejayaan sesuati pasukan mahupun syarikat.

    syabas team flarebiz!

  21. sinar (11 Oct 2010)

    jurulatih plak?…

    terbaik flarebiz

  22. hahaha… bolasepak 7 sebelah. :D


Trackbacks/Pingbacks

Tinggalkan Komen Anda