Salam & hai semua,

Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini, semoga bulan ini kita dapat menggandakan amal ibadat kita kepada Ilahi.
Beberapa hari lepas saya membaca kembali satu puisi Inggeris yang telah saya belajar ketika di bangku sekolah iaitu The Road Not Taken oleh Robert Frost.
Ketika belajar dulu, saya rasa puisi ini satu puisi yang menarik tetapi saya hanya belajar tanpa memahaminya secara mendalam.
Namun setelah saya baca kembali puisi tersebut beberapa hari lepas, saya benar-benar terpikat dengan puisi tersebut. Satu puisi yang menceritakan secara jelas mengenai pilihan dan kehidupan.
Two roads diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both. I took the one less traveled by, And that has made all the difference.
Siapa kita hari ini adalah berdasarkan pilihan kita sebelum ini. Mungkin pilihan kita 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun yang lepas.
Sepanjang saya hidup 20 tahun di dunia yang penuh tipu daya ini, saya dapat rungkaikan bahawa kita sebagai manusia perlu sentiasa membuat keputusan. Setiap keputusan akan memberikan kesan yang tersendiri.
Ini bermakna, untuk berjaya di dalam hidup, kita perlu pandai membuat keputusan dan pilihan. Saya juga belajar supaya jangan buat keputusan berdasarkan buah fikiran orang lain yang kesannya akan kita yang tanggung. Ya, kita sendiri yang perlu tanggung.
Saya telah tengok ramai manusia yang terpaksa menanggung bebanan yang berat akibat mengikut buah fikiran orang lain. Dunia sekarang seolah-olah kalau anak yang lahir adalah lelaki maka jadi engineer, kalau anak yang keluar adalah perempuan maka hendaklah jadi doktor. Sampai begitu sekali.
Choose a job you love, and you will never have to work a day in your life.
Tiga tahun lepas, ketika ramai remaja sebaya saya menyelusuri jalan itu, saya telah memilih jalan yang satu lagi. Jalan yang tidak ramai melaluinya. Walaupun ketika awal perjalanan bagi jalan tersebut saya telah dikritik hebat oleh orang sekeliling, dari situ saya mula belajar mengenai kehidupan.
Setelah difikir balik, dari peristiwa tersebut lah proses pembelajaran mengenai kehidupan bermula. Akibat memilih jalan tersebut juga saya lebih menghargai erti kehidupan.
Saya bukanlah sistem yang hidup mengikut arus tetapi saya dicipta untuk menguruskan sistem. Saya hidup bukanlah untuk mencari peluang tetapi saya hidup untuk mencipta peluang.
Benarlah kehidupan kita ini adalah satu pembelajaran untuk kita mengenali Pencipta kita.
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata. – Saba’:24
“Kamu tidak risau nanti nak bagi makan ape dekat anak bini kalau bisnes kau tak berjaya?” tanya seorang teman yang kurang selesa dengan tindakan saya.
Saya sedikitpun tidak gusar kerana arwah ayah pernah berpesan jangan gusar mengenai rezeki kerana Allah telah tetapkan rezeki untuk setiap makhluknya.
Malah pesan ayah lagi, orang yang beriman tidak meletakkan soal rezeki di dalam hatinya. Lagipun hukum mempercayai rezeki terletak pada segulung ijazah adalah syirik.
Satu puisi yang baik untuk kita sama-sama renungkan di dalam kehidupan kita. Ingatlah segala keputusan yang kita buat pada hari ini akan mempengaruhi kehidupan kita pada hari esok.
Syurga atau neraka. The Road Not Taken.
Subscribe dan dapatkan audio soal jawab eksklusif mengenai perniagaan internet yang bernilai RM37 secara percuma.
Trackbacks/Pingbacks
betul tu.. rezeki adalah ketentuan Allah ta’ala.. bukan makhluk yang menentukannya.. sy juga terpikat dgn puisi The Road Not Taken krn ia memberi pengajaran yang begitu mendalam.. Begitu juga cerita The Necklace atau La Parure dalam bahasa France yang juga memberi peringatan ttg ‘the pride before fall’ .. ia satu iktibar utk semua yg harus dipelajari..
Terima kasih adly.Betul ya.bila renung2 kembali puisi tu.hurm…
Selamat berpuasa
“Mempercayai rezeki terletak pada segulung ijazah adalah syirik.
*mysticmind like this.
bro, tak de niat nk sambung study lagi ke? hahahaha, gua pun pening, family mcm suruh sambung je, tapi wa rasa mcm berat je…tapi cita2 tu ada la jugak. hehee,
eh dah tiga tahun ke? kejap nya masa berlalu.
hah tu dia. ramai yang ingat penentu masa depan adalah segulung ijazah. tapi mereka silap. harap2 minda aak muda semakin terbuka untuk menerima kenyataan ini.
p/s: guano tibo2 belek puisi ni?
Betul tu…rezki ini adalah milik Allah…kita hanya diberi pinjam je…cuba pejam mata kita…sebenarnya kita “kosong” tiada memiliki apa-apa yang perlu kita banggakan…kehidupan kita sementara…Harap kawan2 juga boleh ingatkan aku bila aku terhanyut nanti dgn godaan dunia ini…:). Sy akan cuba ubah persepsi pendidikan anak2 saya…dan saya tidak akan marah kalau dia dapat tempat tidak terbaik…kerana saya akan ajarkan sesuatu tentang erti kehidupan..
saya suka entri ni. sangat bermakna. terima kasih.
Kita sebagai manusia perlu sentiasa membuat keputusan. Setiap keputusan akan memberikan kesan yang tersendiri. Kata-2 membuatkan saya mengingati akan kegagalan sebelum ini disebabkan tersalah membuat keputusan..
Puisi ni memang menarik kerana diksinya hebat dan memberi kesan yang mendalam.
Sebagai manusia setiap keputusan yang kita ambil tetap ada kebaikan dan keburukan, tetap ada kesannya kepada perkembangan hidup orang lain dan bagaimana kita menghadapi kesan2 itulah yang menjadikan kita semua ‘hidup’…
cantik sekali. saya tabik dengan adly dengan usia sebegitu muda sudah boleh mencorakkan jalan hidup yang tersendiri. tahniah dan saya doakan moga terus berjaya dan berjaya….
Salam
Suka entri ni..kita kena buat keputusan,kekadang tak sama macam orang lain..kena buat ‘sekarang’ bukannya ‘nanti’
dulu time belajar, tidak sedar pun tersirat disebalik puisi ini. Tapi bila dah semakin meningkat dewasa, kenangan-kenangan dulu lah yang banyak mendewasakan diri kita. ^_^