Salam & hai semua,

Nampaknya pada jam 4:14 AM saya masih lagi di office untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya diselesaikan. Sekali gus melanggar azam saya yang sebelum ini. Ini kerana sekarang agak sibuk dengan persiapan untuk pelancaran sistem MiniNiaga. Semua orang di Flarebiz Network sememangnya tidak cukup masa sekarang kerana hanya tinggal lebih kurang 6 hari lagi sebelum pelancaran sistem MiniNiaga.
Fuh, untuk projek MiniNiaga ini sekali lagi saya ditugaskan untuk menjadi projek manager. Nampaknya, saya mesti bertanggungjawab di atas segala apa yang berlaku sepanjang pelancaran sistem MiniNiaga.
Namun, saya agak bernasib baik kerana boleh menterjemahkan perjalanan projek ini mengikut acuan sendiri tanpa perlu risau mengenai status kerja. Maksudnya di sini saya tidak perlu risau walaupun projek ini gagal, saya tidak mungkin akan dipecat ha ha ha!
Itu bukan satu peluang untuk saya melakukan kerja dengan sambil lewa kerana jatuh bangun syarikat Flarebiz Network sedikit sebanyak terletak di tangan saya. Serius, saya cuba memberikan yang terbaik untuk projek MiniNiaga ini. Kenapa tak percaya? Tengok gambar di bawah:

Saya telah belajar untuk mengurus pelancaran produk secara online pada usia 17 tahun lagi ketika hendak melancarkan Ebook 101 Tip AdSense Terbongkar dan beberapa produk lain sehinggalah sekarang. Banyak yang saya belajar dalam proses tersebut.
Segala apa yang saya belajar berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya salurkan untuk pelancaran sistem MiniNiaga ini. Untuk pengetahuan anda, kami di Flarebiz Network biasanya akan memilih individu yang sesuai untuk menguruskan sesuatu projek. Contoh, projek ‘Contest Ulasan Niagakit‘ sebelum ini diketuai oleh saudara Hanny Ramzy.
A leader has the vision and conviction that a dream can be achieved. He inspires the power and energy to get it done. – Polo Ralph Lauren
Apabila saya ditugaskan untuk menguruskan apa jua projek, saya fikir tiga perkara ini perlu difikirkan.
1) Jadual perjalanan projek – Bagi saya jadual perjalanan projek ataupun time frame merupakan sesuatu yang wajib. Time frame ini kita dah tetapkan sekian-sekian haribulan apa yang perlu dilakukan sehinggalah proses pelancaran projek.
Kuasa time frame adalah supaya kita sentiasa alert dengan apa yang perlu kita buat dan pada masa yang sama sebagai seorang pengurus projek, kita boleh mengingati orang lain mengenai kerja mereka. Bukan itu sahaja, apabila kita mewujudkan time frame juga kita sudah boleh agak apa masalah yang berlaku dan biasanya kita akan menyediakan plan B untuk sesuatu tugasan.
2) Agihkan tugas kepada orang yang betul – Apabila bekerja di dalam kumpulan, seorang pengurus projek perlulah bijak untuk memanipulasikan kelebihan individu untuk menjayakan projek tersebut. Secara ringkas, agihkan sesuatu tugas kepada individu yang tepat.
Contoh yang paling mudah ialah bahagian grafik kita akan serahkan kepada grafik designer untuk lakukannya. Seorang pengurus projek perlu betul-betul mengenali setiap individu di dalam team mereka. Agihkan kerja kepada orang yang tepat maka hasilnya akan jadi ‘terbaik dari ladang’.
3) Target untuk projek tersebut – Ramai yang silap apabila melakukan sesuatu projek tidak mempunyai target. Ataupun lebih tepat tidak mempunyai target yang realistik. Ramai daripada kita yang hendak jadi nahkoda kapal tetapi tidak tahu di mana hendak berlabuh.
Atau lebih teruk, nak jadi nahkoda memilih kapal yang salah untuk belayar di lautan yang dalam. Tidak realistik. Kita perlu meletakkan target yang realistik untuk sesuatu projek supaya kita lebih bermotivasi dan bermatlamat untuk bekerja. Pada masa yang sama, sebagai seorang pengurus projek, kita boleh memotivasikan ‘team’ dengan target tersebut.
Bagi saya itu adalah tiga perkara yang perlu dipertimbangkan sebagai seorang pengurus projek. Walaupun saya tidak belajar secara formal di universiti bagaimana untuk menguruskan sesuatu projek, tetapi itulah yang saya belajar daripada pengalaman menguruskan projek yang gagal sebelum ini.
Saya akhiri entri ini dengan satu video pre launch MiniNiaga yang dibuat oleh saudara Nizam Ahamad (Mysticmind):
Semoga terhibur. Yosh!
P.S: Kredit untuk Alif Soccerpitstop untuk gambar yang saya buat-buat sibuk kat atas oh!
Subscribe dan dapatkan audio soal jawab eksklusif mengenai perniagaan internet yang bernilai RM37 secara percuma.
3 tips yg sangat penting sbg ketua kumpulan/projek…
Sepanjang saya bekerjasama dengan Adly, ketiga-tiga tips pengurusan projek ini sentiasa dipraktikkan dan diingatkan kepada seluruh ahli pasukan.
Sebab itu pra-pelancaran MiniNiaga berjalan dengan jaya sekali! Oh! Terbaik bos!
Jangan terbaring lagi sudahlah. T____T
Satu perkongsian yang menarik daripada Adly. Ramai orang yang terlepas pandang dengan 3 tips tersebut. Tak sabar rasanya nak melihat hasil kerja anak muda ini.
p/s: Video itu sangat cantik dan terbaik!!!
Cayerlah! Adly memang ada karisma seorang pemimpin (ketua). Dan ahli pasukan yang lain sudah semestinya pakar dalam bidang masing-masing.
yer,saya pernah menegur adly pada pukul 2 pagi lebih,tapi adly masih sempat membalas msg saya dan menyatakan bahawa beliau masih lagi berkerja di opis
Well done Labanon ! Nice to know someone doing project management outside the normal territory i.e office management. I was a project manager myself and truthfully not everybody is fit to to be one and to be one takes add a good dedication and determination .
Maybe to add to the 3 tips is empowerment and back-up plan or contingency plan …he he …manalah tahu bila dah ada super mega project esok boleh guna tips ini . Also take care of your health as the team needs your brain : ))) , didoakan agar team ini akan terus mara menuju ke puncak kegemilangan !!!
GO! GO! GO! Robert T. Kyosaki selalu menekankan tentang leadership dalam sesebuah perniagaan! Dan di sinilah kunci kejayaan yang bakal di capai! Semoga sukses!
terima kasih kerana berkongsi ilmu. Adly memang ada karisma seorang pemimpin yang bagus.. Syabas!
BERrmistik habis video
mantop video tu bro…. mcm professional je….cam trailer movie pun ada…hahaha.
Salam…
Satu tips yang berguna dan boleh dimanfaatkan oleh semua orang termasuk saya..
Tq
best video tu..tapi…..
tips2 yg penting yg perlu dipraktikkan.. best video
Tip yang praktikal. Memang perlu untuk menjayakan setiap projek.
Saya doakan moga team Flarebiz terus maju ke hadapan…insyaallah!
salam..
segala2nya meme mantoplah…
kipapdegudwekbra
congrats to adly dan flarebiz!
berkenan jugak kat mininiaga ni.. cool lah! so kena tunggu duit gaji jugak hehe
info yg berguna dpd adly dpt ambil iktibar ni. =)
mantap lah video tu. tgk full screen mcm iklan dalam pawagam yoshi!
cayalah Adly. sesungguhnya usaha itu adalah tangga kejayaan!
aktechpage.com: Thanks bos
Aqif : Shhh.. baring-baring jangan cakap kat sini ha ha ha!
Ahmad Bashier: Thanks bro! Bakal trainer muda ni.
smartzul: Fuh, menjadi ketua sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang berat.
zul : Kebetulan jer tuh. Sekalo gak tido keras doh ha ha ha!
tinamillion : Wah, kak Tina pun kat sini. Thanks kak! Banyak lagi saya perlu belajar nih.
wanwma : Yeah, banyak juga disentuh leadership dalam buku Robert Kiyosaki.
khairole: Biasa-biasa saja. Anyway thanks.
alif : Expose mistik ko guano? He he he!
syinrayafa : He he he! Thanks a lot.
ejoncb : Tapi?????
sueella : Thanks.
Shukor : Amin & terima kasih bro!
emio : thanksalotbro
Nik : Terima kasih. He he he!
adibpharm : Wah, yoshi tu ha ha ha! Anyway, thanks bro.
Amirol Asraf: Yeah, betul tu.
Kerja sehingga jam 4.14 AM, subuh mesti bangun.. he2. gurau2.
Semoga terus maju jaya.
Rakyat Malaysia boleh
, khususnya Melayu. hu2
siapa sangka anak muda kita begitu berjaya..syabas!!
tertanya-tanya sape yang begitu kreatif memikirkan idea mininiaga nie??kagum ^_^
Saya yakin, kata-kata serta panduan bermanfaat yang dikongsikan oleh CEO muda kita ini
bakal menjadi inspirasi kepada golongan pelapis 10 hingga 15 tahun (mungkin lebih) pada masa akan datang. Insyaallah, jika usaha yang sedang dilakukan pada masa ini dikekalkan momentumnya.
tahniah dan syabas kepada Project Manager Adly yang telah sukses di usia muda.
Sekadar ingin berkongsi pengalaman sy yang juga pernah mengepalai beberapa buah projek tp bukan berkenaan dengan perniagaan internet.
Bg sy, the most important asset dlm menguruskan projek bukanlah terletak kepada mesin ataupun produk yg terhasil. Tetapi manpower itu sendiri, mereka inilah sebenarnya denyutan nadi sesuatu projek, di sebalik kehebatan sesuatu projek berdirinya sebuah pasukan yang hebat di belakang tabir. Sy sanggup bayar gaji dan simpan staff sy jika pada waktu tertentu mereka tiada job hanya semata-mata untuk memastikan mereka akan bersama saya untuk projek akan datang dan tiada org yg ‘mencuri’ mereka.
Dan sy berdoa agar adly dpt memaintainkan track record yg baik agar projek2 akan datang terus sukses dan maju…